Friday, October 29, 2010

627 : Aku 'Kaya'


Terima Kasih untuk diri sendiri.Cek diatas ialah duit simpanan aku sepanjang menjadi ahli KOTAMAS yakni Koperasi Telekom Malaysia Berhad.Rasanya dalam 10 tahun juga dan itulah hasil.Syukur alhamdulillah masa yang di ambil untuk mendapatkan duit sendiri ialah selama 2 bulan sahaja (tue pun sebab aku sendiri kemalasan nak uruskan beberapa dokumen yang tak lengkap.. kalau tak mungkin masa raya dah dapat).

Duit ini lah aku belanja untuk berLibur pada 13 Novermber 2010 di Kota Kinabalu ke Pangkor, Singapore & Johor Bahru. (Bukan semuanya tapi separuh je) Lagi separuh kena simpan la untuk masa depan.

Inilah hadiah hari lahirku yang bakal tiba tidak berapa lama lagi.

626 : Panggilan Pulau >> Pangkor - Episod Akhir


Sudah menjadi adat kemana sahaja aku berLIBUR akan aku pahatkan nama bersama lokasi kejadian dan tarikhnya di pasir.Biarlah pasir menjadi saksi yang aku penah berada disitu *ingat lepas nie nak taruk masa sekali le. he he he he


Gambar di ambil ketika berada di Teluk Dalam.Berhampiran simpang jalan ini ada Teluk Dalam Beach Resort (tutup sementara atau selamanya? aku sendiri pun tak pasti).Ada Lapangan Terbang yang sekangkang kera. he he he..


Lokasi lawatan sambil belajar pada 24 Oktober 2010 ialah ke Kilang proses memproses makanan laut (hari sebelumnya dah dtg.. tapi ramai sangat umat manusia yakni rombongan cik kiah ke Pangkor). Ingatkan x ramai org.. rupa - rupanya pepagi hari pun ada juga mak - mak cik datang membeli belah. Berhabis dekat RM47.00 je.... beli belah untuk kaum keluarga nun jauh di Kota Kinabalu Sabah.Ingat nak beli Ikan talang tapi kan?? Elo.. elo.. sedar diri la kau tue naik bas *Aku berkata di dalam hati.


Mickey menyambut kehadiran tetamu ditemani si Ikan Pari dan Datuk Kurita *sutun.... Ingat nak ambik gambar kat sini tapi.........


Meninggalkan Pulau Pangkor sekitar jam 10.45 pagi dan menuju ke daratan.Sempatlah juga membeli belah sehelai seluar dan 2 helai baju untuk diri sendiri.Menaiki bas Plusliner pada jam 1.00 petang menuju pulang ke Kuala Lumpur dan selamat tiba dalam jam 4.30 petang di Stesen KL Sentral.

Good Bye Pangkor... Selamat Tinggal Lumut... Semoga aku akan dapat datang lagi di tahun 2011. Insya-Allah.

Thursday, October 28, 2010

625 : Panggilan Pulau >> Pangkor - Episod 4


Di petang sabtu yang cerah (tanpa jerebu) dengan angin - angin sepoi bahasa dan permandangan yang indah.

Panorama indah dari salah satu Menara Peninjau di Pulau Pangkor.(Kalau tak silap ada dalam 4 Menara Peninjau di bina di lokasi - lokasi strategik di Pulau ini).


Gambar di ambil takkala menanti senja melabuhkan tirainya.Sungguh indah sekali ciptaan Tuhan dan sukar untuk di ungkapkan dengan kata - kata.


Bergambar ketika siang dalam perjalanan menutup jendela dalam tirai senja dan malam menyambung perjalanan hidup kita.


Akhirnya matahari pun terbenam di ufuk barat.*Eh! betulkan? Kang salah pulak fakta. Ya! permandangan dari Pulau Pangkor dan Selat Melaka.

Wednesday, October 27, 2010

624 : Panggilan Pulau >> Pangkor - Episod 3


Lokasi penginapan kali ini ialah di Coral Bay Resort.7 tahun lalu penah tinggal disini.Tak banyak yang diingati *cthnya colornya, harganya dll.Apa yang terlintas diingatan kat sini ada Kolam Renang, itu yang lebih penting.


