Tuesday, June 28, 2011

992 : Dari Kelana Jaya ke Kuala Lumpur

Aktiviti hari ahad 26.6.11 bermula dari Ukay Perdana dalam 11pagi terus menuju ke Kelana Jaya.Dalam 12.00tghari shaizhar dan My Tunang menghadiri majlis perkahwinan salah seorang 'saudara angkat' berhampiran kawasan kuaters tempat tinggalnya dan merupakan lokasi 'majlis' pada November 2011 nanti (Insya-Allah)

Komen ikhlas mengenai lauk kenduri dari Eiman Caterings hari ini ialah : Ayam masak merah 'sejuk' dan 'keras' serta tak cukup rasa.Pajeri nenas agak 'masam' tapi papadomnya sangat sedap. Dagingnya pulak seperti 'hangit' Ish... banyak komen kan shaizhar ini. he he he. Apa pun rasanya lauk di pameran pengantin Medan Mara dari Eiman Caterings lebih sedap dan masuk dek tekak.Apa pun shaizhar dan My Tunang dah komen terus kepada pemilik Eiman Caterings

Dari Kelana Jaya kami menuju ke Kuala Lumpur dan destinasinya ialah Jakel.Kali ke 2 ke Jakel pada hari ke 2 aktiviti ukur jalan KL. Alhamdulillah selepas dan berpuas hati memilih itu dan ini kami kemudiannya menuju pulak ke Medan Mara iaitu ke butik pengantin 'Umairah'. Bincang itu dan ini serta bagi harganya.Alhamdulillah semuanya memuaskan hati.Semoga apa yang dirancang akan berjalan lancar.

Kata S.H.A.I.Z.H.A.R : Hujung minggu ini ada aktiviti lagi. Semoga apa yang di rancang akan berjalan lancar A-Min. Apakah? Tunggu je entry - entry mendatang 'Insy-Allah'

No comments:

Copyright to S.H.A.I.Z.H.A.R
Designed by UMIESUEstudio 2015