Friday, December 31, 2010

682 : Siti Di Alam Fantasi >> 31.12.2010


Persembahan  22-31 Dec 2010 ( 8.30 malam)
Tempat : Panggung Sari, Istana Budaya
Sinopsis : SITI DI ALAM FANTASI

Siti di Alam Fantasi mengisahkan tentang seorang budak perempuan yang kaya raya, cantik dan manja tetapi sombong, degil serta angkuh. Bapa Siti, Tuan Malim meraikan harijadi Siti di satu majlis yang meriah, tetapi satu bayang besar dengan secara tiba-tiba mencuri geliga keturunan Siti. Rumah Tuan Malim dan semua tetamu tenggelam ke dalam tanah tetapi Siti berjaya diselamatkan Mamat, anak tukang kebun dan Andan. Gergasi Batu membuka rahsia: kekayaan datang dari tuah geliga, jika tidak dicari geliga yang dicuri, kelak papa kedana tujuh keturunan. Gergasi Batu menelan Siti, Mamat dan Andan dan dari situlah bermula pengembaraan Siti mencari geliga milik keturunannya.

Akhirnya, rumah yang tenggelam, timbul semula seperti sedia kala. Pengalaman pengembaraan mengajar Siti berhati mulia, kesetiaan pengikutnya dan pengorbanan binatang lain melunturkan kesombongannya. Akhirnya Siti menyedarinya bahawa “selalu berkasih sayang, sepanjang hayat akan dikenang, kaya bukan angkuh meraja, miskin bukan hamba selama”.

Tenaga Produksi : Pengarah/Penulis Skrip - Aminah Rhapor
Pengarah Artistik - Irwan Ismadi Shahrim
Pengarah Muzik - Datuk Suhaimi Md. Zain (Pak Ngah)
Pengarah Tari - Datin Sharifah Mahani
Pengarah Kesan-kesan Khas - Jamaluddin Md. Noor
Pengarah Teknikal - Mohd Yusoff bin Kassim
Pelakon : Liyana Jasmay - Siti
Fizo Omar - Putera @ Ketua Lipas
Vanida Imran - Ratu Labah-labah
Johan Raja Lawak - Pokok
Ebby Yus - Mamat
Datin Paduka Umie Aida - Permaisuri Katak
Ziela Jalil - Permaisuri Katak
Lokman Ghani - Tuan Malim
Che Kem - Ulat Bulu 1
Abdul Mutalif Abu Bakar - Ulat Bulu 2
Mas Muharni - Bayan
Jamal Mohamad Equash - Putera Katak
Nurul Ain Othman - Ahli Sihir
Tiket : RM30, RM50, RM70, RM100 & RM150



Yahooo.....ketika entry ini tersiar di laman blogku.Diriku sudah berada di Istana Budaya & menyambut tahun baru 2011 di sana.

Thursday, December 30, 2010

681 : I Love Click >> My Best Picture Contest


 I Love Click >> My Best Travel Picture anjuran http://biqque.blogspot.com/

Simple! How to?
1) Create an entry with this title :
I Love Click : My Best Travel Picture Contest! *done
2) Copy paste the contest
BANNER into your post and LINK BACK to this post. *done
3) Pick your
BEST photo and briefly DESCRIBE about it. *done
4) Be my follower. (Optional but it's a bonus :) *done
5) Leave a COMMENT of your link entry, in this post. *done



Tajuk Ceritera Cerita : Msjbox Camping 2008/Family Day/Holiday yg sewaktu dgnnya

Lokasi Utama : Tankjong Sedeli, Johor Darul Takzim 
& Air Terjun Kota Tinggi << Lokasi Santai

Para peserta : Geng K.A.M.I.E dari KL/JB serta rakan KONGSI dari Kota Singa. Antara Malaysia & Singapura kami menjadi 1Satu.

