Monday, January 10, 2011

690 : Dan Keputusannya >> Anugerah Juara Lagu 25


Gambar ihsan dari Berita Harian 11.1.2011

Dan Keputusan....... Tak Ingat? Tolong Ingat Kan Aku. Kenapa 'dia'?? Tahniah!! Ana Nur Hidayah Mohd Raffali atau Ana Raffali.

Tolong Ingatkan Aku

Jangan disusun kata-kata penamat
Jangan disebut baris ayat keramat
Biar lenyap diserap sunyi
Biar senyap yang tak menyepi

Tolong ingatkan aku
Kisah kau tersedar
Dengan saku penyeluk masa

Mari patahkan papan markah lama
Mari padamkan buku tiga lima
Biar luka sembuh sendiri
Biar lupa ditebus hari

Chorus
Tolong ingatkan aku
Kisah kau tersedar
Dengan saku penyeluk masa
Kau dampingi aku
Setiap detik jantungku berdetak
Setiap nota jiwaku berlagu-lagu

Bila marah merasuk minda
Kecewa menyelubungi jiwa
Aku lupa

Ulang Chorus

Tolong ingatkan aku kisah kita
Tolong ingatkan aku
Kisah ku tersedar
Dengan kasih memeluk rasa

Tolong ingatkan
Setiap detik jantungku berdetak
Setiap nota jiwaku berlagu-lagu

Tolong ingatkan aku
Kisah kita
Tolong ingatkan aku
Kisah ku tersedar
Dengan kasih memeluk rasa

Telah banyak yang memberikan komen dan pandangan mereka tersendiri berkaitan AJL25 kali ini.Apa kata aku? Inilah ringkasannya.7 yang tak menarik & tertarik untuk aku perkatakan disini.

1.  Ziana Zain, di tahun 2011 usianya akan menjangkau 43 tahun tetapi ternyata Vokal dan Aura *ZZ terus unggul di hati para peminatnya termasuk aku.I like u ZZ forever.Dah lebih 20 tahun dalam industri doa dan harapan aku semoga satu hari nanti ZZ akan di beri gelaran Dato' ZZ.

2. Ana Nur Hidayah Mohd Raffali.Dia penulis, pencipta & penyanyi lagunya sendiri.Tolong Ingatkan Aku.Lagu tersebut tidak popular dan ramai mempertikaikan keJUARAnnya pada AJL25.Apa pun.Bagi aku
'Hanya Jauhari Mengenal Manikam'.

3. Biarpun Cinta Sempurna tewas dalam AJL 25 namun bagi aku persembahan pertama dan pembukan sempena Jubli Perak AJL kali ini cukup sempurna.Fesyen dari Yuna sangat Stylo.

4.Adira... pertama kali beraksi di pentas AJL25.Ada yang kata vokal Adira malam ini tidak sempurna dan bergetar - getar dek kerana gementar.Ya! aku akuinya dan rasai kelainan pada persembahan Adira kali ini. Adalah di khabarkan di sini, gimik menyanyi atas buaian dan terbuai2 adalah sangat klise kerana sudah pernah dibuat sebelum ini *cthnya Datuk Siti Nurhaliza dan beberapa artis lain. Tak ada idea lain ke?

5.Hafiz sangat bertuah kali ini kerana bukan sahaja menang Vokal Terbaik malahan mendapat tempat ke 3 dalam AJL25.Apa yang aku nak kongsikan disini ialah tentang pakaian Merah & Hitam ini.Ramai juga yang mengkritik tentang pakaian ini.Bagi aku ini adalah pakaian paling tak kena untuk pentas akhir AJL terutama selendang merah itu.Macam Mak Limah balik kampung je.Rambutnya...Ya.. sangatlah serabut dan serabai seperti Sungai Gabai.Ye ke? *hentam je la..


6.Pada fanatik lelaki diatas ini terlebih dahulu aku minta maaf andai kata apa yang di taip dibawah ini menguris mengores hati dan perasaan kau orang.Rupanya kelihataan tidak bernyawa bermaya.Seperti menanggung sesuatu yang sukar diungkapkan dengan kata - kata.Benarkah 'dia' sakit? Drama yang menyakitkan hati ramai orang bukan sahaja aku tapi kamu & kamu.tak gitu? Kesian... kesian kena tampar dengan Nasha Aziz. What to do? Persembahan paling mengecewakan dari lelaki ini.Maafkan aku.. "Kebahagiaan dlm Perpisahaan" yang mendukacitakan.

7. Faizal Tahir (FT)... gimik untuk Selamat Malam ternyata lain daripada yang lain tetapi bagi aku sangat tidak menerujakan seperti syok sendiri *itu pandangan aku.Banyak lagi idea lain boleh dilakukan kecuali kalau adengan tidur2 atas katil..idea ini aku tak setuju.Apa pun aku kecewa kerana Hanyut benar - benar Hanyut jauh dalam AJL kali ke 25 ini.Mungkin bukan rezeki FT.Namun gimiknya berenang dlm air sangat unik dan lain dari yang lain termasuk juga menyanyi dalam penjara/sangkar.Apa pun FT tetap di hati.Tahun 2011 x de konsert ke FT? Alahaiiii mcm la FT baca blog aku.Ha...ha...ha...

Terima Kasih untuk TV3MALAYSIA  di facebook atas ehsan gambar tersebut.I like TV3

1 comment:

Mommy Pinky said...

wah, menarikla review kat sini !! xD

Copyright to S.H.A.I.Z.H.A.R
Designed by UMIESUEstudio 2015