Saturday, May 21, 2011

920 : Siapa 'N'?


Siapa 'N'? Beliau ialah seorang wanita yang telah berjaya mencuri hati Shaizhar . Beliau menerima diri Shaizhar dengan seadanya. Bagi Shaizhar dia adalah seorang wanita yang telah di takdirkan menjadi permaisuri hidupku untuk mengharungi susah senang dan meniti perjalanan hari - hari mendatang.

Siapa 'N' ? Dulu 'N' seorang blogger dan kini 'N' kembali menjadi blogger.Beliau juga 'wujud' di FB dan kebelakangan ini kerap berkomunikasi di YM juga ber SMS. Jujurnya sehari tak ber SMS rasanya hidup tak lengkap. Miss Call maksudnya I Miss 'N'.

'N'? Ya... sudah hampir 4 tahun kami kenal mengenal.Dari alam maya kini di alam nyata. Februari 2010 merupakan pertemuan pertama kami dan 3.3.11 merupakan satu detik di mana saya begitu serius dalam perhubungan ini.

'N' yang saya kenali cuba untuk mengenali siapa Shaizhar yang sebenar. Ikhlasnya bila saya nekad melakukan sesuatu akan saya pastikan ianya menjadi kenyataan.

'N' percayalah saya terima awak bukan kerana harta benda mahupun rupa paras. Tapi saya terima awak kerana awak adalah yang terbaik untuk saya.Paling serasi dan sesuai dengan jiwa Shaizhar.

'N' adalah anak sulung kepada 7 beradik sedangkan Shaizhar anak bongsu yang ke 4 dalam keluarga. Saya pasti ini keputusan yang saya sudah buah.Menjadi 'bakal' menantu dalam keluarga adalah satu cabaran yang akan saya harungi.Menjadi 'abang' kepada adik - adik yang lain termasuk adik2 ipar adalah satu yang tidak penah saya rasai & lalui sebelum ini.Ternyata Tuhan begitu adil dan memberi peluang terindah ini untuk saya memilik adik - beradik yang ramai.

Siapa 'N'? Wahai Geng K.A.M.I.E... Nak tahu siapa 'N' nak kenal siapa 'N' anda dijemput ke majlis penuh bersejarah 'S' & 'N' pada 19.6.11

Kata S.H.A.I.Z.H.A.R : Selain ahli keluarga  Geng K.A.M.I.E. merupakan saudara paling rapat dan terbaik telah diciptakan Illahi kepada saya.Wahai Geng K.A.M.I.E.. Anda tahu siapa anda? Sila lah bagi tahu sama ada boleh dtg atau tidak ke majlis saya nanti. Check Geng K.A.M.I.E. di FB.

Rindunya sama Geng K.A.M.I.E. bila mau gathering2 lagi?

2 comments:

Sis-Lin said...

alhamdulilah....
aku doakan N akan membahagiakan hidup kau dan semua impian dan angan2 kau akan tercapai Shai...
aku turut gembira dgn berita pertunangan kau.,
moga2 semuanya berjalan lancar..

Siapa N?? kita tggu dan lihatt..hehehehehe

ko bgtau N, jgn paggil aku kakak..paggil aje aku Sis-Lin ok..hahahahahha

shay said...

tahnuah... semoga berbahagia hingga akhir hayat...

Copyright to S.H.A.I.Z.H.A.R
Designed by UMIESUEstudio 2015