Wednesday, January 12, 2011

692 : Hari Mr. S bersama Ms. R >> 9.1.11

09.1.11 bersamaan hari ahad. Mr's bertemu dengan Ms.'R di satu tempat bernama TGV, KLCC. Agenda utama ialah menonton wayang bersama - sama pada jam 11.10pagi.Manusia adalah tidak ramai dan penuh sesak pada awal pagi tersebut.

Filem yang menjadi pilihan ialah Paranormal Activity 2.Pertama kali menonton.Aku tanya Ms.'R betul ke nak tengok filem ini? Ternyata mula - mula je filem ini ditayangkan aku rasa nak mempopcornkan diri je<< rosak bahasa. Filem apa ini? Kisah benar? Aduuuuh... rasa mengantuk sangat.Menjadi - jadi bosan dan sampai orang sebelah menjerit dek kerana tergejut.Nasib baik tak kena 'peluk' he he he.. Aktiviti seterusnya ialah melantak sampai kembong & kenyang kat Food Court Rasa.Aku belanja air je.Ok lah kan? Next time belanja MCD, Pizza Hut, KFC pulak tetapi bayar sendiri - sendiri la ye. Boleh? Macamlah Ms.'R baca blog ini lain la kalau kat FB.Aaaaah... kantoi!! Ms.'R ada FB tapi x berapa nak aktif. Nasib... nasib...

Dan aktiviti diteruskan dengan window shopping.Ye.. tengok pintu je ye.bukan shopping.Sebelum cerita berakhir Ms.'R nak jumpa Aunty Anne.Ada ke patut di sebutnya Aunty Ani? He he he. Nasib baik aku inggat kat mana Mak Cik Anne ni duduk.Lokasinya berhampiran KFC berdekatan Bugger King, Suria KLCC.

Lepas dah jumpa Mak Cik Anne kami bergerak menuju ke rumah rehat Celcom.Ada orang mahu membayar memberi duit kepada Celcom kerana berhutang Broadband.

Kami seterusnya melangkah menuju ke LRT, KLCC dan maka berakhirlah episod kali ini.Seorang menuju ke utara dan seorang ke selatan membawa laluan masing - masing.Insya - Allah ada jodoh kami bersanding eh! silap bertemu lagi di lain lokasi dan siaran.

Sekian cerita cerita yakni coretan Hari Mr. S yakni aku bersama dengan Ms. R.












No comments:

Copyright to S.H.A.I.Z.H.A.R
Designed by UMIESUEstudio 2015