Monday, March 07, 2011

796 : Terima Kasih Cinta

Menonton pementasan hari terakhir 'Terima Kasih Cinta' seorang diri.What to do? Nasib badan.

Secara keseluruhan lagu - lagu yang di pilih adalah memuaskan dan lakonan juga memberangsangkan namun pada tahap sederhana dan masih mempunyai ruang untuk penambahbaikan. (gambar hasil ciplak dari google)

5 kisah cinta antara yg 'berusia', Cinta suami, isteri & anak, Cinta adik beradik, cinta korporat dan cinta remaja.


Safura yang sederhana keupayaannya tetapi rasanya masih kurang sesuai untuk watak rubi ini. Latif Ibrahim tampil penuh yakin dalam jenaka dan suara yang masih seperti dahulu.Diddy juga tampil sederhana dan berada dalam kelompok biru.


Cinta suami isteri Oren yang berakhir dengan 'perpisahan' namun demi anak si ibu rela berkorban.
Namun dialog bahasa orang putih terlalu berlebihan membuatkan aku rimas dan lemas.Rimas bila Tony memakai kasut 'merah'.


Lakonan cinta remaja antara Vince & Nurul Aqilah sangat serasi bersama.Vokal vince begitu mantap namun Nurul Aqilah perlu meningkatkan usahanya.Pasangan h ijau yang sesuai berdua.


Cinta si merah jambu yang sewajarnya di beri lebih ruang untuk di perkembangkan lagi keupayaan Faradhiya dan Shajiry untuk melafazkan cinta mereka.Lagu 'janji manismu' memang terbaik la.

Cinta dan kasih sayang adik beradik tampil kuning dan nampak janggal kepada si lelaki.Deja Moss memang ada bakat.Suaranya dan gaya lakonannya perlu di beri pujian.Namun Anding yang tampil 'kuning' terbaring di katil hospital adalah begitu pelik dari biasa.Kenapa kuning??





Kata Shaizhar : Filem 'cinta' lebih menyerlah dari teater ini.Jika ada musim ke 2 beberapa watak perlu di berikan kepada artis yang lebih sesuai.

No comments:

Copyright to S.H.A.I.Z.H.A.R
Designed by UMIESUEstudio 2015