Tuesday, August 09, 2011

1019 : Photo Shoot @ Kota Iskandar J.B

Terbang lebih tinggi dan lokasi kejadian ialah di Kota Iskandar di Johor Bahru. Jom imbas kembali kenangan lalu di Al Kisah @ JB part 3

Photo Shoot versi 'gedik' kata Sis Lin di Facebooknya.Ini antara salah satu daripada berpuluh - puluh gambar yang di ambik dan kebanyakannya boleh di lihat di FB 'Geng K.A.M.I.E' yang hadir ke majlis di selatan beberapa hari yang lalu.

4 couple. Aku dengan 'adik' yana. Sesuai tak? ha ha ha.. Alah budak baru 15tahun dah macam 'anak buah' aku sendiri pun.Kalau ramai yang joint mesti happening.Sian Cikgu 'Linda' dan Encik Azman Ahmad tak dapat turut serta kerana ada 'masalah - masalah' yang tidak dapat di elakkan.

Suka ngan aksi 'menembak' ini. He3. Masing - masing dengan gaya tersendiri. I like!.Ada yang 'cemburu' ke? (Senyum... tak perlu kata apa - apa).

Memang tak sia - sia ambik khidmat juru gambar berusia 11 tahun dengan bayaran yang sangat murah. (Berapakah.. biarlah rahsia. ingat kan 'amat' tue lupa.. alamak! nasib ada duit kecik) he he he.
Terima Kasih ye Amat. I like!

Kembali lagi ke bangunan ini dan jom kita teruskan Photo Shoot K.A.M.I.E di lokasi ini.

Cari..cari di mana diriku. Nun jauh diatas sana. Hanya diriku sorang yang memanjat anak - anak tangga itu.Yang lain? Erm... duduk kat tangga je. Al - maklumlah puasa.

Suka dengan aksi bersahaja ini. Cun melecun kan gambar ini.Aduh... 'muntah darah' nak memilih gambar walaupun cameraku hanyalah camera biasa 'cap ayam'.

Aksi Ako/Retna dan  'adik' Yana berlatar belakangkan aku dan sis lin .Menarik tak?


Aku serta Ako/Retna serta aksi pejam mata Kakak 'Naz' Alamak tertiba nampak pun warna - warni kan bersama bunga - bungaan berbagai warna.

Photo Shoot di teruskan di lokasi ini. Jom la layan gambar berbagai aksi daripada K.A.M.I.E

Kat blog sini dah siap update siap part part 1  dan part 2  lagi. Kelas kau Marlin.Jom layan aksi 'gaya bebas' pulak.

Suka.. suka.. memasing dengan gaya tersendiri. I like! Kalau kau orang 'tak suka' ada aku kisah? Dah gie main jauh - jauh.


Kata S.H.A.I.Z.H.A.R : Ada beberapa keping lagi gambar nak di masukkan tetapi.... PC kat office ini asyik automatik shut down. Aduh.. tensionnye.. layan je gambar - gambar yang ada.

1 comment:

Sis-Lin said...

Terima kasih juga bt Shai... :)

Copyright to S.H.A.I.Z.H.A.R
Designed by UMIESUEstudio 2015