Saturday, January 22, 2011

704 : Contest >> Mari Mengarang

Mari mengarang (ada hadiah untuk anda)...<< Tq penaja Kak Cik Nur Seroja

Pengumuman ini melekat di sini sehingga 31/1/2011 jam 12 tengahmalam. Untuk catatan terbaru, sila jenguk ke bawah. :) <<- kat blog Kak Cik Nur Seroja je melekat kat sini tak.he3

Penyertaan mesti menggunakan kata kunci di atas secara berturutan
PERADUAN INI BUKANLAH BERTUJUAN UNTUK MENARIK ALIRAN KEMASUKAN PENGUNJUNG YANG MELIMPAH-LIMPAH KE BLOG INI DAN BUKAN JUGA UNTUK MENAMBAHKAN BILANGAN PENGIKUT KERANA KAKCIK TIDAK MELETAKKAN SYARAT SUPAYA ANDA MENGENAKAN TAG KEPADA RAKAN-RAKAN LAIN ATAU MESTI MENJADI PENGIKUT BLOG INI!!!! TUJUAN KAKCIK HANYA UNTUK ANDA MENGASAH BAKAT MENGARANG ANDA WALAUPUN KAKCIK BUKAN PENGARANG YANG BAIK. 

Syarat-syarat :

-  terbuka kepada semua yang 'terjumpa' dengan peraduan ini - tak kisah sama ada anda pengikut blog ini atau tidak.  Kalau anda baru pertama kali singgah pun, anda layak untuk menyertainya. <<- YA saya tersesat

- letak kepala (header) blog ini bersama alamat : http://kakciknurseroja.blogspot.com di penyertaan anda <<- Dah meletakkannya *seperti di atas

- penyertaan hanya dari mereka yang mengunakan alamat rumah/alamat pos di Malaysia sahaja. <<- Saya dari Ukay Perdana, Ampang, Selangor, Malaysia

- anda boleh mengarang sama ada dalam bentuk puisi, pantun, seloka atau karangan biasa.
<<- Ingat nak bermadah berhelah la
- mesti ada kesinambungan dari satu perkataan kepada perkataan yang lain.  Contohnya ....  Cik Peah pergi ke warung Cik Mat untuk membeli TEPUNG TALAM tetapi tidak menduga beliau akan menjadi mangsa GANGGUAN SEKSUAL semasa dalam perjalanan...... dan seterusnya sehingga ke perkataan JIKA TERDENGAR SUARA AZAN BERGEMA SAYUP MENJELANG PAGI.  Apapun bentuk karangan, ianya adalah merupakan sebuah cerita yang boleh difahami... <<- Okie paham dan memahami

-  karangan dibuat di blog anda sendiri tetapi TINGGALKAN LINK mengenai catatan tersebut di ruangan komen blog ini. <<- Okie dah

-  keputusan akan dibuat oleh kakcik sendiri <<- Okie.Kalah Menang Adat bertanding

-  hadiahnya merupakan bekas makanan (senang nak bawa bekal) jenama TUPPERWARE <<- Boleh guna bawa bekal gie kerja

- tarikh tutup ialah pada 31/01/2011 dan keputusan akan diumumkan kemudian. <<- Bila?

-  sekurang-kurangnya 2 (dua) hadiah disediakan (mungkin lebih) <<- Harap2 ada hadiah Saguhati

BERMINAT???  Mulalah mengarang.. :)


Jam menunjukkan jam 5 pagi.Tetiba tidurku terganggu.Aktiviti  yang di lakukan di waktu begini bukannya ulangkaji pelajaran tapi mengadap komputer riba.Inilah dia penyakit berjangkit blogger zaman sekarang.

Aku mencari – cari mengunakan kanta pembesar kerana cermin mataku telah patah.Dah la bonus pun belum dapat lagi.Apa yang di cari ialah resepi TEPUNG TALAM. Kenapa? Mengapa? Sebab apa? Alah ada budak di pejabat mengidam.Al maklumlah.. pembawakan budak.Anak pertama pulak tu.Tahniah Suzana.

Misi di atur strategi dipasang.Aku nekad untuk pergi berkunjung ke teratak Mat Gebu.Walaupun jauh kat Sedenak tapi dekat je.Sekali klik terus sampai.Malang tak berbau dan sayang seribu kali sayang di tengah jalan aku tersesat.Lain yang di cari lain yang di jumpai.Terbaca kisah GANGGUAN SEKSUAL di blog Ben Ashaari dan mangsanya ialah Retna yang bukannya duduk di Taman PERMATA.Ada satu perkataan tue yang aku tak faham iaitu MAKNA KEMBIRI.Lalu aku mencari Kamus Dewan Bahasa yang terkini.Selak punya selak aku terjumpa resepi HALWA MASKAT yang aku cilok dari blong KAKCIK SEROJA jom la klik sini .Rasanya dah beberapa belas bulan berpuluh hari lalu resepi ini hilang dari pandangan mataku.Aku tergejut beruk macam mana resepi itu boleh tersesat masuk dalam kamus?

Tetiba telefon bimbit jenama Sony Ericsson ku berlagu dengan suara Anna Raffali berkata “Tolong Ingatkan Aku’.Apa la pepagi dah terima pesanan ringkas SMS dari seseorang.Siapa? Tergejut juga Sis Lin SMS dia minta aku hantarkan PAKAIAN UNTUK MENDAKI.Macam manalah Sis Lin ni boleh tertinggal kat kat rumah Che Mat & Che CT.Awalnya dia bangun.Tak tidur ke apa? Mesti berkebun , memasak di ‘Muka Buku’ sambil dok layan chat kat ‘Sahabat Blogger’. Aduh! Malas nak melayan mak cik sorang ni ada hati nak panjat Gunung Kinabalu katanya.Kasi terjah Batu Caves dulu la .Tue pun kalau dia berani sahut cabaran.

Muncul idea bernas dating.Aku nak bikin SAJAK ULANG TAHUN KELAHIRAN buat Sis Lin almaklumlah hari jadinya dah dekat.Alamak!! tersilap tengok kalendar la pulak.Hari jadi dia dah lepas.Hari lahir dia 19 November lambat lagi ingatkan 19 Februari.Kalau dia tahu aku lupa tarikh lahir dia mesti dia akan marah yang amat dan bertukar menjadi ZOMBI KAMPUNG PISANG.

Sayup – sayup di tepi jendela aku terdengar sesuatu.JIKA TERDENGAR SUARA AZAN BERGEMA SAYUP MENJELANG PAGI apa di tunggu lagi segeralah mandi dan bersihkan diri.Ya! Solat subuh la apa lagi.Tak kan ada hati mau tidur sambung tidur pulak."Sembahyanglah kamu sebelum kamu di sembahyangkan'

5 comments:

AKO @ retna said...

kijaammm!!!!

part ako tu sungguh kijammmmm!!!

huwaaaaaaaaaaaaaaaa :p

vyerheart said...

Dah join contest nie....
takde la berape pandai mengarang nie..hehehe
http://vyerheart.blogspot.com/2011/01/contest-mari-mengarang.html

kakcik said...

Terima kasih Shaizar kerana sudi turut serta. Kakcik dah masukkan link Shaizar di No : 12 :)

roserose said...

nasib baik tak ada tag2...hahah

KaLeD diDi said...

haaa . . . ni komppm ada pasal orang tedekat nih . . . ahahahahah!
nice one . .

meh join ni pulok~

http://lampoh09.blogspot.com/

Copyright to S.H.A.I.Z.H.A.R
Designed by UMIESUEstudio 2015