Thursday, March 31, 2011

864 : Mencari Peluang Lain >> Selepas 7 Bulan

Saya mencari kerja baru? Kenapa... tak percaya. Sebenarnya saya menanti tawaran daripada bakal bapa mertua.Eh! perahsantan la sangat.Maksudnya si 'dia' punya bapa memiliki perniagaan tersendiri.Al maksudnya lagi ada syarikat la.Tue la agak - agak ada peluang tak untuk saya?

Sebenarnya sebelum kerja kat company 'c' saya penah minta kerja kat sana.Kenapa saya tak dapat? Mungkin sebab bukan rezeki saya masa tersebut.Lagi pun tak ada kekosongan jawatan yang sesuai dengan saya.

Insya-Allah kalau ada rezeki tak kemana kan. Saya mungkin bersedia melangkah pergi dari company 'c' dalam bulan 6 ini ke.Kalau joint syarikat 'bakal mertua' pada 17.6.11 ok gak? Eh!! beranganlah engkau shaizhar.. He he he.. bermimpi di siang hari la kau. Duuuuush... Eh! tak salah kan berangan - angan.

Ingat dulu masa kecik- kecik cita - cita nak jadi cikgu la.. akauntan la.. bisnesman la.. Akhirnya?? Aku jadi
Customer Service, Clerk, Sales Clerk, Marketing Clerk, HR Clerk, Secretary sampailah sekarang HR Assistant. Harap - harap lepas ini adalah peluang jadi HR Executive (Aaaaaaaa berangan lagi engkau yek!)

Melampau tak entry ini.Sambil menjeling rumah sebelah di E-11-11.Ish.. dari tahun lepas(sejak pertama kali melangkah ke rumah itu) rasa macam terpanggil - panggil pulak. Macam ada satu aura la. Sebelas? Ya! memang 11 sangat serasi denganku kerana aku di lahirkan pada 11 haribulan pada bulan 11 dan kini aku tinggal di rumah no 11 walaupun bukan di tingkat 11.

Ciiiiiiss... dah bertukar tajuk tetiba... apa pun.Kita hanya merancang tuhan yang menentukan ada 11 sebab menyebab aku nak tinggalkan company 'c' salah satunya adalah kerana 'perempuan itu' siapakah? Biarlah terus menjadi tanda tanya sehingga ke akhirnya.

Sekian cerita Mencari Peluang Lain.Kalau dah rezeki tak kan ke mana. Tak gitu? Bukan terlalu berharap tetapi cuba berusaha untuk mendapatkan pengalaman baru, bidang 'industri' baru serta kawan - kawan baru + ilmu pengetahuan baru atau dalam kata lain 'DUNIA BARU'.

Kata S.H.A.I.Z.H.A.R : "Hanya Tuhan Yang Tahu'

No comments:

Copyright to S.H.A.I.Z.H.A.R
Designed by UMIESUEstudio 2015