Monday, January 31, 2011

733 : 3 Hari 3 Movie >> HAQ, Homecoming & The Green Hornet


Tarikh : 28 Januari 2011 (Jumaat)
Lokasi : TGV, Wangsa Walk, Wangsa Maju, KL
Sinopsis Haq:-
Kisah ini memaparkan kehidupan tradisional keluarga Melayu di sebuah kampung yang berunsurkan kegelapan kuasa ghaib, kharomah, rahsia and pertentangan antara dua saudara dalam memperjuangankan kebenaran yang hakiki. Kisah ini berkisarkan tentang Haq, seorang pemuda penyayang dan jujur yang dianugerahkan oleh Allah S.W.T dengan kelebihan kuasa ghaib (Kharomah) dan Badrul (Bad) yang merupakan seorang yang bijak yang juga merupakan adik angkatnya. Haq berupaya untuk mengalihkan objek dengan mengunakan kuasa mindanya.


Satu kemalangan telah berlaku berpunca daripada kedegilan Bad yang menyebabkan kematian ibu kandung Haq di depan mata mereka semasa mereka kecil. Dengan ini, jaringan rahsia, rasa bersalah dan cemburu mula berkembang. Beberapa tahun kemudian, sekembalinya Haq dari belajar diluar negara, beliau disambut dengan penuh kegembiraan kecuali daripada Bad, yang tidak berpelajaran tinggi, lebih suka menghabiskan masanya bercampur dengan samseng kampung daripada mengusahakan perusahaan ladang dan pertanian milik keluarga.

Ini merunsingkan Haq and bapanya, Haji Ibrahim yang bukan sahaja mendidik Bad seperti anaknya malah mengambil kedua orang tua Bad untuk bekerja dengannya. Bad kesal, dia hanya menyalahkan takdir dan keadaan dan mempersoalkan kenapa Haq mempunyai kuasa sedangkan dia hanya seorang anak kepada pembantu rumah. Bapa kandung Bad telah lama menderita sakit meninggal dunia walaupun berkali–kali cuba dirawati oleh Haji Ibrahim.
Haji Ibrahim juga terkenal dalam masyarakat, dianugerahkan Allah untuk merawat penyakit. Bad menjadi lebih marah kerana kegagalan bapa angkatnya itu menyembuhkan penyakit ayahnya dan juga kepada takdir kerana dia tidak mempunyai kuasa untuk mengubah keadaan sekelilingnya. Dengan kemarahan ini jugalah beliau menyalahkan semua orang dan Tuhan, malah telah bersekongkol dengan ilmu hitam dan syirik kepada Allah.

Bad lalu menghilangkan diri. Masa berlalu, Haq telah menceritakan segala–galanya tentang kematian ibunya kepada ayahnya semasa Haji Ibrahim sakit tenat. Kepulangan Bad ke kampung semasa hari pengkebumian Haji Ibrahim mengejutkan semua pihak. Bad, kemudian telah membawa Haq dan pembantunya Aina ke kota lalu mengambil Haq sebagai rakan kongsinya.

Di kota, barulah Haq tahu bahawa Bad mempunyai empayar perniagaan yang besar lagi kukuh. Di situ juga Haq telah berkenalan dengan Zahra yang merupakan pembantu Bad yang mengoda dan materialistik. Bad telah memperkenalkan Haq tentang dunianya yang penuh kekayaan, kekuatan dan kehausan kuasa. Pada masa yang sama, Haq telah tertarik kepada kejelitaan Zahra walaupun dia tahu tentang perhubungan antara Zahra dan Bad.

Haq mula dapat menghidu kehadiran kejahatan yang bersembunyi di dalam diri Bad dan kebenaran tentang kematian Haji Ibrahim juga terserlah. Bad juga telah menunjukkan belangnya. Haq terpaksa mencari kekuatan dan keberanian untuk berhadapan dengan kebenaran dan keputusan itu akan merubah hidup mereka selama- lamanya.

Sumber dari : Mygosip.com

Kesimpulannya : 3 *** Sahaja kerana sangat sederhana.Memang nampak lain dari filem yang sedia ada namun terdapat kekurangan di sana sini.Penghujung cerita yang...... *Buat aku x faham.



