Thursday, August 18, 2011

1024 : Impian >> 'Bulan Madu' 11 Pulau

Setiap orang ada impian.Tidak salah kiranya mengimpikan sesuatu walaupun kadang kala apa yang di impikan tidak mungkin menjadi kenyataan.

11 pulau menjadi impian dengan harapan semoga dapat di realisasikan dalam masa 11 bulan atau 111 hari (ha ha ha - ini memang lawak, shj je) tak kan 1111 hari lak kan? berapa tahun tue :p

Pulau pertama (1) -) Pulau Langkawi

Kali terakhir ke sini ialah pada Ogos 2009 boleh baca di part 1 , part 2 , part 3, part 4, part 5, part 6 dan part 7

Banyak tempat yang boleh di lawati di Pulau Langkawi antaranya Dataran Lang, Makan Mahsuri, Cable Car, Telaga Tujuh, Pulau Dayang Bunting dan lain - lain.

Khabarnya dah ada penaja untuk percutian 'Bulan Madu' ke sini? Harap - harap ianya menjadi kenyataan ye. (A-Min) Kemungkinan dalam hujung - hujung November nanti.

Pulau kedua (2) -) Pulau Pinang


Antara catatan perjalanan ke sana boleh di lihat di  part 1, part 2, part 3, part 4, part 5,part 6 dan The End

Yang paling best tentang Pulau Pinang mestilah makanannya.Nasi kandar, rojak/pasembur serta cendul memang terbaik la.Banyak juga tempat yang boleh dilawati seperti Bukit Bendera, Batu Feringhi dan lain - lain.

Bila agaknya nak pelan ke sini yek? Mungkin selepas selesainya 'Majlis 11.12.11' Dah dekat kan. Alor Setaq dan Pulau Pinang bukan jauh mana pun.Pie naik feri balik ikut jambatan.Apa susah.He he he.

Ni minta seponser dari Sis Honey boleh tak? he he he.

Pulau ketiga (3) -) Pulau Pangkor

Bila kali terakhir shaizhar ke sini? 23 Oktober 2010 yang lalu.Tak caya? Boleh baca dengan klik di cerita Episod 1, Episod 2, Episod 3, Episod 4, Episod Akhir.

Kalau ke Pulau Pangkor shaizhar lebih suka menginap di Coral Bay Resort Pangkor. 

Memang kecik je Pulau Pangkor ini.Pusing - pusing ke situ juga. Boleh habis pusing dalam masa 1 jam kot! (kalau tak singgah mana - mana). Paling best pantainya serta makanan lautnya. Terbaik...

Plan ke sini? mungkin awal Januari 2012.Sejuk sikit... he he he. Pergi 2 hari 1 malam pun dah cukup.

Rasanya nie mesti My Tunang sudi menjadi penajanya? Tak gitu Cik 'N'

Pulau keempat (4) -) Pulau Tioman


Rindunya pada Pulau Tioman mengingatkan zaman - zaman belasan tahun ketika masih berkerja di Menara KL.Pada tahun 1998 merupakan antara detik terindah buat shaizhar. Time tue lah merasa pegang duit sendiri (Dah kerja katakan) Pergi berjalan sana - sini termasuk pertama kali terbang ke Langkawi dan yang paling best tentunya ke Pulau Tioma.

Sepanjang lebih 13 tahun keluar dari 'kampung' dah 2 kali shaizhar berpeluang ke Pulau Tioman. Walaupun tak pandai berenang tapi best snoorkeling kat sana.Harap - harap ada peluang ke sana lagi selepas ini.

Bila yek? Tak kisah la bila - bila pun.Ada rezeki ada la kan.Ada sesiapa nak seponser?

Ye la .. ye la... saya akan seponser diri sendiri untuk bulan madu ini.He he he. Ada budget kah? Nantilah cari kot2 ada dapat 'durian runtuh'.

