Wednesday, June 15, 2011

965 : Panggile Kelate >> Permulaan Sebuah Cerita

Kisah shaizhar bermula pada pagi ahad 12.6.11, Bertolak dari Ukay Perdana dalam jam 7.00 pagi menaiki bas Rapid KL menuju ke LRT Wangsa Maju.Kemudiaanya menaiki LRT menghala ke KL Sentral dan seterusnya menggunakan pengankutan awam berikutnya iaitu bas terus ke LCCT.
(Menggunakan pengangkutan awam memang murah dan jimat tetapi memerlukan pengorbanan dan perancangan masa yang sewajarnya)

Dalam 9.45pagi dah selamat check in dan kemudiannya jalan - jalan di LCCT.Al - Maklumlah dah lama tak pergi.Rehat - rehatkan diri dan bersarapan sebelum masuk ke kawasan pelepasan.

Penerbangan mengikut jadual iaitu pada 11.00pagi.Alhamdulillah dapat hot seat dan duduk di 4E.Kira depan juga la.

Alhamdulillah 11.55pagi dah selamat mendarat di Kota Bharu Kelantan.Sementara menanti jam 12.30 tghari (ada drive mau jemput ok!) Jalan - jalanlah dulu di KB, Airport ini.Lebih kurang ala - ala Alor Setar Airport je...sunyi tapi tak lah terlalu sepi sangat.

Inilah tempat penginapanku.Tetapi menginap di apartment ala - ala homestay milik Pn.Rokiah RM 150 semalam + RM 15 (Pengangkutan dari Airport ke Hotel/Apartment). Dah tanya kat kaunter teksi di Airport harganya dalam RM 27 (Memang jimat kan?... bijak kan keputusanku?)

Inilah biliknya boleh membuatkan 4 orang atau lebih.Sangat luas dan selesa serta dapat melihat sayup - sayup rumah pengantin yang bakal di terjah.

Itulah rumah pengantin yang kita cari.Rumah siapa lagi kalau bukan kediaman rasmi Puan Nik Nurehan (Ann jangan marah ye ambik gambar suasana rumah ini dari tingkat 3 tempat penginapanu)

Kata S.H.A.I.Z.H.A.R : Nantikan episod seterusnya...

1 comment:

Sis-Lin said...

wahhhh besarnya bumbung rumah Ann...so mesti besar rumah ann kan...ada klasss gitu!

Copyright to S.H.A.I.Z.H.A.R
Designed by UMIESUEstudio 2015