Wednesday, March 23, 2011

827 : Perjalanan Merentas Masa >> K.E.R..E.T.A.P.I

Pada 21.3.2011, sekitara jam 8.20 pagi.Aku telah selamat berada di JB Sentral, Johor Bahru, Johor untuk kembali ke Kuala Lumpur.

Teringat salah satu blog lamaku di http://shaizhar.blogsome.com/ sebanyak 80 catatan terpahat disana sebelum akhirnya aku berpindah ke blogspot.

Antara persamaan dulu (2008) dan kini (2011).Aku tetap terus mencintai Keretapi.Perjalanan merentas masa yang panjang membuatkan aku berfikir panjang tentang masa depan dan hari mendatang.Inilah keputusan yang aku pilih.Semoga semuanya yang terbaik untukku.

Melalui perjalanan siang merupakan satu pengalaman yang menyeronokkan berbanding memilih menaiki KTM pada waktu malam.Ternyata 1Malaysia memilih perkhidmatan ini.Mereka saling tolong menolong dan bergelak ketawa serta bertegur sapa juga melemparkan senyuman antara satu sama lain.

Aksi si anak gadis bertelefon dengan ibunya di luar keretapi sebelum ianya bergerak merupakan antara aksi yang membuatkan aku terfikir untuk meneruskan karya menulisnya dalam bentuk novel. (Eh! berangan tak habis2. 1st baby punyer projek pun terbengkalai dan jadi bangkai.. hu hu hu)

Sepanjang perjalanan aku berjaya menghabiskan sebuah novel serta menikmati keindahan alam ciptaan tuhan.Aku terfikir mampukah aku meneruskan perjalanan sebegini di masa mendatang?

No comments:

Copyright to S.H.A.I.Z.H.A.R
Designed by UMIESUEstudio 2015