Monday, June 20, 2011

984 : My 'Hantaran' >> Kepada Nazuha Waharp

Alhamdulillah majlis yang dirancang pada 19.6.11 telah selamat berlangsung dengan kehadiran ayah dan 'mak', adik beradik (kecuali yg nun jauh disabah), saudara mara terdekat (mak saudara, sepupu) serta Geng K.A.M.I.E di KL, JB & Singapore (Gereeeek seh!!)

Ini hantaran 1 iaitu tempat bekas cincin.Sangat simple dan boleh di kitar 'semula' ha ha ha ha...

Ini adalah hantaran ke 2 iaitu sirih junjung.Simple tapi bagiku menarik.Siap ada bunga - bunga lagi. I like!.

Hantaran ke 3 ialah kain sepersalinan.Wooow!! ini hasil gubahannya.Thanks Kak Nin. I like!

Hantaran ke 4 ialah buah.(Sejenis buah je) Ini idea shaizhar. Buah mangga sahaja di balut dlm plastik warna warni.

Yang ke 5 ini ialah coklat.Cantik tak? Tak sangka pulak Kak Nin nak gubah menjadi sebegini rupa. Memang cabaranlah nak membawa gubahan hantaran ini.Dari masa ambik sampailah ke rumah perempuan.Nasib baik tak patah.

Lagi 2 hantaran ialah apam & cupcakes (tiada dlm gambar)

Kata S.H.A.I.Z.H.A.R : Alhamdulillah dah selesai satu bab.Akan menyusul apa pulak langkah demi langkah yang seterusnya.

Di kesempatan ini nak ucapankan terima kasih pada semua yang terlibat secara langsung atau tidak dalam meraikan detik bersejarah ini.Terutam pada keluarga dan saudara mara (wah! macam menang lah pulak)

Terima Kasih untuk Geng K.A.M.I.E yang datang tak kira samaada jauh atau dekat.Sangat - sangat terharu dan rasa happy bila dia orang dapat hadir ke majlis tersebut.

Kepada yang tak di jemput minta maaf lah ye.Insya-Allah.. jemputan yang 'lebih besar' akan menyusul kemudian.(Targetnya hujung tahun ini) ooops!!!

4 comments:

Sis-Lin said...

Tahniah shai...
moga semuanya kekal hingga ke akhir hayat...

aku vangga dengan ko..akhirnya rahsia semuanya terbongkarrr!

tggu 11.11 pulak!

aNiM said...

tahniah :)

semoga bahagia hingga ke syurga.
amiiinn

Faztee Danisha said...

tahniah..selangkah je lagi..
suke minum ais?
mudahnya marah

Shaizhar said...

terima kasih semua...

Copyright to S.H.A.I.Z.H.A.R
Designed by UMIESUEstudio 2015