Thursday, June 16, 2011

971 : Panggile Kelate >> Sana Sini - Episod 3

Lawatan sambil belajar yang seterusnya ialah ke Muzium Di Raja , Istana Batu.Fuh! nasib bukan zaman batu punya Muzium.

Pertama kali ke sini dan orangnya adalah tidak ramai kerana cuti sekolah sudah berakhir.

 Bayaran masuk RM 1 sahaja. Murahkan.Oklah bayaran masuk yang tak begitu mahal ke Muzium.

Antara ruang pameran yang terdapat di dalam Muzium Di Raja ini.Banyak lagi gambar - gambar, cerita dan salasilah Raja - raja di Kelantan ini ada disini.Marilah kita ambik tahu serba sikit pasal sejarah ye..walaupun....

Antara salah satu ruang beradu di dalam Istana ini.Ada beberapa bilik - bilik lain.Tapi ini antara satu yang menarik minat aku.Design katilnya.Cantik kan?

Ini pulak suasana ruang makan di Muzium Di Raja ini.Banyakkan kerusinya.Berbelas - belas tue..

Peta lokasi Muzium - muzium dan Istana - istana yang boleh di lawati.Memang dekat - dekat kecuali Muzium Negeri Kelantan jauh sikit.Penah pergi ke sana beberapa tahun lalu.

Kata S.H.A.I.Z.H.A.R : Bila agaknya nak wujud Muzium 'Blogger' Malaysia?

1 comment:

Sis-Lin said...

weiii klu muzium blogger nak simpan apa? ha ha ha ha

Copyright to S.H.A.I.Z.H.A.R
Designed by UMIESUEstudio 2015