Kadar biliknya ialah RM 170 semalam untuk hari sabtu & ahad. Hari biasa pada bayaran RM 140. Terima Kasih diucapkan kepada Kad Besiku. *Fuh!! selamat duit tunaiku... he he he.. Tapi depositnya tinggi sangat la RM100 (terpaksa pakai duit tunai) Untuk makluman tiada CIMB bank di Pulau Pangkor.Aduh!! yang ada hanyalah AM Bank, Agro Bank dan MayBank. Wahai CIMB silalah buka cawangan di Pulau ini.


Tiada gambar di bilik air ye... he he he .. juga tiada gambar di kolam renang.Puaslah juga berendam seperti ikan di kolam tersebut walaupun pada hakikatnya tak tahu berenang. ha.. ha  ha...

Nota kecewa : Sangat kecewa dan amat dukacita kerana tak dapat mandi laut. Aduh!!! lambatnya nak gie Cherating... oooops!!!

Tuesday, October 26, 2010

623 : Panggilan Pulau >> Pangkor - Episod 2

Pemandangan rumah - rumah TLDM dari Pulau Pangkor.Aaaaaah..... rindunya dengan A23 serta teringat kenangan di A18.Banyak memori wooooo kat sana. Hanya tinggal memori sahaja lah jawabnya.


AEK 7184. Inilah pengangkutan yang digunakan sepanjang 1 hari aku berada di Pulau Pangkor.Dah lama tak naik motorsikal Kriss rasa kekok pada mulanya tapi kembali seperti biasa kemudiannya.Harga sewanya untuk sehari ialah RM 30 dan deposit RM 20. Menyewa terus dari Kedai Motor yang terletak di bandar Lumut.


 Lokasi pertama jalan - jalan cari kesan sejarah di Pulau Pangkor ialah di Kota Belanda. Kawasan ini sudah semakin cantik, bersih dan tersusun namun disebalik semua ini aku dikejutkan dengan kehadiran monyet/beruk jantan yang garang dan menakutkan.Nasib baik tiada perkara buruk terjadi. (Haiwan itu cuba melindungi anak kecil yang berada di sisi isterinya dari diganggu oleh makluk lain.Memang bapa yang penyayang dan bertanggung jawab *tiada gambar di ambil)


Ambik gambar disini terasa seperti berada di Kota A' Farmosa Melaka. *Harap maaf gambar senget sikit.Tapi yang penting sangat unik dan menarik.Nak fokuskan bahagian bangunan tue bukan tuan punya badan.

Cantik tak? Alah kamera biasa sahaja. Nasib baik nampak kurus sikit *Tak seperti gambar di atas.

Kemana lokasi seterusnya? Tunggu eposid 3 lah pulak yek!

Monday, October 25, 2010

622 : Panggilan Pulau >> Pangkor - Episod 1

Rindu datang lagi.... Kenangan lalu mengamit memori.Boleh dikatakan setiap tahun akan ke Lumut.Dek kerana tiada lagi saudara mara di Lumut maka percutian kali ini melampaui sempadan dan lokasinya ialah Pulau Pangkor.

Kalau tak silap kali terakhir ke sana ialah pada tahun 2003 yakni 7 tahun yang lalu ketika menghadiri Kem QCC.


Bertolak dari Kuala Lumpur pada 22 Oktober 2010 dengan menaiki Bas Transnasional dari Hentian Duta pada jam 10.30 malam dan selamat tiba di Lumut pada jam 2.00 pagi. Laluan perjalanan melalui lebuhraya utara selatan dan keluar di Bidor dan memasuki pekannya dan terus menghala ke arah Teluk Intan.

Tempat penginapan untuk beberapa jam ialah di Hotel murah yang terletak berhampiran dengan Hentian Bas dan berada di pekan Lumut. (Teringat dulu - dulu punya 'Homestay' di Lumut... tetapi sekarang dah memiliki 'Homestay' di Teluk Sipagar, Kota Kinabalu Sabah)..


Menaiki bot , pergi dan balik berharga RM 10.00 pada jam 9.45 pagi. (Tak sarapan pagi tau sebab nak makan Sarapan Tengahari terus).

