Tuesday, November 30, 2010

657 : Movie Day >> 2 Alam, Harry Porter & Unstoppable

Sinopsis:
Kisah bermula di sebuah kampung terpinggir yang mana masyarakat sibuk dengan persiapan bagi menyambut ketibaan jenazah Amy@Adam Bin Zainal dari kota. Ketika ibu bapanya, Halimah dan Zainal yang lumpuh bersedih, Uztaz Ishak, teman Adam dari kecil sibuk mengatur urusan. Jenazah tiba bersama kesukaran untuk mengendalikannya. Jenazah Amy menjadi berat dan kaku mengeras mendatangkan kesukaran kepada semua yang ada. Dipaparkan juga kisah hidup Amy yang setelah kembali dari London, hidup bersekedudukan dengan Juan Agustin, juga seorang penyanyi popular yang sama dengannya.Amy dan Juan Agustin hidup dilimpahi dosa serta hiburan melampau tanpa batasan. Akhirnya ketika leka, Juan Agustin disamun dan dibelasah manakala Amy dilarikan lalu dirogol bergilir-gilir oleh tiga pemuda. Juan Agustin selamat lalu melapokan kejadian itu kepada pihak polis. Amy berang kerana tahu bahawa reputasi dan rahsianya mennukar jantina denagn cara pembedahan di masa lalu terbongkar maka terjadilah pergaduhan dengan Juan Agustin yang berakhir dengan perpisahan. Dunia Amy musnah, tertekan, bersendirian dan kecewa. Amy nekad membunuh diri. Turutan dari itu jenazahnya kembali kekampung seperti di awal cerita.. Setelah berjaya mengharungi dugaan, Ustaz Ishaq bersama penduduk kampung membacakan talkin di kemuncak kisah ini.Namun ianya tidak dapat membendung akan dosa berat Amy.

Sumber Sinema Malaysia.


Harry Potter dengan Azimat Maut atau Harry Potter and the Deathly Hallows iaitu buku ketujuh dalam siri Harry Potter merupakan peleraian bagi keseluruhan siri Harry Potter. Dalam laman web peribadi J.K. Rowling, beliau menyatakan bahawa kerja menghasilkan karya Harry Potter and the Deathly Hallows ini telah dijalankan pada tahun 2006 dan telah tamat pada 11 Januari 2007. Buku Harry Potter yang ke-7 dan terakhir ini telah diterbitkan pada tahun 2007 iaitu pada 21 Julai 2007, seminggu selepas pelancaran filem kelima, Harry Potter and the Order of the Phoenix. Siri ketujuh dan terakhir novel karya J.K. Rowling ini mencatat sejarah apabila lebih 11 juta naskhah dapat dijual dalam masa 24 jam berada di pasaran di Amerika Syarikat dan United Kingdom. Kali ini, buku Harry Potter dipasarkan di 93 buah negara dan jualan awal naik kira-kira 20 peratus berbanding edisi keenam.Part 1 di tahun 2010 dan Part 2 tahun depan 2011.

Sumber dari :Internet
Filem ini bergerak pantas terus ke tajuk ceritanya iaitu Unstoppable. Babak-babak mencemaskan sememangnya banyak dapat dilihat dalam filem ini. Keperwiraan watak-watak utamanya menambahkan lagi daya tarikan filem ini.

Will sebenarnya telah diambil bekerja demi menggantikan tempat Frank Barnes. Frank Barnes dijangka bersara dalam keadaan yang amat merugikan, tidak mendapat faedah pencen sepenuhnya. Ini menimbulkan rasa tidak puas hati Frank terhadap pihak atasan. Will pula dilanda perasaan bersalah kerana kehadirannya dalam bidang ini telah menjejaskan masa depan Frank. Ternyata, peristiwa yang menggerunkan yang bakal berlaku pada hari pertama Will bekerja merupakan hikmah yang membawa kepada penamatan yang menggembirakan.

Frank Barnes dan Will sama-sama tidak peduli tentang hilang pekerjaan atau dipecat oleh majikan mereka kerana tidak mematuhi arahan ketua mereka. Frank berjaya membuktikan, pengalamannya dalam bidang pengangkutan keretapi berjaya menyelamatkan ramai penduduk. 


Salah satu daripada babak mencemaskan dalam filem Unstoppable. Filem ini fokus terhadap punca, konflik dan penyelesaian masalah. Tidak ada babak-babak yang membosankan, atau babak-babak yang tidak patut ada. Sebuah filem yang sangat ekonomi. Filem ini juga memuatkan banyak adegan suspens melibatkan seramai 150 orang pelajar sekolah, babak menghentikan keretapi dari depan, babak menggunakan helikopter untuk menurunkan pemandu keretapi ke keretapi, babak pelanggaran nyaris maut, babak menghentikan keretapi dari belakang, babak hampir merempuh tangki-tangki minyak di tengah bandar dan babak seperti di dalam gambar di atas, di mana Will nyaris-nyaris hilang kaki dan nyawanya dalam usaha menyambung cangkuk antara enjin keretapi yang dipandu oleh Frank dengan gerabak bijirin yang bersambung dengan keretapi 777.

