Monday, March 28, 2011

835 : Al- Kisah 26.3.2011

Jeng..jeng.. bukan aksi ini yang nak diceritakan tetapi al kisah yang berlaku pada 26.3.2011 pada detik 11.11am di KL Sentral menuju ke Mid Valley seterusnya membeli itu dan ini termasuk ke MPH dan Lunch @ Pizza Hut.

Apa nak diceritakan? Aaaaah bilalah menjadi rahsia namun aku yang dapat dikatakan di sini aku TIDAK suka bila 'dia' menceritakan masa 'silamnya' Ya! air muka aku berubah.Kan..kan..kan.. Aku juga malas atau tak akan menceritakan 'masa silamku' kerana bagiku apa yang aku pilih adalah kehendak aku sendiri dan baik buruk sendiri tindakan itu adalah kerana pilihan aku juga.

Aku tidak mampu memandang matanya lama - lama.Kenapa? kerana aku takut aku tewas. Aku juga berjalan laju daripada biasa kerana aku sudah biasa dengan keadaan tersebut.Seperti biasanya aku kurang bercakap dan tidak banyak bercakap terutama yang melibatkan hati dan perasaan kerana aku adalah seorang yang tidak suka mempermainkan hati & perasaan orang.Biarlah ianya datang secara semula jadi.

Masa berlalu begitu pantas sekali.Akhirnya perpisahan untuk seketika terpaksa aku relakan juga.Berdua terlalu lama boleh memunculkan yang ketiga iaitu 'Syaitan' Kan... kan.. kan?

Kata Shaizhar : Kita hanya merancang hanya tuhan yang menentukan.

No comments:

Copyright to S.H.A.I.Z.H.A.R
Designed by UMIESUEstudio 2015