Thursday, March 24, 2011

833 : Bad Mood >> I'm Sorry

Aku adalah seorang yang cukup berahsia.Memang sukar untuk sesiapa sahaja memahami hati & perasaanku. Aku juga adalah seorang yang keras hati & kepala batu.Walaupun pada hakikatnya aku merindui 'seseorang' yang jauh tetapi aku tetap memberontak dan mengatakan tidak.Sampai ke hari ini aku masih merajuk. Hakikatnya memang sejak dulu lagi aku tidak rapat dengan 'seseorang' itu.Aku tahu kebenaran kehidupan yang aku perlu hormat padanya.Tetapi hatiku tetap keras dan teguh dengan pendirian itu.Aku sentiasa rindu dan teringat 'seseorang' itu.Kini sudah hampir 1 bulan aku off h/p celcomku kerana 'seseorang' itu.Aku tak pasti sampai bila aku harus meneruskan sikap burukku ini.Aku perlu mengalah? Aku adalah persalah. Tak sepatutnya aku buat 'seseorang' itu sebegitu rupa.Aku akui hakikat tersebut.Aku adalah makluk tuhan yang mempunyai sikap rajuk yang panjang.Biarpun sudah suam - suam kuku aku masih tidak mahu mengalah.Biarpun 'seseorang' itu sudah mula menyerah kalah dan tak menyusahkan hidupku sejak kebelakangan ini.Aku penah berkata 'seseorang' itu hanya mencariku ketika 'susah' dan sering melupakanku ketika 'senang'.Aku harus teruskan untuk tidak berjauh hati dengan 'seseorang' itu. Adakah anda tahu siapa 'seseorang' itu? Kerana 'Seseorang' itu aku disini.

Sebenarnya aku bad mood sebab ada beberapa masalah yang masih lagi berterusan dan berpanjangan.Aku sendiri tak tahu nak luahkan pada siapa dan bagaimana.Akhirnya aku mengambil keputusan untuk meluahkan disini.Hanya yang mengerti akan memahami.Aku perlu selesaikan semua ini sebelum terus melangkah dengan pilihan hidupku sendiri.

Kenapakah kerasnya hatiku? Aku bukanlah kerak nasi yang boleh dilembutkan kerana aku adalah seorang yang berahsia dan perahsia dalam kehidupan peribadiku.

1 comment:

Sis-Lin said...

aku tawu sapa yg ko maksudkan..hehehehehe

Copyright to S.H.A.I.Z.H.A.R
Designed by UMIESUEstudio 2015