Disebabkan jalan ceritanya yang fokus terhadap permasalahan yang dihadapi, filem ini mampu membuatkan penonton terdiam dan terpaku, apatah lagi bunyi keretapi dan visual yang diambil dari celah roda dan enjin keretapi sememangnya menimbulkan perasaan cemas dan menggerunkan. Bunyi wisel keretapi sememangnya mempunyai gelombang maut yang dahsyat.

Frank Barnes seorang bapa perwira, beliau mengabaikan konflik kecilnya dengan anaknya kerana perlu memberi perhatian terhadap misi menyelamatkan penduduk di sekitar landasan keretapi. Penamat cerita ini ialah 'happy ending'. Begitu juga dengan Will Gordon yang sanggup mengabaikan masalahnya dengan isterinya demi nyawa penduduk setempat.

Kesimpulannya, filem Unstoppable adalah sebuah filem yang fokus terhadap judul ceritanya. Sebuah filem yang mampu memberi teladan kepada para penonton mengenai sifat keperwiraan. Terdapat banyak moral dalam cerita ini yang boleh dilihat, antaranya jangan ambil mudah apabila menjalankan tugas. Berfikir sebelum bertindak, dan utamakan kepentingan orang ramai berbanding kepentingan diri sendiri.

Sumber dari :http://dukeamienerev.blogspot.com

Monday, November 29, 2010

656 : Lambaian Selatan >> Suprise !!! - Encik Shaizhar (GueeeKena Beb!!!)


Selepas 10 hari berlalu.... akhirnya kat Bukit Indah juga tempatnya. Sampai hati kau orang?? Keeejaaaaam....


Ambooooi.. sukanya mak cik kat sebelah tue ye. X pe x pe.. nanti tahun 2011 akan ku balas dendam ha ha ha.. Sebenarnya.. dia org kantoi dengan aku.. la la la. Ingatkan nak suprisekan si Naz (Anak sulung Pn Marlin) tetapi rupanya.... Wahai Encik Shaizhar... Gueeee Kena Beb!!!!

Ye ye ye dapat hadiah.. Baju baru... seluar baru... kasut baru. Oooooh! patutla 'adik' duduk tanya berapa saiz kasut aku pakai. Nasib baik x tanya saiz seluar didalam. ha ha ha.. Apa pun TQ yek! Aku suka kaler2nya. Sedondon.. don..don.... i like!! teharu... terharu (nak nangis sebenarnya masa tue.. tapi control) la la la....


Kek yang sedap.Walaupun bukan kek khas untukku.... Jadilah daripada tak ada. ha ha ha... TQ..TQ. licin ok! *Lunch time kot masa tue.. Nyum3..

Bersama si Mak dengan 2 orang anak daranya. Yana & Naz. *Beep3 pun nak interprame.

Di akhir episod ini aku mengucapkan ribuan terima kasih atas kejutan yang diberikan dengan ugutan 'Ada lori ada batas... Ada hari aku balas'... ha ha  ha.. siap sedia la yek! siapa yg seterusnya?

Sunday, November 28, 2010

655 : Lambaian Selatan >> Suprise !!! - Puan Marlin (LueKena Beb!!!)


Misi yang dirancang sebelum ini bertukar sedikit dek kerana Puan rumah nak tidur dengan anak bujangnya di luar rumah baru mereka.Idea asal nak terjah depan pintu bilik tidur. kah kah kah.


Akhirnya misi berjaya juga.TQ semua yang terlibat secara langsung atau tak.Bestnya!! dapat main spary3.


Antara yang berada di tempat kejadian.Aaaaah... kalau ramai Geng KAMIE yang datang/joint mesti lagi gempaq. Silap2 ada yang pengsan. ha ha ha... 'Maafkan kami Mak Cik Purple'.


Hip.. Hip Hoooray.... time nie dah 12.00 Tengah malam kerana mengikut konsep aku macam biasalah pakai seluar x cukup kain. ha ha ha...


Hadiah dari ku nun jauh dari Borneo yakni Sabah buat seorang Kakak,teman,sahabat dan saudara di alam cyber dan nyata.Suprise tak????

Saturday, November 27, 2010

654 : Lambaian Selatan >> Semasa 'Majlis - Malam'


Selamat Ulangtahun ke 13 + 17 untuk diriku sendiri. Harap maaf x  de kek!!! Pulut kuning  pun jadi la.