Apa itu Msjbox? -> gie la klik kat www.msjbox.com/

Entry Post >> 151 - 157 : Msjbox Holiday Camp

Tarikh : 27 Disember 2008 & 28 Disember 2008

Aktiviti :
Pertandingan menghias khemah/papan tanda *kreatif & tercantik
Xtvt petang : Musical Chair, Kanak - Kanak & Dewasa
'Goreng Pisang' Pisang apa... Pisang apa skrg?
Santai @ Pantai dan Xtvt bebas + Mandi laut
BBQ Dinner & Xtvt Malam (Kenal Mengenal & Tukar2 Hadiah)
Sukaneka Kanak - Kanak & Dewasa (termasuk acara tarik tali)
Bola Tampar & Bola Jaring
Santai @ Air Terjun Kota Tinggi (Mandi Manda & Makan - Makan)

Pakaian Tema :
Hari (1) Pertama 27/12/2010 - Biru
Hari (2) Kedua 28/12/2010 - Merah

Cogankata:
Apa Yang Penting ??? >> K.E.R.J.A.S.A.M.A

Kesimpulannya:  Cilok kembali dari Entry No.157 >> Msjbox Holiday Camp - Edisi Terakhir

Terima Kasih Junaidix & Carneyz kerana menumpangkan shai untuk sekian kalinya (penumpang setia) Tahniah!! dapat Anugerah Khemah Terbaik "sepanduk yg hebat"

Tahniah buat sodep.Peserta Lelaki Paling sporting.Dah lama kenal Sodep,dia memang kelakar dan sporting orangnya.Penghibur dikala suka dan duka.Happy dapat kawan dan kenal sodep (bukan nama sebenar).

Buat Sis Lin seisi keluarga , Encik Sabar , Kakak (DeqNaz) , Adik (DeqYana) dan Amat terima kasih sebab menumpangkan KAMI, melayan kerenah KAMI , memberi kami cukup Makan & Minum.Kenangan terindah untuk dikenang bersama kalian.Kakak & Adik nanti kita gosip2 lagi.Amat yg di rindui, nanti ambik gambar abg shai byk2 yek!

Kepada Encik Kasawari sekeluarga, terima kasih menjadikan ianya satu kenyataan dan meninggalkan kesan yang mendalam dalam memori hidup KAMI.Buat Linda yang selalu happy dan gelak tak hengat juga aiman dan amar dengan aksi dan gelagat mereka tersendiri.Insya-Allah "Sheiro" akan dijaga dengan sebaiknya.

Untuk CM & CT sekeluarga , terima kasih sebab termakan hasutan dek diracun oleh KAMI.Masih terkenang aksi CM berdangdut dan bersama - sama segroup dengan Kak CT main terompah serta lari dalam gundi.Fuh! nasib tak kena cari gula - gula dalam tepung.Inilah masa yang dinantikan dapat dating dengan "Lily".

Kak Retna yang mulanya tak sehat dan kemudianya beransur pulih dan bersemangat bila dah berkumpul dengan kawan - kawang.Thanks sebab hantar ke Bus Stand Larkin on time.

Encik Rosli yang tak ada blog.Kehulur ke hilir ambik gambar.Rasanya dah lebih 5 kali jumpa bro, rasanya lebih "mesra" berbanding 1st time jumpa.Jom.. jom.. buka blog.

Nad & Maktok.Erm... 1st time jumpa,sorry kalau tak banyak borak dan beramah mesra , saya sangatlah pemalu.Tak caya tak nya Nenek Vogue a.k.a Kak Moralle

Kali ke 2 bertemu Kak Moralle sekeluarga.Ye .. ye betul kata akak. Saya sangat pemalu. he.. he.. he... Semoga Singapura & Malaysia bisa menjadi satu walaupun terpisah dek tambak johor.(Tak sabarnya nak gie singapore ni)

Bonda rock yang merupakan jiran sebelah khemah dengan anak2nya.Memang cute sepanduk dia org.Anak - anaknya pun sporting.Yang penting thanks sebab tumpangkan beg Brasil tue.Nanti kita keluar minum2 yek! *Tahniah!!! sebab menang Anugerah Peserta Perempuan paling sporting.