Pulau kelima (5) -) Pulau Sibu (Johor)


Ini Pulau Sibu di negeri Johor ye. Bukan Sibu, Sarawak yek!. Kenapa aku suka sini? Dari cerita - cerita dari 'bekas rakan sekerja' kat office lama.Katanya tempat ini best.Maksudku Pulau ini la.

Harap - harap dapat seponser dari Encik Sabar & Puan Marlin la la la la..

Pulau keenam (6) -) Pulau Sipadan


Wooow.. bestkan kalau dapat 'berbulan madu' di Sipandan Island. Sapa tak nak kan? Berada nun jauh dari kesesakan kotaraya metropolitan.Melihat damainya alam dan segarnya udara serta bayu laut yang pastinya memberi lebih ketenangan dan kebahagian kepada pasangan yang baru menjadi 'suami isteri'.

Ada sesiapa suka rela nak menjadi penaja?

Pulau ketujuh (7) -) Pulau Manukan (Sabah)

Dah berberapa kali ke sini.Dan berharap dapat ke sini lagi.Tujuannya adalah untuk merehatkan diri dan minda (ce waaah... poyo je) Harap - harap Abangku Shafirol & Yusnita yakni kakak iparku sudi menaja. la la la.

Pulau ketujuh (8) -) Pulau Singa (Singapura)


Mengimbas kenangan lama di kota singa di sini dan sini juga sini serta sinisini dan kali terakhir pada 16.10.10 dan ceritanya di sini

Agak - agaknya En. Rosli boleh seponser tak percutian 3 hari 2 malam saya di Kota Singa pada awal tahun 2012 nanti?

Pulau ketujuh (9) -) Pulau Indon (Bandung)

Indonesia... walaupun dekat je.tapi aku tak pernah pergi.Kenapa tak percaya. Mei 2010 sepatutnya aku ke sana.tapi.... tetapi... (Ahhhh.. bencilah kenang balik tragedi sedih itu)

Best kan kalau dapat gie Bandung untuk membeli belah.Kenapa tak bali? Erm... x pe la.. gie Bandung dulu. 1st Anniversarry Insya-Allah boleh gie 'Bali' ... (tetap nak berangan tak sudah - sudah).

Cik Retnawati seponser tiket flight saya boleh?

Pulau ketujuh (10) -) Pulau Australia (Canberra/Perth/Sydney)

My Tunang nak gie Canberra katanya.Ok gak tue. Nanti minta seponser ngan 'ayahnya' boleh x macam tue? Kira boleh je la. Hadiah 'perkahwinan'.Insya-Allah.

Besar giler kan Austaralia ni.. rasanya bila lah nak habis pusing 'pulau' nie? Kalau tak dapat ke semua tempat best kat Austaralia dapat naik Sydney Tower pun jadi la.


Pulau ketujuh (11) -) Pulau Japang (Tokyo/Jepun)

Teringat masa umur 12 tahun (belek - belek balik buku catatan ujung tahun) ye la masing - masing tulis contact no.. bla.. bla.. tulis mana tempat yang ingin di lawati kan? Ingat tak? Ye la.. aku tulis nak ke Sarawak (dah sampai pun) , Tokyo dan New York. Tak tahu pasal apa aku tulis macam tue time tue.ha ha ha.

Kenapa jepun? Erm.... ntah la.. sebab suka dengan budayanya kot.Lagi pun ada 4 musim kat sana. Mesti best (tetap nak berangan).

Adakah En. Kasawari sudi menaja 'bulan madu' kami?

Kata S.H.A.I.Z.H.A.R :Mampukan impian akan menjadi kenyataan? Usaha merealisasikannya melalui satu entry mungkin akan memberi kepuasan kepada diri sendiri biarpun harapan untuk berbulan madu di 11 pulau di atas mungkin sukar. Tapi kalau pulau - pulau kat Malaysia tue Insya-Allah lah kot. Semoga impian akan di permudahkan oleh Illahi. (A-Min)

No comments:

Copyright to S.H.A.I.Z.H.A.R
Designed by UMIESUEstudio 2015