Thursday, August 11, 2011

1020 : Inilah S.H.A.I.Z.H.AR >> 3 Bulan lagi

Sukarnya menjadi seorang yang bernama shaizhar terlalu sensitif dan cuba untuk 'memahami' tetapi....
shaizhar tak suka itu. shaizhar tak suka.Kekadang shaizhar suka diam sebab tak nak 'burukkan' keadaan.

shaizhar tak suka dengar orang ketawa kuat - kuat. Rimas...rimas.. terutama kalau ianya adalah seorang wanita.Tak sopan ok!. Kemudian.. kalau dah 'menutup aurat' janganlah sampai nampak rambut dan telinga. Dalam hati : baik tak payah pakai tudung (ok ke sikap shaizhar macam itu?)

shaizhar juga tak suka orang yang suka cakap banyak terutama yang 'bukan - bukan'.Lagi satu  shaizhar jenis yang tak suka memaksa dan tak suka di paksa (pepaham sendiri la yek!) Lepas tue kan shaizhar lebih suka orang berfikir out of the box. Maksudnya berfikir jauh serta memikirkan baik buruk atas sesuatu tindakan yang di ambik.Jujurnya shaizhar tak suka layan feeling - feeling ni (jiwang2 la)

shaizhar juga lebih suka merancang perjalanan apa yang hendak dilakukan, nak ke mana dan buat apa setiap hari atau beberapa hari mendatang dan kadang kala beberapa bulan yang akan datang untuk tujuan kebaikan diri sendiri.

'Cinta tak semestinya di lafazkan... sayang tak semestinya di ungkapkan' kadang kala tingkah laku serta perbuatan dan juga tindakan yang  shaizhar ambik sudah cukup untuk menjelaskan makna dua perkataan keramat itu.

Rindu? Mana ada manusia yang tak ada perasaan rindu.Jujurnya.. shaizhar rindu dengan kenangan pahit manis di KL Tower (Berbelas tahun la katakan)... rindu pada 'arwah mak' mengatasi segalanya. Lagi... rindu pada My Tunang sebab kita orang jenis perhubungan jarak jauh (jauh la sangat padahal dalam lingkungan 35 KM je)

shaizhar rasakan 3 bulan yang akan datang pasti akan lebih menguji kesabaran dan menduga diri dengan berbagai dugaan.Kekadang terfikir juga bagaimana orang 'sakit' boleh singgah kedai gunting rambut.Terdetik dalam hati.benarkah 'dia' sakit atau? (tak baik berperasangka buruk)

susahkan jadi seorang yang bernama shaizhar begitu juga dengan orang lain.Marilah menjadi diri sendiri.Sentiasalah berfikiran positif serta tidak mudah mengaku kalah dalam apa jua tindakan yang di ambil.

bersabar? kekadang shaizhar terfikir sampai bila tahap kesabaran aku ini? Kekadang kesabaran menguji diri shaizhar untuk jadi lebih 'kuat' tapi ternyata kesabaranku ada batasannya. Jadi marilah kita menjadi insan yang lebih sabar.Dengan kerja sekarang memang kena 'kuat' dan banyak bersabar 'melayan' kerenah pengurus - pengurus yang 'lemb**' untuk masuk menjadi panel interview. Kalau time nak suruh arrange interview bukan main cepat arahannya tapi

shaizhar rasa status FB sesetengah 'orang' membuatkan shaizhar banyak berfikir. Kata shaizhar dalam hati : Dia nie tak fikir dulu ke sebelum taip status FB (peringatan untuk diri sendiri juga) kekadang status FB yang 'berbau' marah/geram/lepaskan perasaan mungkin membuatkan shaizhar sering tertanya - tanya.Kenapa? Mengapa? Apa? Sebab apa? (banyak kan tanda soal?) he3
kekadang shaizhar pun tak suka orang soal banyak soalan dalam satu masa. (Ingat ini soal siasat balai polis) ha ha ha ha. sangat teruk ke shaizhar ini.

menjawab - jawab dalam status FB pun kekadang membuatkan shaizhar terfikir 'dia' nie nak bagi tahu 'satu dunia' ke? Ye la.. kekadang panjang berjela dan cerita perkara - perkara yg tak sepatutnya (pada pandangan peribadi shaizhar) Kalau cerita cerita pasal 'family' lebih baik call atau sms je. Tak yah nak story morry di FB macam 'tak sesuai je'

Kata S.H.A.I.Z.H.A.R : Inilah shaizhar sentiasa menjadi dirinya sendiri.Kepada yang membaca dan 'terasa' I'm sorry ok.Ini adalah segmen luahan perasaan. (kekadang tak elok di pendam lama - lama baik di luahkan biarpun hanya dengan kata - kata) Tapi apa yang penting terima apa sahaja yang di coretkan disini dengan hati terbuka serta sentiasa berfikiran positif dan berperasangka baik. 'Manusia tak sempurna' melainkan mereka - mereka yang mendapat 'keistimewaan' daripada Allah S.W.T

3 comments:

Sis-Lin said...

C&P: apa yang penting terima apa sahaja yang di coretkan disini dengan hati terbuka serta sentiasa berfikiran positif dan berperasangka baik. 'Manusia tak sempurna' melainkan mereka - mereka yang mendapat 'keistimewaan' daripada Allah S.W.T

untuk mendapat kesempurnaan hidup..bacalah 'Indahnya Hidup Bersyariat'.....

*aku tau diri kau..kau tau diri aku... :)

Shaizhar said...

Thanks sis.. tunggu kalau ada org nak hadiakan buku itu.

he he he...

Puteri Amna Balqies said...

salam shai,

Pe pun shai,tabahlah yer,sabarlah dlm bersabar..

Copyright to S.H.A.I.Z.H.A.R
Designed by UMIESUEstudio 2015