Thursday, February 03, 2011

746 : Teater Tun Mahathir 2


Lokasi : Istana Budaya
Tujuan : Teater Tun Mahathir 2
Tarikh : 30 Januari 2011 (Ahad)

Kali ke 4 menonton Teater Tun Mahathir, 3 kali pada musim pertama dan hanya 1 pada musim ke 2 ini.
Ada kelainan namun masih banyak persamaan tetapi tetap ada yang kurang.... apakah?

Penampilan pertama Sarimah Ibrahim memang ada kelasnya tersendiri.Menghiburkan dan sangat kelakar serta lain dari pementasan pertama.

Dato' AC Mizal juga tampil dengan jenaka dan lawak yang tak kering gusi.I Like!

Mungkin kerana aku begitu sukakan Erra Fazira membuatkan aku membandingkannya dengan lakonan Misha Omar dan Elly Mazlin.Bagi aku mereka ber2 dah mencuba yang terbaik namun ternyata Aura Erra Fazira lebih hebat begitu juga dengan Zizan Nin.Wataknya di lakonkan oleh Ezzany yang bagi aku so - so je.

Kesimpulannya walaupun hanya muncul sekejap lakonan seniwati Azean Irdawati tetap akan menjadi kenang - kenangan.Lakonan bersahaja oleh primadona seni yang berjiwa kental.

Mungkinkah akan ada teater Tun Mahathir ke 3?? Next... teater "Terima Kasih Cinta"..

No comments:

Copyright to S.H.A.I.Z.H.A.R
Designed by UMIESUEstudio 2015