Tuesday, June 14, 2011

960 : Jalan - Jalan KL >> Zoo Negara - Episod 4

Kamie bergerak dengan pantas...dan pantas... Menuju ke Amphitheatre atau dalam bahasa melayunya Panggung Terbuka. Ngam..ngam... beberapa minit lagi dah nak pukul 11.00am. Jadinya tempat duduk kosong pun terhad.Nasib baiklah ada walaupun kat ujung - ujung.

Show time pukul 11.00 am & 3.00pm setiap hari kecuali hari Jumaat pada jam 3.30pm.Ada kelainan ke show di Zoo Negara? Rasanya macam sama je. Tak ada perubahan pun.Cuba bawalah Singa ke harimau ke? Ha ha ha. X pun Gajah ataupun kuda padi kan best. Ha ha ha ha...

Persembahan dari Burung Kakak Tua. Biasa - biasa je.Tak ada yang luar biasa pun.

Persembahan Singa Laut spesis kecik.Ok la terhiburlah juga walaupun.......

Besarkan..besarkan Singa Laut ini. Apa pun terhiburlah juga walaupun..... (dah dua kali ini) Harap - harap lepas ini adalah kelainan dalam show2 di Zoo di seluruh Malaysia ini.

Ada juga penglibatan burung helang dan burung kakak tua dalam persembahan ini. Show - show macam ini sangatlah sesuai untuk kanak - kanak dan pelajar sekolah.Boleh lihat haiwan depan mata dan lebih dekat daripada biasa.

Kata S.H.A.I.Z.H.A.R : Episod terakhir Zoo Negara akan menyusul. Bila agaknya nak ke sini lagi?

No comments:

Copyright to S.H.A.I.Z.H.A.R
Designed by UMIESUEstudio 2015