Wednesday, March 23, 2011

826 : Bila Hidup di Taja >> Terima Kasih


Di jemput semua yang sudi menjadi penaja untuk Giweaway terbesar anjuran Contest Sana Sini. Alhamdulillah mendapat penajaan dari seseorang yang dirahsiakan identitinya. Thanks 'awak' .So budgetnya RM 150.Jap nak membeli belah secara online di Telaga Biru

Pilihan pertama (1)

Chef Kamarul menunjukkan kaedah memasak bersama anak-anak dengan pilihan sajian yang sesuai untuk kanak-kanak, sukatan yang mudah dengan menggunakan cawan dan sudu, gambar yang menarik serta nota dan tip-tip ringkas sebagai panduan. Keistimewaan buku ini bukan saja pada jenis resipi yang diberikan malah lebih daripada itu. Buku ini diinspirasikan oleh kanak-kanak untuk kanak-kanak juga. Ingatlah, pelaburan ini amat besar ertinya buat anda dan anak-anak juga.
Penulis : Chef Kamarul
Kod Katalog : TBBK 1171
Kod ISBN : 978-967-5102-97-4
Harga : Semenanjung M'sia - RM30.00
: Sabah / S'wak: RM32.00

Pilihan kedua (2)


Adab Malam Pengantin adalah tuisyen segera untuk kemahiran menghadapi malam pengantin dalam bentuk yang sangat beradab, suci dan mengikut syariat Islam. Anda tidak perlu menyorok-nyorok untuk belajar ilmu seindah malam pengantin ini. Bukan itu sahaja malah disediakan juga ilustrasi yang jelas dan telus tetapi tidak memalukan. Sesiapapun boleh membaca buku ini, malah boleh juga dijadikan hadiah yang sangat bermakna untuk majlis perkahwinan. Anda boleh khatamkan ilmu malam pengantin dalam masa 20 minit sahaja.

Penulis : Prof Emeritus Dr. Mohd Ismail Tambi
Kod Katalog : TBBK 1177
Kod ISBN : 978-967-388-013-3
Harga : Semenanjung M'sia - RM12.00
: Sabah / S'wak: RM14.00

Pilihan ketiga (3)


Buku berkonsepkan komik ini dipetik daripada buku 300 Hadis Bimbingan karya Dr. Zahazan Mohamed dan Ustaz Ahmad Hasan Mohd Nazam dan dipersembahkan semula dengan begitu menarik sekali oleh Nik Wafdi Nik Jaafar (Kartunis Nik).
Keistimewaan Buku ini
• Sesuai dibaca semua peringkat umur.• Dipersembahkan dalam bentuk santai dan humor. • Mendekatkan pembaca kepada hadis. • Senang difahami dan dihayati. • Mudah dibawa sebagai bahan bacaan ringan. • Sesuai untuk dijadikan cenderahati. • Sebagai bimbingan kepada remaja.
Penulis
Kartunis
: Dr. Zahazan Bin Mohamed
: Nik Wafdi Nik Jaafar
Kod Katalog : TBBK 1182
Kod ISBN : 978-967-388-020-1
Harga : Semenanjung M'sia - RM17.00
: Sabah / S'wak: RM19.00

Pilihan keempat (4)


Denyut Kasih Medik merupakan sebuah kisah perjuangan seorang doktor muda mengaplikasikan syariat di hospital ketika bergelar doktor pelatih (houseman). Ia juga kisah masyarakat kerana menyentuh isu-isu perubatan dalam kehidupan masyarakat. Bukan itu sahaja, ia kisah seorang pemuda yang hidupnya sarat impian dan cita-cita. Lebih menarik, ia bukan hanya menyentuh _qh perubatan bahkan turut menyelitkan fiqh wanita dan fiqh cinta. Nikmatilah satu kisah indah yang sungguh membina, Denyut Kasih Medik.
Penulis : Dr Farhan Hadi
Kod Katalog : TBBK 1138
Kod ISBN : 978-967-5102-76-9
Harga : Semenanjung M'sia - RM23.00
: Sabah / S'wak: 25.00

Pilihan kelima (5)

Buku 10 Terminal Syurga Rumah Tangga mengandungi petua melahirkan rumah tangga yang menjadi idaman dan harapan setiap insan iaitu rumah tangga yang di dalamnya bersemarak suasana sakinah, mawaddah dan rahmah. Terdapat tiga dimensi perkahwinan yang dicatatkan oleh Dr. Abdullah Nasih al-Ulwan dalam kitabnya yang masyhur, Tarbiah al-Awlad fi al-Islam iaitu:- i. Perkahwinan adalah fitrah manusia. ii. Perkahwinan adalah kepentingan dalam bermasyarakat. iii. Perkahwinan adalah penyucian dan pemilihan hati.
Penulis : Dato' Siti Nor Bahyah Mahamood
: Siti Nur Fatimah Hasan
Kod Katalog : TBBK 1132
Kod ISBN : 978-967-5102-64-6
Harga : Semenanjung M'sia - RM17.00
: Sabah / S'wak: 19.00
 
Pilihan keenam (6)


Buku ini menjelaskan secara terperinci mengenai solat berjemaah dari sudut hukum serta kaedah pelaksanaan sehinggalah ke hikmah serta fadilat yang bakal diperolehi oleh pelaksananya, menurut mazhab Syafie. Ia diterbitkan dengan tujuan untuk mengumpul dana pembangunan dan dana pembinaan Maahad Tahfiz Darul Quran Wal-Qiraat, Repek, Pasir Mas, Kelantan Darul Naim. Pembangunan terkini yang sedang dijalankan di maahad tahfiz ialah pembinaan Masjid Imam Syafie yang dianggarkan berjumlah RM6 juta.
Penulis
Kata Pengantar
: Ustaz Mohammad Subki & Ustaz Abdul Rahman Al-Hafiz


Kod Katalog : TBBK 1173
Kod ISBN : 978-967-388-006-5
Harga : Semenanjung M'sia - RM26.00
: Sabah / S'wak: RM28.00

Pilihan ketujuh (7)


Buku ini adalah himpunan kata-kata motivasi yang dipetik daripada ayat-ayat al-Quran, hadis, kata hukama, bijak pandai, negarawan, ahli motivasi, pendidik dan sebagainya. Kata-kata ini diulas supaya jelas maksud dan diperinci pengajaran yang boleh dicungkil daripadanya. Sasaran kata-kata motivasi ini ialah semua yang sudi membaca dan menghayatinya. Skop persoalan kata-kata ini pula merentasi soal ketuhanan, kerasulan, iman, ibadah, akhlak, kesihatan, pendidikan, cinta, hiburan, alam akhirat, kekeluargaan, kemasyarakatan, rumah tangga, jihad, motivasi, psikologi, nasihat, iktibar dan sejarah. Anda mesti memiliki buku ini kerana ianya merupakan rujukan segera (quick reference) yang amat bermanfaat untuk bacaan senggang dan bahan tazkirah, nasihat dan pengajaran kepada yang memerlukan.
Penulis : Prof Madya Hj Md Izuddin Hj Ali (Prof Izzi)
Kod Katalog : TBBK 1176
Kod ISBN : 978-967-388-011-9
Harga : Semenanjung M'sia - RM23.00
: Sabah / S'wak: RM25.00
 
Jumlah keseluruhan RM 148.00 (Wah! bijaknya membeli belah)

No comments:

Copyright to S.H.A.I.Z.H.A.R
Designed by UMIESUEstudio 2015