Tarikh : 29 Januari 2011 (Sabtu)
Lokasi : GSC, The Summit USJ, Subang Jaya,Selangor
Sinopsis :-

Filem ini dilakonkan oleh Ah Niu (penyanyi serba boleh), Afdlin Shauki (pelawak, pengarah dan pelakon terkenal), Mark Lee (pelawak terkenal dari Singapura), Jack Neo (pelawak serba boleh), Jacelyn Tay (pelakon dari Singapura), Huang Wen Hong (DJ popular dari Singapura), Rebecca Lim (pelakon terkenal dari Singapura) dan Koe Yeet (pelakon dari Malaysia).

Filem ini memang kelakar. Ada beberapa babak yang boleh membuatkan kita tak kering gusi. Sesuai untuk tontonan seisi keluarga di musim perayaan ini. Filem yang menggambarkan betapa meriahnya balik kampung halaman untuk bertemu dengan orang tersayang sempena sambutan Tahun Baru Cina.

Ini bukanlah kali pertama kolaborasi Malaysia-Singapura dalam satu filem, malah sebelum ini pun dah banyak Malaysia dan Singapura bergabung untuk menjayakan filem bersama. Namun, ini adalah filem pertama yang menggabungkan semua pihak untuk setiap peringkat iaitu dari pengarah, pelakon dan pengambaran sebenar.
Kolaborasi kedua buah negara ini menampakkan hubungan yang lebih erat dijalinkan dengan kerjasama pelakon handalan dari Singapura dan Malaysia.

Orang Cina akan pulang ke rumah keluarga masing-masing menjelangnya Tahun Baru Cina, dan begitu juga untuk orang Malaysia yang bekerja di Singapura dan orang Singapura yang bekerja di Malaysia. Jadi, tema dan olahan penceritaan filem ini sangat relevan dan real.

HOMECOMING adalah filem kolaborasi antara Homerun Asia, Double Vision, produksi Vision New Media di Malaysia, SIMF Management, J Team Productions dan Tanshern. Produksi company untuk filem ini ialah Woosh Pictures.

Sumber :  Sensasi Selebriti

Kesimpulannya sangat kelakar dan menghiburkan.Lawak yang ketawanya lahir secara sepontan tanpa dibuat - buat.Sangat suka dengan filem ini.Memberikan **** <- 4 Bintang.


Tarikh : 30 Januari 2011 (Ahad)
Lokasi : TGV, Wangsa Walk, Wangsa Maju, KL
Sinopsis :

Filem ini mengisahkan Britt Reid (Seth Rogen), pewaris kepada syarikat surat khabar berpengaruh di Los Angeles, yang manja dan suka berfoya-foya. Pada suatu hari, ayahnya James Reid (Tom Wilkinson) meninggal secara misteri, dan menyebabkan Britt terpaksa menjadi pengganti CEO syarikat surat khabar tersebut. Selepas itu, Britt bertemu dengan seorang pekerja syarikat yang membancuh kopinya setiap pagi, Kato (Jay Chou). Kemudian, mereka bekerjasama untuk melakukan sesuatu yang bermakna dalam hidup mereka dengan menubuhkan pasukan superhero The Green Hornet bagi menentang kejahatan. Dengan bantuan setiausaha baru Britt, Lenore Kes (Cameron Diaz), mereka mendapat maklumat mengenai penjenayah yang paling dikehendaki di kota, Benjamin Chudnofsky (Christoph Waltz). Chudnofsky yang berasa terancam dengan keselamatan dan kuasanya, bertindak untuk menumpaskan pasukan superhero The Green Hornet.

Sumber dari review oleh Ikhwanshah

Kesimpulannya : Filem ini hadir dengan gelombang turun dan naik.Babak aksi adalah kurang namun di penghujung cerita aksi yang ditampilkan begitu mengkagumkan.Layak mendapat 3 *** 1/2 bintang.

No comments:

Copyright to S.H.A.I.Z.H.A.R
Designed by UMIESUEstudio 2015