Thursday, July 21, 2011

1000 : Persiapan >> List Nama Jemputan


Woow... Kad perkahwinan tema Kipas & ada gambar 'pokok'. Hasil cilok dari blog ini

Episod persiapan diteruskan dengan cerita 'List Nama Jemputan'.Terdetik di fikiran ini.Siapa nak jemput? Berapa ramai nak jemput? Boleh ke dia orang ini datang 'majlisku' nun jauh di Alor Setar Kedah?


Langkah yang diambil ialah menyenaraikan nama - nama jemputan berdasarkan beberapa perkara iaitu. Rakan office lama dulu (yg dah kenal lebih 12tahun atau yang paling rapat), rakan office sekarang yang paling dikenali dan baik serta rakan FB/Blogger + rakan zaman persekolahan. Tak di lupakan bekas - bekas rakan sekerja dan lain - lain kenalan yang tidak termasuk dalam kategori di atas.


Tapi... dah nama pun manusia. Ya. 'manusia mudah lupa' Ada juga nama yang tercicir.Nasib ada FB yang memudahkan lagi kerja menyemak.Status di FB juga membantu.Alhamdulillah lepas dan ada list nama.Proses seterusnya ialah kena kategorikannya lagi.Nak bagi kad, jemput di blog atau FB sahaja.


Alamat.Ya! bagi yang jauh mungkin akan dihantarkan melalui kiriman pos dengan kerjasama Pos Malaysia.Lepas ini proses nak dapatkan alamat.Biar cepat jangan lambat.


Untuk kekawan office lama.Nak pilih 'wakil' je la.Dah ada orang yang nak jadi 'wakil' Bukan tak nak jemput sendiri tapi...... (berat nak menaip kat sini) Tengoklah macam mana.Kalau ada rezeki menjemput sendiri adalah kan.'Takdir penentu segalanya'.


Kata S.H.A.I.Z.H.A.R : Apa persiapan seterusnya? Oooo design kad kawin kan.. Ok! nanti lah diriku storykannya.Memang dah ada konsep dan design tapi belum di perkembangkan lagi.Konsep 2 in 1 dengan 2 tema warna dah 'sah'. Lagi tema untuk kad kawin untuk majlis di Kedah 'shj' akan menyusul kemudian.


Tema warna hari nikah, majlis perempuan & lelaki? Insya-Allah akan di ceritakan Ogos 2011 nanti.


No comments:

Copyright to S.H.A.I.Z.H.A.R
Designed by UMIESUEstudio 2015