Monday, May 30, 2011

933 : Himpunan Sejuta Belia @ Putrajaya

Cerita dah basi.Himpunan Sejuta Belai di Putrajaya sudah berakhir semalam.Kau orang pergi? Panaskan....awal - awal pagi aku dah ada disana.Hari kejadian aku ke sana ialah 28 Mei 2011 sekitar 10.30 pagi.

Macam - macam aktiviti ada.Bukan sahaja sukan, permotoran tetapi juga berbagai pameran termasuk pamera kenderaan tentera.Ada juga pameran TLDM & Bomba tapi tak pergi pun.Nun jauh disana.

Rasanya aku berjalan hampir 5km pergi dan balik.Memang penat tapi berbaloi la kerana menjadi salah seorang dari lebih 1 juta belia di Putrajaya.

Aktiviti lain? Macam - macam termasuk persembahan kebudayaan, kesenian, pelancongan, pameran pendidikan dan lain - lain (penat kalau nak menaip)


Antara persembahan di Pentas Karnival Kebudayaan.Papa rock... Ramli Sarip. Memang best!! live lagi. Memang banyak pentas la kat sini dan padat dengan macam - macam aktiviti serta melibatkan begitu banyak kementerian dan orang.

Kata S.H.A.I.Z.H.A.R :Tahniah untuk semua yang terlibat.Usaha & penat lelah mereka memang perlu di hargai.Erm... ada jom heboh juga (edisi khas) tapi.... macam kureng je...

No comments:

Copyright to S.H.A.I.Z.H.A.R
Designed by UMIESUEstudio 2015