Friday, March 11, 2011

803 : MATTA FAIR >> 11.3.11 - 13.3.11

Matta Fair 2011 datang lagi.Kali ini aku berkunjung pada sebelah malam pulak untuk memberi kelainan. Sebelum ini boleh dikatakan setiap tahun aku terlibat dalam Matta Fair dan menjadi sebahagian daripada warga dalam industri M.A.T.T.A kerana aku merupakan bekas pekerja di sebuah pusat pelancongan yang menjadi tumpuan pelancong.

Masa aku ke sana semalam.Tiada kelibat bekas majikan aku.Dia org tak joint ke? Erm... no komen la. Mungkin dia org rasa tempat dia org tak perlu turut serta pameran sebegini lagi.Bagi aku promosi penting walaupun hasil jualan di Matta Fair ini so - so je. Tak ada lah menguntungkan sangat.

Banyak juga tempat - tempat pelancongan yg ada dlm Matta Fair kali ini macam Bird Park, Pusat Sains Negara, Aquaria dll. Alhamdulillah aku dapat kawal 'nafsu' dan tidak membeli apa - apa.Walaupun pada hakikatnya jiwa ini meronta - ronta minta dihadiakan kepada diri sendiri pakej percutian ke Cameron Highland, Melaka & beberapa destinasi wajib yang sering aku pergi.

Suasana pameran di Hall 1, bahagian antarabangsa.Memang teruja tetapi terpaksa pejamkan mata dan buat - buat tak nampak.Kesimpulannya.Sangat membosankan dan mahu menjerit kerana apa yang di idamkan tidak menjadi kenyataan.

No comments:

Copyright to S.H.A.I.Z.H.A.R
Designed by UMIESUEstudio 2015