Friday, March 04, 2011

793 : Merisik vs Merisik & Bertunang

Tak tahu mana satu... Merisik dulu atau Merisk & terus bertunang....

Jom baca ini...

Dalam adat perkahwinan masyarakat Melayu, terdapat beberapa peringkat penting. Pertama sekali adalah peringkat merisik.

Adat ini juga dipanggil meninjau atau menengok. Dalam budaya Melayu, adat ini merupakan tahap awal menjodohkan teruna dan dara, yang melibatkan pertemuan antara wakil keluarga teruna dengan orang tua pihak dara. Pertemuan tersebut dianggap penting untuk menghormati keluarga pihak dara, sebagaimana ungkapan dalam adat Melayu kalau hendak meminang anaknya, pinanglah ibu bapaknya terlebih dahulu. Ungkapan tersebut menjelaskan bahwa pandangan dan restu orang tua perlu diperoleh terlebih dahulu dalam membuat keputusan yang besar seperti perkawinan. 

Tujuan adat ini dilakukan adalah untuk memastikan bahawa gadis yang dihajati oleh seorang lelaki itu masih belum berpunya. Ini penting, kerana dalam Islam seseorang itu dilarang meminang tunangan orang. Di samping itu, adat ini juga bertujuan untuk menyelidik latar belakang si gadis. Lazimnya adat ini akan dijalankan oleh saudara mara terdekat pihak lelaki seperti ibu atau bapa saudaranya. Prosesimerisik dilakukan dengan tertib dan sopan untuk menjaga dan memelihara nama baik kedua belah pihak.


Bagi pihak si gadis, terdapat beberapa kriteria yang perlu dipertimbangkan sebelum menerima lamaran pihak lelaki antaranya ialah lelaki tersebut perlulah mempunyai latar belakang agama serta mempunyai pekerjaan yang baik.

Apabila wakil pihak lelaki sampai di rumah si dara, para wakil keluarga lelaki akan bercakap-cakap mengenai keadaan kehidupan, pekerjaan, maupun isu-isu terkini sembil menikmati jamuan yang dihidangkan dan dihantarkan sendiri oleh si dara. Pada saat si dara menghidangkan jamuan itulah para wakil dari pihak lelaki berkesempatan untuk melihat wajah si dara. Setelah itu, topik pembicaraan mulai difokuskan untuk menyampaikan maksud kedatangan pihak teruna, dan pantun untuk merisik mulai diperdengarkan oleh juru cakap mereka. Pada tahap ini, pihak teruna menyatakan kehendak hati untuk “memetik bunga yang sedang menguntum” apabila si dara belum memiliki pasangan.
Seterusnya memberikan sebentuk cincin tanya berupa cincin belah rotan dan jika pihak gadis bersetuju mereka akan menetapkan tarikh untuk peminangan. Walau bagaimanapun adat merisik jarang dilakukan lagi kerana pasangan tersebut telah berkenalan terlebih dahulu, justeru itu mereka akan terus menjalankan adat meminang untuk menjimatkan kos dan masa. 
Kata Shaizhar :

Jap.. jap... aku nak merisik siapa ni?? Siapa yang nak dirisik? Erm.. kalau bertunang terus je boleh tak? Dah tilik menilik dan pilih tarikh. Aku mencadangkan tarikhnya pada 19.6.11 boleh? Sesuka hati dan sesedap rasa je kan? Alah lagi 3 bulan sempat kot! Ujung minggu ni mau gie Wedding Exhibition.Ada sesiapa nak ikut? Malamnya pulak dah ada temujanji bersama - sama dengan "Cinta".Sesiapa nak komen dan memberi pendapat di alukan. Harap - harap majlis "11.11.11" jam 11.11 pagi akan menjadi kenyataan.Eh! aku dah pilih tarikh ni sejak aku dilahirkan la. So what? Aku pilih tarikh aku di lahirkan bukan ikut sesiapa pun.

1 comment:

Ann-Wardrobe said...

a'a shai. x de merisik2 pun sbbnya an dgn kery dah slalu sgt kuar. fmily pun dh kenal kery. tp stakat kery shj.
kiranya langkah ptama tu terus tunang. masa tu la fmily an kenal dengan fmily kery! hihi. settle tunang btemu time hari raya aidilfitri n raya haji. tu je lah. hihi.

Copyright to S.H.A.I.Z.H.A.R
Designed by UMIESUEstudio 2015