Sunday, September 26, 2010

614 : Syawal @ Kajang & PJ

Saturday, September 25, 2010

613 : Syawal @ KL (25/9/2010)

Thursday, September 23, 2010

612 : Syawal @ MBO >> MAGIKA

Bermulalah sebuah MAGIKA.......

Ayu (Diana Danielle) berhadapan dengan ujian sukar untuk menyelamatkan adiknya iaitu Malik (Fimie Don) yang diculik nenek kebayan lakonan Ziana Zain .Bagaimanapun Ayu bernasib baik baik kerana dia bertemu dengan Bad (Mawi) yang membantu menyelamatkan mereka keluar dari dunia asing itu.Magika adalah filem hebat kerana berjaya mengumpulkan lebih 20 artis popular termasuklah M.Nasir, Maya Karin, Ning Baizura, Adibah Noor, Vanidah Imran, Nabil (Raja Lawak) dan Aznil Nawawi.

Kata Aku : Tengoklah sendiri serta rasai kelainannya.Aku sejak dulu pasti akan ke panggung wayang menonton filem lakonan Ziana Zain kecuali Sembilu I (Sebab time tue belum dapat 'cukup umur') ha ha ha..Yang aku  tengok sebelum ialah Sembilu II, Merah, Maria Marian I, Maria Mariana II, Sembilu 2005, Pontianak Menjerit, Qabil Khushry Qabil Igam

Tuesday, September 21, 2010

611 : Syawal @ Contest - Gambar >> Kenangan Open House Aidil Fitri 2010


*Klik utk paparan lebih jelas terang & nyata.

Contest - Gambar >> Kenangan Open House Aidil Fitri 2010 (Rumah Terbuka)

Lokasi : Setapak Indah, Kuala Lumpur, Malaysia

Tarikh/ Hari : 20 September 2010/ Ahad

Masa : Antara 5.30 petang sehingga ke senja.

Konsep Cerita : Hanya rekaan semata - mata utk suka ria sahaja

Para pelakon " Kiki, Aku sendiri, Anak Diella (Bonda Rock), Mama CT Delma & Sis Honey

Dengan ini aku juga turut serta untuk menyertai Peraduan - Gambar Kenangan Open House Aidil Fitri 2010 (Rumah Terbuka) yang dianjurkan oleh Kak Ina KL (http://www.kakinakl.com/) Contest- Gambar Kenangan Open House Aidil Fitri 2010 (Rumah Terbuka) adalah anjuran bersama Eyriqazz dan Beautifulnara.

Kak Ina KL yg merupakan seorang blogger perempuan.Tertunailah Hasrat di hati. dia pesan "Kalau datang kolompo, ingat-ingatlah Kak Ina KL". Sapa nak jawab...

Blognya pasal resepi & masakan ...bercerita tentang apa saja untuk mengisi masa lapang.

Monday, September 20, 2010

610 : Syawal @ KL (20/9/2010)

Salam Syawal.Sampai je dari perjalanan yang jauh tetiba ada terima jemputan/ajakan beraya kat Setapak Indah.Dah lama x ke rumah ni.Dah berubah rupa pun.Nasib x pakai baju kaler Merah.

Sunday, September 19, 2010

609 : Syawal @ Melaka - Episod Akhir

Setiap kunjungan aku ke Melaka mesti naik Menara Taming Sari. (Malas nak tempek gambar kat sini). Ini kat Eye on Melaka (eh! betul ke tak ni?) Melalui di Eye on Malaysia di siang harinya dan kelihataan seperti di tutup. (betul kan?)

Malam di Melaka. Mulanya nak ke Jonker Street (Macamlah duit cash banyak) Tapi akhirnya dek kerana sesat di Bandaraya Melaka (Berpusing - pusing tak tentu arah , dah lah malam lagi pulak kelam + pertunjuk arah yg mengelirukan) Bila je jumpa jalan pulang ke hotel penginapan terus je membawa hati yang lara. (Kononnya).

Gambar percutian di Singapore (dah masuk FB) kat Melaka je belum upload. Akan menyusul.Insya-Allah

Saturday, September 18, 2010

608 : Syawal @ Melaka - Episod Awal

Pada 18 September 2010 (Sabtu) seharian di Bandaraya Bersejarah, Melaka. Check in hotel pakai kad besi.

Seluar mandi baru beli ok! mcm biasa pakai kad besi juga. Konsep 'Shopping utk terakhir kali'.

Menikmati keindahan ciptaan Tuhan.Menanti senja melabuhkan tirainya di Selat Melaka. Lokasinya di Tanjung Puteri, Melaka.

Friday, September 17, 2010

607 : Syawal @ JB

WSH 9347 untuk kali ke 2nya menyerang selatan tanah air. Alhamdullilah selamat pergi dan kembali .
* gambar cilok dari blog Mak Cik Purple

Selepas beraya di rumah Puan Marlin & Encik Sabar (beraya lah sangat) ha ha ha... Kami bergerak - gerak khas ke Jalan Kasawari 7. Terima Kasih kepada Encik Azman & Puan Linda atas hindangan asam pedas yang sedap itu. I like.

