Friday, July 15, 2011

997 : J.A.U.H

J.A.U.H. Apakah maksudnya? Ya.. jawapannya ialah Jauh.Kejauhan yang memisahkan tidak kiralah dua orang tiga, empat. lima...

Bila berjauhan apakah perasaan yang di rasai? Kekadang 'rindu' ada masanya 'ternanti - nanti' Tetapi tuhan juga telah mentakdirkan yang aku memiliki perasaan bercampur - campur.Kadang kala aku terfikir.Ikhlaskah 'dia'.Benarkah apa yang 'dia' kata? Adakah perasaan 'dia' pada aku itu jujur atau palsu.

Kadangkala isu 'perkataan' pun menjadikan aku 'hangin/panas/tak boleh terima'. Kata 'dia', nak aku terus 'tulis' di blog.Bagi aku perkataan tulis itu bermaksud menulis di atas kertas mengunakan dakwat pen atau pensil.Betul kan? Ke... aku terlalu emosi dalam pemilihan perkataan dalam setiap kata - kata?

'Saja nak bagi tahu?' bila aku terima sms macam ini.Aku jadi 'panas' aku tak nak jadi hipokrit.Kerana bagi aku.Kalau nak bagi tahu biarlah ikhlas.Kalau tidak tak payah nak 'sampaikannya' buat sakit hati je.

Namun akhirnya aku cuba lawan emosi aku yang tadinya bercampur - campur.Macam - macam perasaan dalam diri ini.Suka, rindu, sayang (biarpun tak diungkapkan) rasa nak marah, cepat nak hangin biarpun hanya perkara remeh - temeh.

Jadinya keputusan yang dibuat ialah dengan pergi men J.A.U.H. Mungkin itu lebih baik untuk mencari ketenangan untuk diri sendiri agar segala macam emosi dan 'perasaan' yang ada kembali seperti sedia kala.

Kata S.H.A.I.Z.H.A.R : Selepas episod 'berhenti berharap' aku diuji dengan kisah semangat yang hilang dan baru berlalu cerita tentang patah hati vs kecik hati.Ya! hidup ini penuh dengan dugaan dan cabaran.Mungkin men J.A.U.H akan membuatkan aku lebih yakin untuk terus mengharungi hari - hari mendatang.

1 comment:

Nazz@Purple said...

itu skdar ujian utk menguatkan lg ikatan..

Copyright to S.H.A.I.Z.H.A.R
Designed by UMIESUEstudio 2015