Wednesday, December 29, 2010

680 : Pertama Kali @ Batu Caves -272


Tipu bukan nak menipu.Dah nak genap 13 tahun menetap di Kuala Lumpur ini kali pertama memanjat 272 anak tangga.Ya! memang x di rancang tapi mungkin dah di takdirkan oleh Yang Maha Esa. Lokasinya ialah di Batu Caves.


Sebelum menaiki tangga.Berhenti sebanyak 3 kali ketika mendaki tangga & akhirnya berjaya.


Suasana di dalam Gua di Batu Caves. Tujuan lawatan sambil belajar ke sini ialah untuk melihat suasana tempat 'org' selain berlibur secara percuma dan melakukan aktiviti sehat.Fuh! berpeluh - peluh.Majoriti yang dtg sini mestilah India dan kebanyakkannya datang berkumpulan.


Good bye...kalau ada rezeki akan datang 'bersenam lagi'. Wahai Geng K.A.M.I.E ada sesiapa yg berani?

Tuesday, December 28, 2010

679 : Satay Kajang Hj. Sumari @ Taman Melati



Konsep hujung minggu ialah sarapan & makan tengahari di satukan menjadi 1.
Menu 26 Disember 2010 ialah satay.Ya! satay kajang Hj. Sumari @ Taman Melati.


Meehoon Goreng di sini rasanya tetap sama.Apa rahsianya yek? X kan tukar masa yg sama. Tetap suka dengan meehoon goreng *forever.

3 satay ayam, daging serta 2 satay arnab *pertama kali rasa satay arnab.Macam mana nak gambarkan yek! x de la liat sangat mcm satay rusa tapi sangatlah mahal yakni secucuk RM2.Berbaloi kah?


Ya. Table 11 menjadi pilijan dan harga keseluruhan ialah RM12.80. Jangan muntah darah kerana melihat episod makan  - makan shj di blog ini.

Monday, December 27, 2010

678 : Penyet sana Penyet sini


Pecal leleeee.. betul ke? ha ha ha .. menunya ikan keli.Power la juga tapi sambal belacan so - so je. Selalu makan ayam penyet.Kali ini tukar selera la pulak.Lokasinya di Wangsa Walk, Wangsa Maju.


Air limau ais RM3, Nasi RM1.5 dan lauknya RM6.50.Ingatkan lauk sekali harganya dengan nasi. ha ha ha. manalah aku tau.Apa pun memang lazat dan boleh di terima tekak.Nama restoren ni? Alamak lupa lah pulak

Sunday, December 26, 2010

677 : Marathon Movie >> Tron Legacy, Gulliver's Travels & Janin


Sinopsis: TRON LEGACY  adalah film petualangan 3D teknologi  tingkat tinggi  dengan  latar setting di dunia digital, Sam Flynn (GARRETT HEDLUND), Seorang yang bijak dalam teknologi  berumur 27 tahun anak lelaki Kevin Flynn (JEFF BRIDGES), dan dalam pencarian ayahnya yang hilang. kemudian dia menemukan dirinya  ditarik kedalam dunia digital Torn dimana ayahnya telah hidup selama 25 tahun.Seterusnya ayah &anak ini  berjuang bersama-sama menempuh perjalanan yang berbahaya untuk keluar dari  dunia digital.



Kata shai : Memangla penuh teknologi dan warna warni dan best kalau 3D tapi ada bahagiannya yg 'slow' dan sedikit membosankan sehinggakan ada seorg lelaki yg duduk sebelah kanan aku 'ketiduran'.Oh! ada juga kawan aku yg menonton movie ini tertidur selama 15 minit.kenapakah? mungkin sebab ianya 'membosankan'. Memberi 3/5 bintang kerana aksinya.



Pada tahun 2107, dengan bantuan Quorra (Olivia Wilde), Sam dan Kevin memulai perjalanan hidup atau mati melalui alam semesta digital-visual menakjubkan yang diciptakan oleh Kevin, dengan kendaraan dan senjata yang belum pernah diciptakan, dan penjahat kejam yang berusaha mencegah mereka untuk melarikan diri dari dunia tersebut.

