Saturday, September 17, 2011

1042 : JJMM >> Restoran Dhalang, Simpang Empat, Alor Setar

Alhamdulillah dari Bandar Alor Setar menuju ke Simpang Empat perlu melalui Kampungku.Sahaja membawa diri untuk menikmati hidangan tengahari yang bukannya nasi.

Lunch pada 11.9.11 sekitar jam 1.00 petang ialah Bihun Sup 'Utara' yang semestinya berwarna kuning.Tapi rasanya sekarang macam lain sikit tapi tetap memikat kalbu untuk terus melantaknya di lain kali.

ABC (Ais Kacang) di beri nama di letakkan di dalam piring dan seakan Gunung Jerai yang terkenal di negeri Kedah.Best ok! lain dari tempat lain dan mengunakan jagung dari cap 'Adabi'.

Kedai ini juga telah melalui transformasinya.Lebih bersih dari dulu serta selesa dan berwajah baru (tak ambik gambar)

Kata S.H.A.I.Z.H.A.R : Kalau hari 'khamis' memang best makan kat sini sebab bersebelahannya ada 'Pekan Khamis' iaitu pasar tani/berniaga yang hanya ada pada hari Khamis dari pagi hingga awal petang.Tetiba teringin mau makan 'Laksa Teluk Kechai'. Tak pe.. harap - harap dalam masa terdekat ini akan menjadi kenyataan.

No comments:

Copyright to S.H.A.I.Z.H.A.R
Designed by UMIESUEstudio 2015