Destinasi raya seterusnya ialah ke Sedenak (Rumah Mat Gebu) dan pertama kali juga aku pergi sendirian tanpa Geng KAMIE. Memula tue memang kekok tapi... mcm biasalah aku slamber kan diri.

Singgah menginap di Batu Pahat.Hajat hati nak beraya rumah mak 'N' tapi.... Niat dah ada tapi hati x cukup kuat.Siap lalu lagi depan rumah 'Biru' itu. Ianya berdekatan dengan rumah adik ipar Cik Retnawati kite tue yg kita orang pergi kenduri/Majlis nikah pada bulan Jun yang lalu (3 bulan lepas)

Ke mana destinasi raya berikutnya?? ... Tunggulah.. Konsep raya & berlibur sekali gus.

Thursday, September 16, 2010

606 : Syawal @ Singapore

Beraya di Taman Burung... ha ha ha.. pada 16 September 2010.Aku ke Kota Singa untuk berjumpa kekawan dan bershopping (hadiah utk mereka - mereka yang akan ku kunjungi November 2010 nanti) siapakah?

Ada waterfall dlm Jurong Bird Park ini.Gambar - gambar semuanya dah upload kat FB.

I like this picture.Di manakah lokasinya? Tunggu je lah kisah beraya di JB

Saturday, September 11, 2010

605 : Hari Raya Aidil Fitri 2010


Selamat Hari Raya Aidil Fitri 2010.Tahun ini mood mcm 'kurang sikit'.Pada tahun 2009 aku langsung x beraya di kg halamanku. Erm...

Ini gambar berangan dengan kereta orang.Raya tahun ini? Hanya beraya di 9 buah sedara mara. Apa pun terima kasih kepada kawan sekolahku yg dah hampir 6thn x berjumpa.Ingat juga dia kat aku.Bukan aku x ingat kat kekawan sekolah lama.Tapi??? Erm....


Berangan dengan pakaian melayu serba biru di sawah padi berhampiran rumah pusaka turun temurun ku.


Insya-Allah. Pada 13 November 2011 aku akan beraya di Kota Kinabalu Sabah.

Wednesday, September 08, 2010

604 : Selamat Hari Raya Aidil Fitri


Maaf Zahir & Batin.Tahun ini akan beraya di Alor Setar, Kedah.

Tuesday, September 07, 2010

603 : 28 Ogos yang lalu

28 Ogos yang lalu.
Hari itu sudah berlalu
Hari dimana aku 'kehilangan'

28 Ogos tarikh keramat
Yang tak dapat di lupakan
sampai bila - bila

28 Ogos 2007
'Pergi' Meninggalkan KAMI

28 Ogos 2008
Kerinduaan sentiasa terasa

28 Ogos 2009
Kerinduan itu tetap ada

28 Ogos 2010
Kerinduan itu sentiasa membara
Biarpun tak sama seperti dulu.

3 tahun kehilanganmu
Aku kan kembali mengunjungi pusaramu.

Monday, September 06, 2010

602 : Ramalan Mesin 50 Sen

Anda kadangkala membenarkan diri dipengaruhi orang lain

Ramai orang mengetahui hakikatnya tetapi tidak berdaya memperolehinya..... terus mencuba

Anda seorang yang penuh misteri dan mempunyai daya pengamatan yang tajam

Anda cenderung memuja seseorang yang anda sayangi dan sudah tentu anda tidak berharap kepujaan kepada mereka semakin berkurang

Kekecewaan dalam percintaan memebrikan kesan mendalam pada diri anda

Anda mendapati suka untuk menumpukan perhatian dalam sesuatu yang membina dan anda dapat cepat hilang minat dalam apa yang anda lakukan.

Kesimpulannya : Ya! hampir 90% kenyataan di atas adalah BENAR. Tapi jgn percayalah hanya ramalan dari mesin 50 sen (masukkan tapak tanggan dlm mulutnya).

Friday, September 03, 2010

601 : Prolog - Peluang Terakhir (2)