Sumber: 21cineplex

Kata Shai : Kelakar ke? Ntah la.. boleh la kot 2.5/5 bintangnya.Lepak ajalah dah la duduk kat barisan depan sebab 'Marathon Movie kan. What to do.


Sinopsis Filem Janin

Janin mengisahkan kehidupan penduduk di sebuah kampung nelayan yang hidup dengan aman damai. Cerita bermula dengan ramai penduduk kampung selalu kehulangan duit mereka. Tetapi mereka tidak mengetahui siapa yang mencuri wang mereka. Sehinggalah beberapa orang kampung terserempak degan pencuri kecil bernama Esah.

Esah, seekor toyol *bukan seorg ke? belalu mengunjungi keluarga Sutera isteri kepada nelayan bernama Hashim tanpa mereka sedari. Mereka mempunyai tiga orang anak yang masih kecil. Kunjungan Esah ke rumah Sutera terlalu kerap membuatkan hasil pencurian berkurangan. Ini membuatkan pembela Esah menjadi marah kerana hasil kecurian semakin berkurangan.

Esah dimarah oleh pembelanya dan enggan diberi makan. Esah yang dahagakan kasih sayag telah membunuh orang yang membelanya. Tanpa tuan, Esah menjadi ganas dan telah menyerang penduduk kampung dan banyak kejadian negeri telah berlaku. Orang-orang kampong telah berpakat dan mula bertindak untuk menangkap Esah, tetapi tidak berhasil. Dengan tidak disangka mereka mendapat kejutan apabila mendapat tahu tentang hubungan antara Esah dan Sutera 


Kata shai : seram? x seram langsung.Bukanlah filem kelakar tapi boleh la 3/5 bintang juga. Filem yg 'slow' dan tak mendebarkan langsung.

Saturday, December 25, 2010

676 : My 'C' >> Selepas 4 Bulan


17 Ogos 2010 merupakan hari pertama aku di sini *seperti di gambar di atas. Company ke 2 aku kerja selepas lebih 12 tahun 6 bulan menjadi pekerja di Menara setinggi 421 meter.

17 Disember 2010 genaplah 4 bulan 'setia' di sana.Syukur alhamdulillah, memang dah tersurat akan 'kekal' berada di company 'C'.


Ruang menunggu serta bilik cermin tue merupakan bilik 'perbincangan/interview'.Kalau time ramai dtg interview serta serentak memang sesak la kawasan ni.


Ini lah HR & Admin Dept. Setiap department memang di letakkan dlm satu ruang yg sama tak seperti tempat kerja lamaku.Depat HRa ialah Finance Dept.


Ini boardroom di officeku. Memuatkan 20 orang. Ingatkan dah kerja kat sini x perlu masuk2 meeting tapi rupanya salah.Pada 4/11 aku masuk joint management meeting yg di hadiri MD , TD serta HODs.


Bangunan tempat kerja baruku.Dulu di tingkat 11 kini di tingkat 1. Ok la. Janji bukan kat bawah 'tanah'.

Friday, December 24, 2010

675 : Yok! Pizza


Pada 19 December ialah hari melantak Pizza.Ya! mengunakan hot ticket hotlink Rm1.*Lupa nak ambil gambar.

Lokasi kejadian ialah di Taman Permata, berhampiran Giant  Hulu Klang.Jumlah keseluruhan  makan - makan kali ini ialah RM18.Terima kasih diucapkan kepada 'kad besiku'.

Thursday, December 23, 2010

674 : Kau Yang Ku Sayang

*baju tajaa. Yg baju kuning. Anak buah no 4. Shahuzzairie Aziem dan yg kanan itu anak buah no.11 Shazzafifie Aniem.


Anak buah no.10 yg lahir tak cukup bulan.Nama diberi Shazanis Najwa.Sangatlah comel & kecik molek serta *malas makan nasi. ha ha ha

 Shazafif Afwan.Umur 8 tahun di tahun 2010 dan merupakan anak buah no.7/11


Shazaril Naeim, tahun ni umurnya 11thn.Nak ambil UPSR tahun depan.Harap2 kejayaan menjadi miliknya.


