Monday, May 30, 2011

935 : Read Malaysia '11 @ Mines

Aktiviti pagi ahad 29.5.11 di mulakan dengan jalan - jalan cari makan.Tetapi dek kerana awal sangat keluar rumah maka dengan ini 'Lain yang di rancang lain yang menjadi.'

Pada jam 9.30 pagi sudah berada di Mines Shooping Complex.Lagi setengah jam kompleks membeli belah tu nak di buka maka terpaksa memulakan misi mencari 'makan'.Sarapan pagi bersama roti canai & teh o.

Tepat 10.00 pagi bermulalah jalan - jalan mengukur Mines selama hampir 1 jam.Survey2 beberapa barang seperti jam, beg duit/tali pinggang.Ada juga yang berkenaan tapi....

Jam 11.00 pagi menuju ke ruang pameran Read Malaysia.Pesta buku yang hampir 95% ialah buku - buku berbangsa Cina.Jadi semestinya targetnya ialah masyarakat tersebut.Boleh di kira dengan jari jemari pengunjung melayu & india ke pameran tersebut.Kenapa aku pergi? Sahaja nak hiburkan hati. Hanya membeli sebuah novel (lama) yang belum ada dalam koleksi peribadiku. Diskaun hanya 10% tapi oklah.

Kata S.H.A.I.Z.H.A.R : Tak sabar nak tunggu Pameran Buku Selangor 2011 di SACC pada awal June ini (cuti sekolah) Alamak... ada budget ke?

No comments:

Copyright to S.H.A.I.Z.H.A.R
Designed by UMIESUEstudio 2015