Inilah tiket tersebut yang membuktikan memang aku pergi ke Pulau Pangkor. Sekarang pergi balik RM 10.00 kalau dulu berapa ye? Dah lama sangat dan tak mampu diingati oleh diriku buat masa ini.

Kenangan lalu : Teringat sewaktu umur 16 tahun, pertama kali ke Pulau Pangkor berdua dengan ayah.Masa tue memang diriku tak tahu menunggang motorsikal.Jadi aku dan ayah pusing - pusing Pulau Pangkor dan berada di sana dalam beberapa jam sahaja.Bila di ingat balik.. rasanya banyak juga perubahan telah berlaku di Pulau Pangkor ini.

Sunday, October 24, 2010

621 : Dinner @ Cheng Ho

Lokasi jalan - jalan cari makan kali ini terletak di Wangsa Maju Kuala Lumpur. Nama di beri Cheng Ho yang merupakan restoren makanan Cina, Islam & Seafood (makanan laut).Restoran ini adalah dimiliki oleh penyanyi kumpulan search yang terkenal iaitu Amy Search (tak nampak pulak kelibatnya sewaktu berada di tempat kejadian tempoh hari).

Ini adalah tomyam seafood (makanan laut) yang terdiri dari udang, sotong serta sayur - sayuran termasuklah cendawan butang.

Menu seterusnya ialah Daging masak berlada.Ada daging yg tak betul - betul masak (rasa kecewa) tapi nasib baik sedap...

Ikan kerapu yang sangat lazat dan cukup rasanya.Berbaloi membayar berpuluh ringgit untuk makan malam seorang diri.

Menu ke 4 ialah Sayur Campur (rasanya biasa - biasa sahaja) dan sedikit nasi berserta Chinese Tea (Teh Cina).

Kesimpulannya : Makanan ini adalah untuk seorang hingga maksimum 3 atau 4 orang.Untuk menikmati hidangan ini dengan sempurna dan licin adalah digalakan mengambil sedikit nasi sahaja dan mengurangkan meminum air.Selamat menjamu selera. Jumlah keseluruhan makan malam ini ialah RM 69++ (Nak tahu harga sebenar silalah mengiranya dengan sendiri).

Saturday, October 09, 2010

620 : Syawal @ Istana Budaya >> Teater Tun Mahathir - Episod Akhir


Che det masa kecik -> Lakonan ok la.Lagu "Belon' tue best.Tapi suasana kampung tue tak akan nampak *terlindung kalau sesapa duduk bahagian paling tepi sekali tak kiralah sama ada belah kanan atau kiri pentas.

Dr. Mahathir -> Lakonan Zizan Nin masa remaja & belajar pun memuaskan la.Sedap juga suara mamat ni (bukan nyanyi live pun).Cuma kekadang ada pakaian yang tak kena masa time dia org dating & dia habis belajar (x kan pakai baju sama je????)

Tun Mahathir -> Lakonan Esma Daniel pun boleh dibanggakan sebab dia pandai juga tiru gaya Tun Mahathir dan rupa paras pun ada iras - iras.

Dr / Tun Siti Hasmah -> Pertama kali tengok lakonan live Erra Fazira & di pentas teater.Ok la dan memuaskan. Babak akhir masa dia pakai rambut palsu sewaktu Tun Mahathir letak jawatan tue memang sebijik mcm Tun Siti Hasmah.

Lagu -> sedap2 dan kebanyakkannya macam 'cedok' lagu sedia ada.Lagu Tampal Poster, lagu 'Air Halia' memang best!!!. Lagu jiwang - jiwang yg lain jangan katala..semuanya Terbaik... terutama kalau Erra Fazira yg menyanyi.. He he he.

Misha Omar pun nyanyi juga.. Lagu khas utk Tun Dr. Mahathir.

Yang tak suka -> lakonan/tarian yang sebenarnya mempunyai mesej tersirat.Kalau siapa yg tak reti menilai/ mentafsir memang x faham la apa maksudnya.Cthnya: lakonan masa kemasukan Jepun & peristiwa 13 Mei 1969.

Kesimpulannya -> Aku suka sebab cerita dia adalah Muzikal.

 Gambar bersama Cik Retnawati pada 6.10.2010 *cilok dari blognya.

