Thursday, June 16, 2011

969 : Panggile Kelate >> AF9 Final & JJMM @ Medan Selera

Jalan - jalan makan makan nun jauh di Kelantan.Hidangan 10.30malam selepas balik dari majlis persandingan serba unggu.Di sebabkan makan sikit dan lapar semula makannya melantaklah sesuatu lagi.Apakah?

Meehoon goreng + telur mata + teh o limau + keropok (tiada dlm gambar) = RM 6.50 Ok kan?

Aktiviti sebenar kat sini ialah menonton AF 9 Final. he he he he.. Sempatlah tengok pusingan ke 2 finalist AF9 ni menyanyi.Lagu baru Lena pun sempat dengar dekat hujung - hujung dah.

Tempat ke 4 Azri (tak ambik gambar sebab tak minat) ha ha ha. No.3 pulak Fina.. x pe lah rezeki kat situ je.Ingatkan boleh la sekurang - kurangnya no.2.Tapi masa Fina menyanyi lagu 'Harapan' memang macam nampak 'Tak ada Harapan' je.

 Antara Hazama & Lena...siapakah bakal juara.. Apa pun tahniah Lena.. "Boleh bah kalau kau!"

Tahniah Hazama.. Peluang ke 2 yang tidak di sia - siakan.Juara AF 9 yang terakhir katanya.

Amy Search, pengetua terakhir.Good Bye AF.Agak - agak apa rancangan realiti terbaru astro lepas ini?

Kata S.H.A.I.Z.H.A.R : Cerita ni dah basi ke? Tak kisah la.Janji blog ini berupdate dengan gambar - gambar yang beratus - ratus dari camera 'cap ayam' ada sesiapa nak hadiakan shaizhar kamera?

2 comments:

Sis-Lin said...

ye la...jelas dn terang kelemak lelemak tu..hahahahahaha

Kodet said...

skang af da x best , mentor best ah ... haha

Copyright to S.H.A.I.Z.H.A.R
Designed by UMIESUEstudio 2015