Wednesday, December 21, 2011

1120 : Keluarga 'Sha' Menyerang E-11-11

Tarikh kejadian ialah pada 18.12.11 sekitar jam 11.11am (nak juga). Tempat kejadian ialah di Kuarters Kastam, Kelana Jaya.

Antara ahli keluarga 'sha' yang hadir. kecuali yg berdiri tue ada dua orang bukan nama ' sha'. ha ha ha.

Menu breakfast + lunch hari kejadian ialah. Mee Goreng, Sambal Ikan Bilis, Telur rebus & Ikan Haruan goreng, Kuih Muih dan yang paling mendapat sambutan ialah Nasi Lemak 'ShaNaz'.

Antara anak - anak buahkan yang bernama 'sha' hadir di masa kejadian.Mereka ini adalah pantang berjumpa 'katil' masa kenduri kat Kedah pun masing - masing suka 'berkampung; atas katil dan dalam bilik pengantin.

Dari Kiri Kakak Iparku Yusnita dan Abangku, Shafirol Abu Bakar yng sekarang tinggal nun jauh di Kota Kinabalu, Sabah. Agaknya bila lagi dapat berjumpa lepas ini?

Anak buah perempuan sulung dalam keluarga 'sha' kini berusia 15 tahun dan di kanan sekali anak buah no 4 yang rapat denganku selepas anak buah yang sulong.

Antara aksi kami... ahli keluarga 'sha' yang berbaju biru itu adalah ahli ke 12 merupakan anak buah yang paling aku 'geram' dan rindui kebelakangan ini.

Anak buah no 10 & 11.Umur sama dan sebaya tapi saiz dan ketinggian bukanlah ukuran.Kini ke duanya berusia 6 tahun dan akan menjejakkan kaki ke sekolah rendah tahun hadapan (2012)

Kata S.H.A.I.Z.H.A.R : Nantikan Part 2. Insya -Allah...

Friday, December 16, 2011

1119 : JJMM >> Restoran Dhalang, Simpang Empat, Alor Setar 12.11.11

Alhamdulillah.Impian dan hasrat membawa My Wife makan bihun sup Simpang Empat, Alor Setar menjadi kenyataan.

Sedap.sedap... Jom baca sini cerita Jalan - Jalan Makan - Makan di tempat ini pada entry terdahulu.

Bukti kami ber2 makan - makan di sini.Insya-Allah lepas ini menuju ke Laksa Teluk Kechai pulak.

Kata S.H.A.I.Z.H.A.R : Debar menanti 1.1.12 next... menuju selatan... Semoga semuanya di permudahkan. A-Min

Thursday, December 15, 2011

1118 : Memory @ Menara Alor Setar with Love

Kejadian terjadi pada 12.12.11 seawal 10.30pagi (anggaran) dan lokasinya di Menara Alor Setar, Kedah.

Melawat kekawan di sini.Dia orang tak dapat hadir my wedding 11.12.11 jadi mau kasi ole - ole pada mereka.Hanya 2 orang je kenalan dari Menara  Alor Setar yang kelihatan pada hari kejadian.

Suka dengan gambar ini. Usia Menara Alor Setar pun dah 14 tahun.Kalau sekolah tahun depan dah nak ambik PMR.Apa pun banyak dah perubahan pada Menara ini.Semoga akan terus menjadi kunjungan ramai dan kebanggan 'Utaqa'.

Menara KL pun sekarang dah no.6 kedudukannya dlm carta Menara - Menara tertinggi di dunia. Aaaah... rindu mau ke sana. Erm.... ada sesiapa mau seponser saya? Dah lebih 1tahun x ke sana.Ada perubahan katanya.

Bayaran masuk ialah RM 6 (Dewasa) Kita orang ber3 mendapat perlepasan tiket bayaran.Kata bekas pekerja. Ramai kekawan kat situkan.

Bukti kami ber2 dah selamat sampai ke Menara Alor Setar.Insya-Allah lepas ini mau bawa isteri merasai pengalaman di sini pada waktu malam.

Pemandangan indah kurnian Illahi.Nun jauh di sana itulah Gunung Jerai.

photoshoot di teruskan di luar perkarangan Menara Alor Setar pulak.Aksi berani mati bergambar di sini.Sila pandang kiri kanan sebelum berani mati ambik aksi macam ini.