Gambar kenangan anak2 buah kesayanganku di Teluk Sepagar,Kota Kinabalu Sabah. Yg perempuan tue umurnya 14thn dan akan ambil PMR tahun depan.Nama diberi Shazatul Azira di lahirkan 1.4.1996 dan merupakan anak buah perempuan kesayanganku sebelum lahirnya yg ke 10 & 11 pada tahun 2005.

Wednesday, December 22, 2010

673 : Movie >> NARNIA & GREEN BOX 11.12.10





TAJUK: The Chronicles of Narnia: The Voyage of the Dawn Treader
PENGARAH: Michael Apted
PELAKON: Georgie Henley, Skandar Keynes, Will Poulter, Ben Barnes, Liam Neeson, Simon Pegg
GENRE: Pengembaraan, Epik Fantasi
EDARAN: 20th Century Fox


GreenBox di AEON, Bukit Tinggi, Klang bersama anak buah ke 4.Aktiviti selepas tengok wayang antara lagu yg ku dendangkan 'Khatimah Cinta, Kebahagian dlm Perpisahan, Ku ada kamu, Wulan dll *byk sangat 3jam tue.

Tuesday, December 21, 2010

672 : Sudah Terlewat Waktu

 



Aku masih seperti dulu
Menjadi diriku
Biarpun waktu berlalu pergi
Siapakah yang akan bertahta di hati ku?

Aku masih mengharapkan itu
Tak pernah ku jemu menunggu
Biarpun usia semakin senja
Ku masih simpan rasa Cinta

Di puncak dulu

Tak teguh berdiri
Seolah terpaut

Menanti hadirmu

Ku menadah tangan ku pohon padaNya
Semoga engkau menjelma di sisi ....kembali
Kiranya duluku bersalah
Maafkanlah diriku
Sudah terlewat waktu


Ku redha jika kau bukan milikku
Tapi.. siapakah yang ditakdirkan menjadi hak milik kekalku??

Monday, December 20, 2010

671 : Hari Ini Hari Tua >> Azman Ahmad 20/12/2010


Selamat Hari Tua... Selamat Hari Tua.. Selamat Hari Tua... ha ha ha (shj buat kelainan)

Nama sebenar diberi ialah Azman Ahmad pemilik blog  http://kasawari7.blogspot.com/

Tahun lepas ada suprise party... Tahun nie?? Erm...... (Kena ada ke?)


Imbasan catatan setahun yang lalu.

312 : Geng K.A.M.I.E "KASAWARI Beep Beep"


Persahabatan & Persaudaraan tak mungkin dapat diputusakan selagi hayat di kandung badan.Biarpun apa juga keputusannya.Menyepi atau membawa diri, yang pasti K.A.M.I.E tetap teman dan kawan di alam nyata.

Kerana Beep Beep aku mengenali keluarga mak cik awook & berjaya menjejakkan kaki ke Sedenak.

Mana mungkin aku dapat lupakan insan yang sanggup berjaga di subuh hari untuk menjemputku di "tempat itu".

Menghantarku sehingga ke stesen bas Kulai dan berembun sehingga ke tengah malam.

Sesungguhnya kenangan di stesen keretapi Kulai tetap segar diingatankan bro!

Kita penah sampai ke hujung dunia bersama - sama kan? Terima untuk segalanya. Untuk Sheiro yang tak bernyawa itu, sudi menumpangkan diriku menaiki Gen.2 mu, pakej penginapan di Hotel Kasawari serta halalkan makan minumku selama ini.

Mengenali keluargamu adalah satu rahmat besar buat diriku.Semoga perhubungan antara Geng K.A.M.I.E akan berkekalan selamanya.

Mana mungkin dapat ku lupa kenangan berkhemah di tepi pantai PD & tragedi dahan reput.

Catatan perjalanan di majlis ulangtahun ke 3 Msjbox.com di Restoren tupai - tupai yang 'panas', Aktiviti jalan - jalan raya di negeri selatan serta Perkhemahan di Tanjung Sedeli.

