Wednesday, May 25, 2011

926 : Malu Tapi Mahu

Gambar di atas bukanlah gambar saya.Tetapi ianya mewakili diri saya.Biarpun saya sedar yang diri saya bukan seperti insan di atas.

Tajuk di beri untuk entry ini ialah 'Malu tapi Mahu'. Ya, benarlah dan sesungguhnya saya adalah seorang yang pemalu. (Ada aku kisah?) Apa yang saya mahu?

Terlalu banyak yang saya mahu.Bagi saya 'mahu' ialah satu kemahuan.Pada kehidupan hari ini kemahuan sudah menjadi salah satu keperluan dalam kehidupan.Apa yang saya mahu?

Saya mahukan seorang teman, kawan, sahabat, kekasih dan 'isteri' yang boleh menerima saya seadanya.Memahami saya sebagai seorang insan bernama S.H.A.I.Z.H.A.R

Cik 'N' yang nun di sana. Semoga kehidupan hari - hari kita akan lebih berbunga - bunga bahagia. Insya-Allah.Saya sentiasa menjadi diri saya dan tak mungkin menjadi orang lain namun saya cuba menjadi lebih baik dari semalam untuk membina kehidupan yang lebih baik dari berbagai aspek.

Apa yang saya mahu & saya malu untuk katakan tapi semesti 'N' tahu.Kekurangan yang ada akan saya perbaiki kerana saya adalah insan 'yang tak sempurna'.

Kata S.H.A.I.Z.H.A.R : Cintai insan yang mencintai kita dan terimalah orang yang menyanyangi kita. Saya sayang kamu 'N' .Bila kita sudah di 'ikat' itu memang bermakna saya begitu serius dan teramat menyayangi diri awak seadanya.Saya terima 'awak' seperti mana awak terima saya. Cinta? Ya. ada perasaan itu dalam diri saya.Namun saya tak suka ungkapkan dengan kata - kata sebelum sampai waktunya.Bila? Biarlah ianya lahir secara semula jadi.Apa sahaja yang saya lakukan itu menunjukkan perasaan saya.Keiklhasan dan kejujuran saya untuk menjadikan 'N' permaisuri hidupku. Ce waaah.

1 comment:

lemontree said...

Tersimpan diriku terseksa nk ku luahkn ku gentar,dirimu umpama syurga...lirik search

Copyright to S.H.A.I.Z.H.A.R
Designed by UMIESUEstudio 2015