Kalau tercabut replika 'tower' mampus nak kena ganti. ha ha ha. Suka juga dengan gambar aksi ini.


Ada yang suka aksi ini? Thanks ye. Kita orang tak ada ambik photografher profesional cukuplah mengunakan khidmat Manager cum driver + PA + Body Guard juga jurugambar pakai kamera 'cap ayam' yakni anak buah sulungku Shahuzzaimie Azizi.

Dah 1 bulan 1 hari jadi suami/isteri time ini.Peluk jangan tak peluk.Tanya sama pokok... apa sebab goyang?

Kata S.H.A.I.Z.H.A.R : Episod seterusnya ialah aktiviti makan - makan.

1117 : My Wedding Day - 11.12.11 >> Part 3


Kek dari rombongan pengantin perkahwinan dari hari bahagia 11.12.11


My Family... walaupun tak semua ada dalam gamabr ini tapi semua mereka merupakan tulang belakang kepada majlis ini.

My Ayah yang 'purple' Hj Abu Bakar dan Mak.. Pn. Zaleha (berbaju purple)

My brother, 41thn Shafendi Bin Abu Bakar.Terima Kasih abg.

My Brother, 38thn, 818759 Shafirol Bin Abu Bakar. Tak sabar nak terbang bercuti dan berbulan madu di Kota Kinabalu, Sabah.Insya-Allah Februari 2012.

Dari Kanan 18thn,Shahuzzaimie Azizi Bin Shafendi dan kiri sekali 15thn, Shahuzzairie Azim Bin Shafendi 2 orang anak buahku yang paling rapat. Thanks for everything.

Adik 'arwah mak' Hjh Jamaliah Hj Ismail.Chu.. terima kasih kerana menjadi 'mak' kepada bang chik.Juga buat my cousin Hasmidar yg banyak membantu.

My cousin Hastini Hj Hashim dan anak puteri sulungnya.

Kata S.H.A.I.Z.H.A.R : Terkilan tak dapat membawa my wife makan laksa teluk kechai.... tapi alhamdulillah nantikan cerita makan - makan dan jalan - jalan di Aloq Setaq

Wednesday, December 14, 2011

1116 : My Wedding Day - 11.12.11 >> Part 2

Kami dalam persalinan 'unggu warna cinte'. Menanti rombongan perempuan untuk berkumpul sebelum berarak menuju ke rumahku.

Pengantin berlatar belakangkan rimpunan pokok buluh di tepi jalan masuk menuju ke teratakku bernombor 124.

Pengantin 'didera' berarak di iringi gendang keling dan serunai.Best..best.. sangat best.

Kek perkahwinan yang taja. Terima Kasih penaja. Sempat lah juga rasa sikit.

Lepas dah makan - makan.Acara seterusnya ialah memotong kek pengantin.Comei je kek tersebut kan.

Sessi suap menyuap si isteri kepada si suami dan kemudiannya....

Si suami pulak menyuap si isteri.Alhamdulillah.. semuanya berjalan lancar. Terima Kasih semua yang hadir, membantu secara langsung atau tidak.

Kata S.H.A.I.Z.H.A.R : Bersambung dengan cerita wajah - wajah di hari bersejarah 11.12.11

1115 : My Wedding Day - 11.12.11 >> Part 1

Kek 2 tingkat untuk majlis 11.12.11 di taja oleh rakan sekolahku. Terima Kasih Noramirah Khalid.

Rupa paras meja beradap pengantin. Terima kasih utk my sepupui hastini & hasmidar.

Hidangan majlis 11.12.11 ialah gulai/kari daging kerbau + rebung. Sambal ikan tongkol. Acar campur & jeruk.

Suasana di majlis perkahwinan di Kg Selarong Lalang Kiri, Alor Setar Kiri pada 11.12.11 (gambar cilok dari FB my cousin)

Kata S.H.A.I.Z.H.A.R : Bersambung....