Setiap saat adalah seribu satu kenangan yang terindah.Memori yang tak mampu dipadam.

Terima Kasih kerana menjadi Geng K.A.M.I.E

Saturday, December 18, 2010

670 : Movie Day >> RAPUNZEL & HANTU KAK LIMAH BALIK RUMAH


Filem: Rapunzel: A Tangled Tale
Terbitan: Walt Disney Pictures
Pengarah: Byron Howard dan Nathan Greno
Suara Karektor: Mandy Moore, Zachary Levi, Donna Murphy
Genre: Animasi
Durasi: 1 jam 20 minit
Berapa Bintang ?: 4/5 Best!! Lagunya Best!! Ceritanya penuh warna warni.
Tarikh Tayangan: 25 November 2010 



Filem: Hantu Kak Limah Balik Rumah
Terbitan: Tayangan Unggul Sdn Bhd
Pengarah: Mamat Khalid
Pelakon :Awie, Johan Raja Lawak, Zami Ismail, Ummie Nazzirah 
Genre: Fiksyen, Aksi Komedi, Ngeri/Seram
Durasi: 1 jam 30 minit
Berapa Bintang ?: 3/5 (Sederhana) walaupun org lain suka x semestinya aku suka.
Tarikh Tayangan: 9 Disember 2010



Friday, December 17, 2010

669 : Ulangtahun ke >> 6 (ENAM)



Hari ini 17 Disember 2010.
Genap 6 tahun aku menjadi penulis blog.
'My Personal Blog'
Selamat Ulangtahun  buat diriku
Terima Kasih untuk yang 'hadir' dlm hidupku
Sepanjang tempoh tersebut

Percayalah.... 'Hidup Ibarat Catur'...

Imbasan catatan setahun lalu

472 : Selamat Ulangtahun ke 5

Selamat Ulangtahun ke 5 untuk diriku.
Sedar tak sedar sudah 5 tahun aku menjadi penulis blog.
Aku menulis tentang diri sendiri, perasaan dan kisah seharian hidupku.
Catatan perjalanan,kembara dan percutian aku ke mana sahaja.

Aku menulis dan menghiaskannya dengan berbagai gambar mengikut citarasa dan gayaku sendiri.
Bercerita tentang Geng K.A.M.I.E dan apa sahaja yang terlintas dihati.

Di usia 5 tahun sebagai penulis blog aku pastinya sudah 'masak' denga kerenah dunia cyber.
Aku lebih 'happy' dengan perhubungan alam cyber yg kini semakin hari semakin akrab di alam nyata.

Terima Kasih untuk semua yg bersama - sama sepanjang 5 tahun ini.'Anda tahu siapa anda, jasa dan bakti kalian tak mungkin saya lupakan sampai bila - bila'

Bagaimana dengan 5 tahun akan datang ? Adakah diri ini akan terus menjadi penulis blog?

Saturday, December 11, 2010

668 : "SENDIRIAN" >> S.H.A.I.Z.H.A.R


Sendiri.... biarkan aku sendiri.
Menyediri... izinkan aku menyepi ketika ini.
Sunyi... Aku tak pasti adakah aku takkan kesepian lagi?
Inilah keputusan muktamad dariku ketika ini.
Sendiri.. Mungkin terbaik untukku.
Tiada majlis pada '18.12.10 mahupun 8.1.11'. kerana
'Hanya Tuhan Yg Lebih tahu'

Friday, December 10, 2010

667 : Hati Nan LARA

Kecewa usah dikatakan.Gundah gulanda seluruh jiwa hingga meresap ke dalam dada. Hati nan LARA juga rasa ingin meronta memikirkan apakah kesudahannya.

Jangan ditanya kenapa dan mengapa kerana aku sendiri tidak tahu bilakah episod ini akan berakhir.Andai itulah takdirnya akan aku terima dengan redha.Mungkin aku bukan yang terbaik kerana ada yang lebih baik daripadaku.

