Monday, May 30, 2011

936 : Promosi Kerja Kahwin @ Kompleks Kraf

Dari Mines menuju kembali ke Kuala Lumpur.Destinasinya ialah di Kompleks Kraf , Jalan Conlay. Tujuannya ialah jalan - jalan di Pameran Promosi Kerja Kahwin.

Banyak juga butik pengantin, katering dan mereka yang terlibat dalam perancangan perkahwinan terlibat dalam promosi ini.Tapi secara puratanya memang di luar budget aku la.Aduh!!! dalam kata lain 'mahal'.

Selain itu ada juga pameran barang - barang kraf, cenderhati, songket, kain dan lain - lain perkhidmatan melibatkan 'kerja kahwin' termasuk gerai makanan.Salah satu yang menarik hatiku ialah gerai menjual bahulu. Teringat kenangan dulu - dulu. Terutama time raya.

Kini pembuatan bahulu dah moden dan pakai mesin dan mickrowave.Tapi rasa bahulu yang di jual kat sini memang sedap.

Apakah ini? Agak - agak kau orang apa? Warna - warni kan. Isi didalamnya ialah kacang hijau.

Itulah namanya. Kalau ada masa lapang silalah datang ke Kompleks Kraf ye. Terutama pada yang merancang perkahwinan ujung tahun ini atau awal tahun depan. Survey - survey ye kekawan bloggerku sekelian.

Kata S.H.A.I.Z.H.A.R : Mengimpikan majlis perkahwinan yang sederhana tetapi meriah.Tak perlu berlebih - lebih biarlah mengikut kemampuan sendiri.Lagi 20 hari? Aduh....

Kepada yang nak kawin ujung tahun ini selain survey - survey marilah kita membuat list nama jemputan.Takut nanti ada pulak nama yang tercicir.Nak jemput siapa yek?

No comments:

Copyright to S.H.A.I.Z.H.A.R
Designed by UMIESUEstudio 2015