Thursday, March 17, 2011

817 : Siapa Blogger Popular ??

Popular? Siapa blogger popular kat Malaysia? Kenapa kau org follow blog tue? Apa pun.... terpulangla pada individu.Ada aku kesah?????

Aku tak popular pun tak pe.Ada apa dengan populariti.Bagi aku blog ada tempat meluahkan perasaan dan menceritakan apa yang dilalui dalam kehidupan seharian.Apa yang aku rasai, alami & lalui.Itulah yang aku ceritakan dalam blog peribadiku.Namun sejak 2.2.11 aku telah mempunyai blog baru dan ternyata blog itu mempunyai pengikutnya sendiri.Terima Kasih kepada mereka yang sudi follow blog Contest Sana Sini

Kehidupan blogger di alam maya ini ibarat langit tidak selalunya cerah.'Ku sangkakan panas hingga ke petang tapi hujan di tengah hari'.Apa yang boleh aku katakan jangan terlalu mempercayai blogger di alam maya sebaliknya hiduplah bersama mereka di alam nyata.Aku gembira mempunyai Geng Kamie yang dikenali di alam maya ini dan akhirnya telah lebih 2 tahun bersaudara di dunia yang sebenar.Rindu...rindu tak sabarnya nak menghabiskan hujung minggu bersama mereka.

Oooo berbalik kepada cerita blogger popular.Sebenarnya aku nak luahkan perasaan sikit.He he he.. Mula - mula dulu aku memag follow blognya yang 'manis'.Tapi sejak kebelakangan ini aku rasa 'tawar' dan mula rasa 'masin' bercampur 'masam' untuk terus follow blognya.Hingga ke saat ini aku masih lagi 'setia' jadi followernya yang beribu - ribu lemon.Siapakah? Apa yang boleh aku katakan, bukan 1blog ye.. ini cerita umum dan blog itu adalah lebih dari 1.Mungkin blogger ini dikatakan popular kerana berkawan dengan blogger popular atau blognya popular kerana tempias hujan dan ribut taufan dari blogger lain. lu pikir la sendiri.... siapa yek!

Ini hanyalah ruang - ruang luahan perasaan dari seorang blogger yang dulu makan 'asam' dari kau org. Kalau baru sebulan dua berblog tapi dah beratus ribu follow aku tak hairan la.. (wah!! boleh macam tue) yang penting NIAT.Apa niat sebenar seseorang berblog.Nak jadi popular kah? Nak buat side income kah? Terpulang pada diri sendiri.Tepuk dada tanya jari?? boleh kan...sebab orang berblog pakai jari tak kiralah jari mana sekalipun.

Kesimpulannya.. jadilah diri sendiri dan berpijaklah di bumi yang nyata.Jangan ambik kesempatan di atas kebaikan orang lain.Siapa makan cili dia terasa pedas.So what??? Aku & blogku suka hati aku la. Kalau tak suka sila jangan baca atau unfollow. Ada aku hairan??? Apa pun popular ke tak diva/diva'nya seorang blogger tue tak bawa ke mana.Hari ini mungkin kita berada diatas esok lusa? Aku penah melaluinya (ye ke?) Maksud aku 'di kenali' walaupun tak lama (ha ha ha...) Adakah aku bintang mee segera? kan...kan.. Tak kisahlah janji kau orang search google/yahoo tulis je nama aku nie.Berlambak2 la aku punya karya marya/ nukilan/coretan/tulisan ada kat sana.

Eh! tetiba rasa macam jawab karangan SPM pulak. he he he. Rindunya dengan blog dulu - dulu.Konsep menulis lebih banyak dari gambar.Mungkin kini dah tiba masanya kembali ke zaman silam. Kau orang nak tak url blog lama ku? Eeeerm.. nantilah aku kasi.Buat masa ini belum bersedia untuk berkongsi.Kalau nak minta lak.

5 comments:

Myung Dae said...

Betul tu, kadang2 dahulunya manis seperti gula. Akhirnya masin seperti garam. Kadang2 mahukan popular lebih kepada perkongsian ILMU.

Jom baca http://myungdae92.blogspot.com/2011/03/5-perkara-sebelum-engkau-melakukan.html

Sis-Lin said...

Tau xpeeeeeeeeeeeeeeee......
Mcm biasa le TM aku ye..
'ada aku kesah????' hahahahaaaaaaaaaa

deqlis said...

betui3x..(sila baca gaya UPIN - IPIN Yer)

yerlah klu dah blogger tulis entri sejam satu atau setengah jam satu...hmm uools rasa kualiti ke entri tue?? nak kuantiti? atau kualiti?? eceh dah macam artis lak..

kadang2x yg jadi masam dan masin tue sebabnya dah popular sgt sebb follower ribu riban kot?? sampai terdelete kot msg pengomen sbb byk sgt follower komen..

hmm tp x semua blogger popular nie dah jadi masam... deqlis suka KAK INA KL.. tak pernah malu turun jenguk atau drop by blogger baru macam deqlis..(hmm baru laa jugak tak fofuler pun)..

opps..nak nak..!! nak itu blog lama daa..:-) email erk..TQ

ohh sama...! x pernah lagu unfollower mereka nie..sebab niat kita nak berkwn ngan semua org..tp klu org tak sudi ..apa kan daya..:(

deqlis said...

wah terkomen pjgn woooo!!..

ada award pengomen terpanjang dakk??hihih ..:-))

saudagar kampong said...

hahaha sempoi bro...

Copyright to S.H.A.I.Z.H.A.R
Designed by UMIESUEstudio 2015