Sunday, December 04, 2011

1114 : Nasi Lemak Shanaz vs Nasi Goreng Shanaz

Nasi Lemak Shanaz hasil karya My Wife pada 3.12.11 Alhamdulillah nasi lemak bersama sambal sotong dan sayur kangkung.Boleh di pertingkatkan lagi rasa dan kualiti nasi yang lemaknya.

Nasi Goreng Shanaz hasil karya diri sendiri.Hari kejadian ialah hari ini 4.12.12 + jemput2 bawang (tiada dlm gambar) Alhamdulillah akhirnya dapat juga memasak untuk My Wife.

Kata S.H.A.I.Z.H.A.R : Tak sabar nak masak - masak dan open house umh di Kelana Jaya.Insya-Allah Open House in the sky tahun depan la 11.2.11 ok x? Al maklumlah majlis pun kat tingkat 11 no umh 11 nasib  bukan bloack 11. ha ha ha

Friday, December 02, 2011

1113 : Dan Bila Bawa Bekal Ke Tempat Kerja

Ini adalah hidangan tengahari pada 1.12.2011. Dengan menunya Nasi + Telur Dadar + sambal udang + masak lemak ayam.

Alhamdulillah.. jimat lah juga belanja hari tersebut. Terima Kasih My Wife

Kata S.H.A.I.Z.H.A.R : Semoga aktiviti esok berjalan - jalan di KL di permudahkan dan harap - harap tak hujan la.A-Min

Thursday, December 01, 2011

1112 : Dan Bila Akhirnya Aku Akan Pergi Jua

Selepas 1 tahun 4 bulan dan beberapa hari...Akhirnya pada hari ini 1.12.11 diriku telah membuat keputusan untuk melangkah pergi meninggalkan syarikat 'C'. Memang berat untuk membuat keputusan namun tidak seberat aku meninggalkan Menara KL yang sudah sebati dengan diriku dulu.

Hidup harus di teruskan.Dan ini lah perjuangan diriku untuk menghadapi hari - hari mendatang dengan belajar sesuatu yang baru dan yang pastinya lebih baik daripada yang sebelum ini.

Kata S.H.A.I.Z.H.A.R : Menghitung hari.... detik demi detik....

Wednesday, November 30, 2011

1111 : Dan Bila Diriku Berwajah Baru >> 29.11.11

Alhamdulillah... Akhirnya hantaran bertunang yang sudah sekian lama di terima (dibeli oleh My Wife semasa beliau menunaikan umrah bulan 3 yang lalu)

Kata S.H.A.I.Z.H.A.R : Hijrah kepada kehidupan yang lebih baik.Dan nantikan aksi - aksi selanjutnya.. Insya-Allah

Tuesday, November 29, 2011

1110 : Hari Ini di IKEA

Hari kejadian ialah pada 28.11.11 sekitar 12.30 tengahari. Dari Kelana Jaya ke IKEA tak ada lah jauh mana.

Ini buktinya.Kali terakhir di IKEA.. bila yek? Alhamdulillah akhirnya dapat juga kembali ke IKEA

Bersama My Wife. Apa yang di beli? Ada la sikit - sikit.Gambar makan - makan pun lupa nak ambik. Nampaknya kena gie IKEA lagi lepas ini. He he he he ...

Kata S.H.A.I.Z.H.A.R : Hari ini 29.11.11 mau jalan - jalan KL. Yahooo.. hari ini cuti...

Sunday, November 27, 2011

1109 : Hadiah Untuk Diri Sendiri Daripada Penaja

Yang kiri Mr. Shai Cat...cat... dan Yg kanan pulak Mrs ShaNaz ong ge dek ge dek... ha ha ha. Alhamdulillah dapat 'hadiah kawin' di taja bernilai RM200 voucher Pakson. Akhirnya pada 26.11.11 telah 'menyopingkan diri ber2' di Subang Parade.

Dan hadiah diatas berupa Mug untuk diri kami ber2 saki baki dari lebihan membeli belah walaupun gajiku belum masuk

Kata S.H.A.I.Z.H.A.R : Terima Kasih daun keladi agak - agak majlis 11.12.11 ada sesiapa nak kasi hadiah ke? Tunggu....
Copyright to S.H.A.I.Z.H.A.R
Designed by UMIESUEstudio 2015