-->
Menghirup udara segar di Cameron Highlands merupakan saat yang ku nantikan.Ramadhan bukanlah penghalang untuk aku berehat dan bersantai dari memikirkan tentang berbagai perkara yang membelenggu diri serta fikiran.Tiba – tiba sewaktu aku baru sahaja berjaya menjejakkan kaki ke Cameron Highlands satu SMS masuk tanpa dipinta.Rupanya ada jemputan berbuka puasa di rumah bekas rakan sekerja.Aku membalas SMS tersebut dengan berat hati  dan menyatakan di mana aku berada dan rasa kecewa kerana tidak dapat berbuka puasa bersama – sama.Secara jujurnya aku tidak penah berbuka puasa dengan Zuha.Ya namanya Zuha.Zuha yang memberi harapan kepada aku.Sejujurnya aku  tidak penah berbuka puasa dengannya.Penah tergerak hati  menjemputnya berbuka bersama – sama.Tapi aku tak cukup kekuatan untuk melafazkannya apa lagi menyatakan hasrat itu. Kenapakah? Adakah kerana aku seorang lelaki yang pemalu dan mempunyai perasaan yang malu untuk berhadapan dengan wanita itu.Mungkin di tahun depan hasrat tersebut akan menjadi kenyataan.
    Dingin udara di Cameron Higlands dan cuaca redup menyambut kedatanganku.Kecewa tidak dapat menikmati kesegaran strawberi coklat di siang hari namun aku sudah merancang untuk memborong strawberi sepuas – puasnya.Senja yang dinanti muncul juga.Berbuka puasa seorang diri sudah menjadi lumrah bagiku.Malam itu aku menikmati steamboat sayur – sayuran segar dengan sepuas – puasnya.
   Dalam jam 8.30 malam, aku bergerak menuju ke Brinchang.Pasar malam yang menjual berbagai hasil bumi Cameron Highlands.Bagaikan sudah ditakdirkan di tengah – tengah keriuhan peniaga menjual barangan mereka, tiba – tiba aku di tegur oleh satu suara.Bunyinya begitu asing bagiku.Tetapi wajahnya saling tidak tumpah seperti ayahnya.Dialah Shahril, anak kepada Long Johari. Anak saudara kepada arwah emakku.Kami memang tidak rapat.Sejak kecil lagi dia membesar di Kuala Lumpur dan jarang – jarang pulang ke kampong kami yang terletak  di nun jauh di utara.Aku  bersalam dengannya dan dia bertanya tujuanku berada di situ dan menyatakan yang rumah mertuanya terletak beberapa kilometer dari situ.Di akhir perbualan kami, dia meminta aku menyampaikan salam kepada sepupu Hasmidar.Pada saat itu baru aku tahu yang isterinya orang Cameron Highlands.Betapa aku tidak peka dan mengambil berat tentang saudara sendiri.Mungkin kesibukan kerja seharian membuatkan aku tidak ambil peduli tentang saudara mara sendiri.Kenapa manusia punya sikap sebegitu? Hanyut dalam dunia kerjaya  sehingga mengabaikan silaturrahim dan hubungan kekeluargaan menyebabkan ikatan itu semakin renggang.Mungkin sekiranya ianya berterusan, selisih ditengah jalan pun tak kenal sedara sendiri.
    Habis membeli beberapa kotak strawberi yang segar aku kembali ke tempat penginapan.Di Strawberi Park & Resort satu kawasan yang cukup damai dan memberikan aku ketenangan yang dicari.Pertama kali aku kesitu.Biliknya sangat luas dan selesa.Lagi mengkagumkan ialah keluasan bilik mandinya.Aku tidur lena sehingga ke pagi selepas menikmati sahur sebelum tidur.
   Dalam perjalanan pulang ke Kuala Lumpur, aku telah nekad dan membuat keputusan.Biarlah Tuhan Yang Maha Esa menentukan sejauh mana hubungan aku dengan Zuha.Kalau memang dia ditakdirkan menjadi milikku pasti satu hari nanti aku akan lebih dekat padanya.Jika sebaliknya aku redha dengan ketentuan dari Illahi.

Thursday, September 02, 2010

600 : Msjbox Fast Break 6 @ KL & Majlis Berbuka di JB

Pada 28 Ogos 2010 (Sabtu) Msjobx Fast Break 6 telah berlangsung di Food Court SOGO, KL
yang hadir punyalah tak ramai.Ha... ha.. ha... 4 org je yakni Aku, Umie, Junaidix & Carneyz.Alhamdulillah dah pun berjaya berlangsung utk kali ke 6 bersamaan 6 tahun berturut - turut.Walaupun...... (Mungkin org dah demam FB dari beblog kot!)

Pada 29 Ogos 2010 (Ahad) KAMIE berkumpul di Good Hope Hotel, Skudai , Johor utk majlis berbuka puasa.Yg hadir bukan sahaja dari Malaysia tapi juga rakan dari seberang tambak Johor.Yg jauh datang semestinya dari KL.

Ehsan gambar cilok dari blog mak cik purple (Aku nampak kurus ke? Eh! silap KAMI ber 2 kurus kan.....

Yang ini gambar beramai - ramai tanda memang benar satu catatan bersejarah telah pun berlaku.

Msjbox Open House Hari Raya 2010..... ada sesiapa nak buka rumah dia utk di serbu ?????

Wednesday, September 01, 2010

599 : Selamat Datang - Dunia 'BIRU'

Kenapa dunia biru?

Sebelum itu.Selamat datang ke dunia baru yg biru.

Pada 17 Ogos 2010 (Selasa) Aku telah memulakan dunia biru yang baru di syarikat ke 2 selepas lebih 13 tahun berkhidmat di Menara KL.

Di mana aku berkerja skrg? Nak kena bagi tahu ke? Di pendekkan cerita yang panjang, sekarang aku berkerja di sebuah syarikat yang terlibat dengan OIL & GAS.

Banyak perkara baru yang aku belajar sepanjang berbelas hari berkhidmat di syarikat ke 2 ini.

Insya-Allah.. target aku untuk berada di sini sekurang - kurangnya 2 tahun atau mungkin lebih dari itu.
Copyright to S.H.A.I.Z.H.A.R
Designed by UMIESUEstudio 2015