Sunday, May 29, 2011

930 : Novel Pilihan >> Cinta Yang Kurasa (Anis Ayuni)


SEINGAT Laila Nabila, tidak pernah Mir Shariman menoktahkan hubungan cinta mereka, tetapi anehnya lelaki itu tiba-tiba menyepikan diri. Dia cuba merisik punca kemelut yang melanda, namun segalanya kabur. Laila Nabila tahu Mir Shariman masih bernafas di atas muka bumi, tetapi lelaki itu seperti hilang terus dari galeri hidupnya.

Kali pertama bertemu dengan Laila Nabila, hati Raid bagai ditusuk panah arjuna. Dia terlena dalam keindahan cinta yang diimpi. Rasa kasih yang mendasari hati tidak disembunyi. Dia bagai mabuk kepayang mengejar cinta si bidadari.

Namun bagi Laila Nabila, dia tidak mampu memberi, walaupun sedikit ruang untuk Raid berteduh di bawah sayap kasihnya. Dia ingin terus setia dalam bercinta. Sekeping hati yang teruntuk buat Mir Shariman, biarlah terus menjadi miliknya hingga takdir memisahkan mereka berdua.

Mir Shahriman tidak pinta hidupnya jadi begini, tetapi ALLAH memilih dirinya untuk diuji. Dia tidak dapat meneka sama ada Laila Nabila ikhlas atau menerimanya atas dasar simpati. Lalu, dia pasrah membiarkan hubungan mereka bergerak mengikut takdir ILAHI.

Kata S.H.A.I.Z.H.A.R : Sebuah novel yang tebal dari Novelis Paling Popular Alaf 21 dan ini merupakan karya ke 10 beliau bersama Alaf 21.

Apa yang aku suka? Novel ini ada menyelitkan cerita pengalaman bercuti di Turkey dan tempat yang saya nak pergi yang itu Istanbul selain daripada Melbourne & Sydney Australia.

Harga asalnya ialah RM 25 tetapi sewaktu Pesta Buku mendapat diskaun 20% dan rasa sangat berbaloi.Buku ini di beli pada 1.5.11 dan sehingga ke 29.5.11 saya sudah membacanya sebanyak 2 kali.

No comments:

Copyright to S.H.A.I.Z.H.A.R
Designed by UMIESUEstudio 2015