Ya! yang lebih layak memiliki dan menjadi hak mutlaknya.Mungkin dia bukan aku dan ditakdirkan untukku.Semoga hubungan 'mereka' direstui.Aku ucapkan selamat tinggal kenangan.

Memori aku mengenali 'S' berakhir kerana Egoku.'A' juga telah pergi menjauh. Kini 'N' aku mendoakan kau bebahagia dengan PILIHANmu.

Membawa sekeping hati nan LARA...... Hidup haru diteruskan, perjuanganku masih panjang.

'Sendiri lebih baik'

Thursday, December 09, 2010

666 : 'Perpisahan'


Ku mengerti perpisahan ini
Bukan kerana kau membenci
Tapi kasih yang pernah ku beri
Tiada lagi bersama
Sering kala aku terlihatkan mu
Impian nan indah julang bahagia
Ku harungi hari demi hari
Bersama wajah tak mungkin akan kembali
Tapi hati masih tak terima
Ditinggalkan sengsara
Keraguan ini bukanlah padamu
Perasaan hati masih rindu
Kekalutan ini hanyalah untukku
Tercari-cari bayanganmu
Tak sanggup aku kehilangan
Kehilanganmu
Oh…oh…..
Yea…yea…..
Masih tercari-cari
Keraguan ini bukanlah padamu
Masih tercari-cari bayanganmu
Tak sanggup aku kehilanganmu

Wednesday, December 08, 2010

665 : Majlis "Aku & Dia" di TUNDA 08.01.11



Apa yang dirancang tak semestinya menjadi kenyataan. Tuhan yang menentukan segalanya.Aku redha & pasrah.Insya-Allah ianya di tunda ke 08.01.11.Mulanya nak pilih 11.01.11 tapi apakan daya.... pada tarikh tersebut jatuh pada Isnin.What to do?

Persiapan? Alhamdulillah semuanya telah di atur dan semoganya berjalan lancar.Apa yang penting? KERJASAMA.

Tema dari pihak sana mungkin BIRU.Warna kesukaan katanya.Aduuuuh!!! macam - macam. Nak kena bawa mangkuk tingkat sekali ke? Dah lah rumahnya nun jauh ke dalam 'hutan"? Apa nak buat dah nasib baik. Tak dapat yang bandar di Kampung pun jadilah.

Tuesday, December 07, 2010

664 : Family & Friends - Get Together @ Holiday Villa,Cherating (Day 3 : 5/12/10)


Pada hari Ahad 5.12.2010 merupakan hari aktiviti bebas.Bangun pun lambat *ha ha ha. Masih mengalami masalah tidur yang terlampau.Kejap2 bangun.Pusing kanan, Pusing kiri x juga dapat lelapkan mata.


Beraksi di tepi kolam. I like!! Lepas ini nak berendam lagi untuk kali ke 2 pada hari ke 3.


Bertolak meninggalkan Holiday Villa, Cherating dan menuju ke Kuala Kemaman, Terengganu pada jam 1.30 petang dan membeli belah di sini.*seperti gambar diatas.


Akhir sekali kat kat sini.Kedai 'kampung' lepas tue kita orang gie makan - makan kat satu tempat yang simple tapi ramai orang. Siap tapau Otak2 dan Satar.

Monday, December 06, 2010

663 : Family & Friends - Get Together @ Holiday Villa,Cherating (Day 2 : 4/12/10)


4/12/2010 keadaan kesihataan aku hampir pulih.Tapi dek kerana sarapan pagi yg 'kurang' di tambah lagi dengan lauk pauk makan tengahari yg tak memenuhi citarasa membuatkan perutku 'bergelora menyanyikan lagu dangdut.

10.00 pagi ada Sessi motivasi selama lebih 2 jam yang bertajuk "Menjadi Juara' * x de gambar

3.00 petang.Dek kerana cuaca di luar hujan maka SUKANEKA kanak - kanak dan dewasa di adakan di dlm dewan (Istana Ballroom).