Friday, October 08, 2010

619 : Syawal @ Istana Budaya >> Teater Tun Mahathir - Episod Awal

Aku menonton teater Muzikal Tun Mahathir sebanyak 3 kali.Ya 3 kali bersamaan 3* usia ku. ha ha ha. Boleh di katakan aku membesar di zaman kepimpinan beliau.(Kalau kau org tak suka Tun M.. Itu kau orang punya pasal *Ada aku kisah???)

Pertama kali aku menonton pada 4/10 tiket RM 52 dan tempat duduk strategik(bersama - sama rakan sepejabat tetapi dia org kat tingkat atas), kali ke 2 pada 6/10  RM 32 (duduk tepi sebelah kanan pentas) bersama Cik Retna, Sepupunya & Bro Rossli yg dtg membuat kejutan (Dia org pun duduk tingkat atas) dan kali ke 3nya pada 8/10 berharga RM 32 (duduk tepi sekali di sebelah kiri pentas). Semua tempat duduk yg aku beli adalah di tingkat bawah dan hampir dengan pentas.


Kisah dan gambar - gambarnya akan menyusul di episod mendatang.

Thursday, October 07, 2010

618 : Syawal @ Wong Solo

Pertama kali ke sini.Lokasi makan - makan tersebut ialah di Wong Solo berhampiran Galaxy Ampang.

Dah lupa apa menunya. Yang penting memang terbaik la.Macam betul - betul makan di Indonesia (walaupun tak penah ke sana lagi) *belum ada rezeki.Kalau tak bulan Mei 2010 yang lalu sepatutnya dah sewajarnya menjejakkan kaki ke Bandung, Indonesia... tapi apa kan daya.... (Takdir telah ditentukan oleh illahi).

Wednesday, October 06, 2010

617 : Syawal @ Kenduri Kawin & Open House >> Hari Sabtu 3/10/10

3 Oktober 2010 (Ahad)

Tengaharinya menghadirkan diri ke majlis perkahwinan anak lelaki salah seorang eksekutif kat tempat kerja baru aku ini.Bertemakan warna biru.(Tiada gambar).Majlisnya berlangsung di Dewan Kompleks Sukan Seri Siantan, Jalan Sungai Tua, Batu Caves berhampiran Selayang. Makanannya, sedap - sedap berlaka.

Aktiviti seterusnya ialah menonton movie yang akan membosankan.Sepatutnya ada majlis open house di sebelah petang.Tapi aku pergi di belah malam.Lokasi seterusnya ialah di Kelana Jaya.Berhampiran Giant.

Akhirnya sampai juga ke block E tingkat 11 rumah no 11. Kiranya E-11-11. I like!! Maksud aku no 11 dan tingkat 11.Biasalah, malu - malu kucing. Rumah siapa? Erm.... 'N' yakni skandalku... ha ha ha. Ye rumah kenalan perempuan.Tapi..... eh! aku pergi sorang diri tapi kat rumah tue ada Adik dan Umi dia (Eh! betulkan dia panggil umi).

Pendapat aku? Erm... ok lah kot rumah dia.Walaupun dia rasa bangga punya bilik tidur yg luas.Alah.. al -maklumlah rumah govertment.Ada aku kisah? ha ha ha. Rumah abg aku kat Sabah pun luas ok!...

Tuesday, October 05, 2010

616 : Syawal @ Open House >> Hari Sabtu 2/10/10

2 Oktober 2010 (Sabtu)

 

Jemputan open house di Kinrara Mas, Bukit Jalil. Nak kata sesat tak ada lah sesat pun.Cuma tak tahu macam mana nak masuk simpang ke kediaman baru pasangan suami isteri Romzi & Amai (geng blog) dan kini bertukar menjadi kenalan FB.Baru pindah rumah baru.


Tue lah rumah dia org.Yang tinggi tue.Hidangan pun sedap - sedap belaka. Terima Kasih sudi menjemput.

Friday, October 01, 2010

615 : Syawal @ Corus Hotel >> Company Hari Raya Aidil Fitri Open House

 Aku & Dia. Agak2 ada jodoh tak aku ngan dia.Gambar kredit to Yee Chi.*budak sekampung ngan aku.


Pertama kali.. kekawan office baruku interprame kat blog ni.
Copyright to S.H.A.I.Z.H.A.R
Designed by UMIESUEstudio 2015