Ini adalah hantaran dari 'Sedenak' Apasal x de strawberi?? Apa pun TQ ye CMG sebab sudi datang ke majlis ini bersama Mak Yah.


Akhirnya di kesempatan ini aku ingin mengucapkan Selamat Ulangtahun Kelahiran ke 34 buat 'kakakku' Marlin Md Noor.Pejam celik pejam celik dah 2 tahun kita bersahabat di alam nyata.Antara Geng KAMIE yang aktif.Lahirnya 19 November.


Ye ye ye ... no 11 i like! walaupun bukan kek birthdayku. Tapi tumpang sekaki je la.Boleh kan?


Happy Belated Birthday Naz. Good Luck for SPM - 2011. Chaiyooook!! Chaiyoook!!!

Apa yang seterusnya.................... akan terjadi......... telah terjadi ............. setelah di rancang rapi.... walaupun.................................................................................................................................

Friday, November 26, 2010

653 : Lambaian Selatan >> Semasa 'Majlis - Siang'


Lokasi kejadian : No.2 Jalan apa ntah kat Bukit Indah 2, Johor Bahru, Johor Darul Takzim. Masanya pada waktu pagi.


Alhamdulillah banyak juga 'duit' yang Amat terima dan hadiah dari 'yang tersayang' teeeet. Gosip je!!!.


Aku & Yana. Kami rajin tau... ha ha ha.. Macam biasalah aku AJK Hidangan Makanan & Minuman.Air sebalang tue aku yg buat.Mula - mula rasa 'masam2' lepas tue jadi sesedap rasa selepas di letak 'manisan'.


Merehatkan diri seketika dengan latihan vokal mengsumbangkan 'Lagu Cinta Lagu Jiwa' dengan Encik... eh silap YB AA... kuasa kekuda 2 kali ganda. ha ha ha...


Antara menu yang ada Kuah Kacang, Masak Lodeh, Acar Nenas <- eh betul ke? lantak la.. ke pajeri nama dia? Dan menu sampingan selain nasi ialah LAKSA. Ya! secara jujurnya aku langsung x sentuh pun. Mungkin sebab dah kenyang makan Laksa Sarawak masa raya kat Sabah. he he he .


Menu utamanya ialah Nasi Jagung, ayam masak merah dan kambing masak merah kan? Ada dalca juga ayam masak kari. Ketupat , meehoon goreng dan juga bermacam jenis kuih muih dan kek yang silih berganti.

Thursday, November 25, 2010

652 : Lambaian Selatan >> Sebelum 'Majlis'


Seawal 4.30am aku sah check in + beg yang banyak (2 je) kena bayar lah sebab dekat 15kg. *harta karun hasil rompakan dari negeri borneo. Jam 5.00am sarapan pagi di Marrybrown.Makan nasi la apa lagi.


Penerbangan ke selatan tanah air menaiki AK 5270 di Gate P8. Fuh! nasib baik masa naik persawat 'Teman' itu selamat jua akhirnya berada di tempat kejadian walaupun sedang melalui tragedi november. Sabar yek!



Persiapan buat goodies untuk tetamu yang hadir ke Majlis 'potong'. Si mak x habis2 nak 'Purple' akhirnya.. berapa puluh je kaler kegemaranmu ada.Lepas tue si Kakak nak kaler Purple sampaikan terlebih2 paper beg kaler itu dan si anak bujang pulak nak kaler biru je sedangkan si adik.. hanya diam tanpa berkata. ha ha ha.. Isi didalamnya ada macam - macam gula2 menyakitkan gigi serta bunga telur kepada yg 'bertuah' shj.


Khemah 'purple' untuk majlis sunat yakni 'potong' anu AMAT anak Puan Marlin dan Encik Sabar pada 20.11.2010

Wednesday, November 24, 2010

651 : Libur >> Aidil Adha @ Sabah (The End)

 

18 November 2010 sekitar jam 7.45 malam selamat terbang meninggalkan Kota Kinabalu Sabah. Sepatutnya terbang pada 6.40 petang tetapi terlewat lebih 1 jam.Nasib baiklah naik Kapal Terbang yang besar dan luas. Memuatkan lebih 300 orang seh! 1st time naik mcm jakun kejap. ha ha ha.

Selamat mendarat di KLIA sekitar jam 10.30 malam dan kemudiannya menuju ke LCCT untuk transit beberapa jam sebelum terbang ke destinasi seterusnya.

Tuesday, November 23, 2010

650 : Libur >> Aidil Adha @ Sabah (7)


My new homestay at Teluk Sepagar, Kota Kinabalu, Sabah. Kalau dulu A9 tetapi kini sudah berpindah ke A3.

 

Ingat lagi masa kat Lumut, Perak. Homestay aku di block A18 dan kemudiannya A3.Semuanya mesti kat tingkat 1 melainkan masa kat A9.



