Thursday, March 17, 2011

816 : Filem >> RANGO

Siapa Rango? Kenapa Rango? Semalam selepas waktu kerja aku menuju ke Wangsa Walk.Mulanya tidak tahu mahu memilih yang mana satu? 127 Hours kah? Unknown kah? atau....

Akhirnya memilih Rango.Ok ke cerita tue? Best ka? Erm..... aku kasi 3.8 *** (lapan) bintang je la. Tak adalah sehebat Hikayat Merong Mahawangsa tetapi....

Awal ceritanya membuatkan aku huru hara untuk memahaminya.Namun terhibur dengan aksi kumpulan burung hantu yang tampil bermain muzik/ latar dalam Rango.Sangat menarik walaupun nampak agak klise. (org lain dah penah buat mcm ni) Dalam filem melayu pun ada.Tak ingat filem apa.

Berbalik kepada Rango se ekor Cicak? Yup! Cicak yang berlakon/berpura & menipu.Kisah ketiadaan air di gurun sahara menjadi latar cerita filem ini.Filem ini berlarutan dengan aksi demi aksi yang menghiburkan (mulanya agak mengantuk juga...nasib baik tak tertidur).

Aksi lawan dengan burung helang, kelawar dan ular serta penamat cerita ini sangat menarik.Siapakah yang berkuasa dan menyimpan 'air' di pekan itu (lupa nama pekan itu)? Jawapannya.... tengok la sendiri

No comments:

Copyright to S.H.A.I.Z.H.A.R
Designed by UMIESUEstudio 2015