Ada 5 kumpulan (Oren,hijau,biru, kuning dan groupku Pink *asalnya Purple) hu hu hu... Antara permainan yang dimainkan ialah Lari - lari ikat kaki, Lari dalam gundi,Bawa bola sambil tutup muka dengan *kertas ala - ala telescope ^betul ke aku eja tue?, lagi.... apa yek? Last sekali yg paling kelakar dan lawak sambil gelak nak pecah perut iaitu 'Yahoo Massenger' alah... sampaikan mesej dari sorang ke sorang secara berbisik. Lain ayat diberi dan akhirnya ayat orang ke 10 jadi lain. Kelakar - kelakar.. Yang penting group ku menang Ok!


Kiri ialah Pn Anne Hamid isteri kepada Encik bos sebelah kanan iaitu Pengarah Urusan tempat syarikat aku berkerja skrg.

Menu makan malam itu "Gala Dinner' ok la dan boleh diterima tekakku.Dek kerana petangnya x sempat makan *kerana makanan utk minum petang licin dek kelaparan semua yang ada.Aku melantak agak banyak.Tapi makan nasi dengan kuantiti yang sikit.


Belah kiri tue Dilla, Secretary kepada suami kepada Pn. Anne Hamid dan yang menyibuk tue adalah aku.
Pn Anne Hamid adalah Juara Pertandingan Karaoke yang dianjurkan masa malam BBQ dan Dilla pulak dapat no.2 aku?? No tak de.. ha ha .. Dan Dilla nie la yang tumpangkan aku pergi dan hantar aku balik sepanjang perjalanan. TQ beb! Dia duduk kat Ukay Perdana juga tapi Apartment lain.

Aktiviti malam tue ada banyak juga persembahan termasuk dari Azizi AF1 (Ok la daripada tak de) Pn. Anne Hamid juga menyanyi lagu TIADA LAGI dengan begitu baik sekali + berduet dengan En. MD lagu "Jangan Ada Dusta'.


 Tahniah!!! aku dapat Lucky Draw. Kau orang ada? Ha ha ha.. I'm always Lucky *konon2nya, la


Kek lagi?? He he he.. utk yang lahir pada bulan 10,11 & 12. Alhamdulillah walaupun x de hadiah tapi ada majlis macam ini dah cukup memberi kegembiraan.*Akan pastikan tahun 2011 ada hadiah birthday utk semua staff.

Sunday, December 05, 2010

662 : Family & Friends - Get Together @ Holiday Villa,Cherating (Day 1 : 3/12/10)



3 Disember 2010 hingga 5 Disember 2010 selama 3 hari 2 malam.Hari Aku Bersama Mereka.
Rakan - rakan sekerjaku dan kaum keluarga mereka. Adalah dimaklumkan mood aku ketika itu adalah 'so - so' dengan kata lain moody yg teramat kerana tak cukup tidur/tak tidur serta tekak masih sakit - sakit.




.Lokasinya di Holiday Villa, Cherating, Pahang Darul Makmur.Kali terakhir kesini ialah pada tahun 2005.


Aksi wajib bergambar atas katil di dalam Chalet yang boleh memuatkan 3 orang.Yang bestnya aku sebilik dengan 2 orang rakan baru.Dia orang bukan staff KL Office.


Walaupun mood 'kurang' tetap membawa diri ke tepi pantai *tak mandi laut tetapi mandi kolam dan bersiar - siar ambik angin laut.

Malamnya ada BBQ Dinner.Dek kerana ramai yang joint sampaikan tempat yang sempit terpaksa di perluaskan (Terpaksa makan dalam gelap). Ada pertandingan Karaoke.2 budak sebilik aku tue masuk. Kalau 'suara' aku ok dan sihat memang aku dengan tak malunya akan masuk.

Pukul 10 malam aku dah bergerak balik bilik.Sudahnya sampai ke subuh tak leh tidur.Apa lagi aku aktifkan diri di Facebook via Mobile la (Agak - agak berapa la bil aku nanti ?)
Copyright to S.H.A.I.Z.H.A.R
Designed by UMIESUEstudio 2015