818759 itu no tentera abangku. Kerjanya di MAKS iaitu Markas Kapal Selam.Dia sambil selam sambil online FB. ha ha ha ....


Suasana di dalam Homestayku... Semoga aku akan dapat menjejakkan kaki ke sana lagi di tahun 2011.(Insya-Allah) sentiasa dekat dengan mereka di FB.

Monday, November 22, 2010

649 : Libur >> Aidil Adha @ Sabah (6)


Salam Aidil Adha 1431 Hijrah dari Teluk Sepagar, Kota Kinabalu, Sabah, Negeri Di Bawah Bayu.


Shazaril Naeim, Shazarif Afwan, Shazanis Najwa & Shazatul Azira di pagi Aidil Adha.Menu raya kali ini ialah ketupat palas, rendang daging serta nasi ayam.

Sunday, November 21, 2010

648 : Libur >> Aidil Adha @ Sabah (5)


Tarikh kejadian pada 16 November 2010 di Sekolah Kebangsaan Pengkalan Kota Kinabalu, Teluk Sepagar.Tujuannya ialah menghadirkan diri ke majlis Anugerah Kecemerlangan Akademi tahun 2010.


Tahniah utk anak buahku Shazaril Naeim kerana berjaya mendapat No.2 dalam kelas 5A serta pelajar markah tertingg

Tahniah juga lah pada Shazarif Afwan walaupun x berjaya dapat no top 3 tapi dapat no 13 tahun nie. ha ha ha.Menerima sijil sebagai Ketua Kelas 2A.


Mengabadikan kenangan buat ke 2 orang anak buahku yang jauh dimata tetapi dekat di FB. ha ha ha

Saturday, November 20, 2010

647 : Libur >> Aidil Adha @ Sabah (4)


Selamat mendarat di Jeti sekitar jam 1.30 petang.Perut dah melalak sambil mendendangkan lagu keroncong.

Hidangan makan tengahari sudah sedia untuk dinikmati.'Masakan asli dari Indonesia'.


Menu Nasi Padang Ibu dengan kos keseluruhannya RM 14 termasuk air.Kepada sesiapa ke Jesselton Point boleh lah singgah merasa kenikmatan Nasi Padang.


Good Bye Jesselton Point.Teringat kenangan 'tiba' dan 'berlepas,pergi' dari Labuan ke KK - Labuan pada tahun yang lalu. Semoga ada rezeki buatku untuk kembali menakluk 'Pulau Labuan'.

Friday, November 19, 2010

646 : Libur >> Aidil Adha @ Sabah (3)


Panggilan Pulau..... selepas Pangkor kini 'misi' seterusnya ialah menuju Pulau Manukan di Perairan Taman Tuanku Abdul Rahman di Sabah.


Di dalam bot bersama lebih10 orang yang lain termasuk 1 orang minah mat salleh dan 4 orang cina dan yang lain nya melayu.Perhentian pertama ialah di Pulau Sapi (Ntah kenapa ntah aku x suka sangat ke situ).


Selamat berlabuh di jeti Pulau Manukan sekitar jam 9.15 pagi dan merupakan antara yang terawal berada di Pulau ini.

Tak sabar rasanya nak berendam... berenang (walaupun....) serta menyelam seperti 'dugong' sambil menelan air garam yakni air laut yang masin bukannya manis.


Taman Tunku Abdul Rahman.,Pulau Manukan, Sabah. Walaupun airnya nampak tenang tetapi dalam dasarnya penuh dengan sampah sarap hasil kerja manusia 'durjana' yang mencemarkan keindahan ciptaan tuhan.Kesimpulannya ianya tak sama lagi seperti kunjungan ku pada Mei 2008.


Sekitar 12.15 Tengahari, lepas dah siap2 terus menuju ke jeti dan menanti jam 1.00 petang untuk kembali pulang ke daratan.Selamat Tinggal Pulau Malukan.Aku tak pasti bila lagi akan kembali ke sini.

Thursday, November 18, 2010

645 : Libur >> Aidil Adha @ Sabah (2)


Jangan ingat KL sahaja ada Suria KLCC.Di Sabah juga pun ada tau.Tempat ni baru dibuka pada bulan November 2010 dan masih tak banyak kedai/penyewa.Tujuan berada di sini adalah untuk tengok wayang pada sebelah malamnya.


Shazanis Najwa & Shazaril Afwan antara 2 dari 4 orang yang mewarnai hari - hariku sepanjang berda di Kota Kinabalu Sabah.

Kami ber7 tengok cerita Adele : Rise of the mummy.Dinner malam tue bersama popcorn dan air dalam panggung sahaja.
Copyright to S.H.A.I.Z.H.A.R
Designed by UMIESUEstudio 2015