Sunday, May 30, 2010

579 : Dinner @ D' Terrace JB

Menikmati hidangan makan malam untuk pertama kali di sini dengan rasa Hampa kerana aku berpantang

Aku tetiba menjadi manusia sayur pada malam ini.Hanya menikmati daging dan ikan.Seksa kan? Aku redha.

Saturday, May 29, 2010

578 : Cuti Cuti Luar Negara @ Kota Singa (Preview)

Preview dulu okie.Mungkin akan kembali ke Kota Singa sedikit masa lagi.Best tak Jurung Bird Park ?

Friday, May 28, 2010

577 : KAMIE @ Pizza Hut

28 Mei 2010, KAMIE ber4 menikmati Pizza di JJ Bukit Indah.Wah! dengar khabarnya org KB pun layan Pizza juga.Erm....

Wednesday, May 26, 2010

576 : Cuti Cuti Malaysia @ PD

2 tahun lalu pernah menginap di sini.Selasa Beach Resort yang sangat sesuai dengan namanya.
Beraksi di tepi pantai dalam kesakitan.Aku seorang yg kuat, cekal dan kental.
5 minit berendam di air laut dan juga memanjakan diri di kolam renang.

Monday, May 24, 2010

575 : Luka Di Lukai



Lukai di Lukai.Malang tak berbau.Kemalangan di Taman Melawati pada 23 Mei 2010.

Sunday, May 23, 2010

574 : AF 8 Punyer Cerita



Wednesday, May 19, 2010

573 : Luahan Perasaan - Aku Yang Tak Sempurna

Sukar untuk orang memahami diri kita.Lagi sukar jika kita bukanlah seorang lelaki yang 'hebat'.Aku dan 'N' ibarat langit dan bumi.Terlalu banyak kelemahanku dan aku akuinya.Aku hanyalah insan biasa dari keluarga yang sederhana dan hidup di kampung nun jauh di utara.

Aku yang tak sempurna.Akhirnya aku berhenti berharap kerana aku bukanlah Matahari.Ya. satu simbol yang mengambarkan 'panas,membara,api dan membakar'.Itu bukan diriku.Puas mencuba tetapi aku gagal.Kerana 'N' terlalu berbeza dengan diriku.Duniaku berbeza dengannya. Adakah peluang ke 2?

Matahari itu menyinari.Tapi adakah semua org suka pada Matahari? ...
Tertutup sudah pintu - pintu hatiku.... (lagu Matahariku - Agnes Monica)

Sampai bila harus aku bersendirian?Aku tak punya jawapan dan kamu sekelian juga tiada jawapan untuk soalan itu.Adakah sendirian lebih baik ?

Separuh jiwaku pergi.... maknanya Jiwa aku bukan lagi dalam dunia yang aku sudah setia sejak sekian lama.Di mana salah aku? Kenapa harus aku setia? Mungkin pintu rezekiku bukan di luar sana.Aku redha dan terima ketentuan Yang Maha Esa.

Jika ada sesiapa terguris dengan catatan luahan perasaan aku dan setiap ayat dan kata - kata yang aku ungkapkan, dengan rendah diri aku memohon sejuta kemaafan.

Mungkin ini akan menjadi entry terakhir buat masa dan ketika ini dan blog ini akan ditutup dalam sedikit masa lagi.

Monday, May 17, 2010

572 : Petang Ahad @ Wangsa Walk Mall


Wangsa Maju, Setelah penat disebelah paginya berjalan, bersiar dan ambik angin di Putrajaya maka disebelah petangnya adalah masa utk bersuka ria, berpoya - poya + jalan - jalan dan makan - makan.
Pertama kali makan dan melantak di Popeyes.Okie la.Lain dari yang lain.Boleh diterima dek tekak.Hajat hati mau tengok wayang di TGV yang baru dibuka tetapi tak ada cerita best la pulak.Kemudian nak melalak di Sing Box tetapi x ada bilik kosong pulak.Last - last shopping di kedai RM 5 yakni HINODEI.

Sunday, May 16, 2010

571 : Pagi Ahad @ Putrajaya

Putrajaya,16 Mei 2010 : Seawal 8.30pagi telah meninggalkan Ukay Perdana menuju ke Presint 2, Wilayah Persekutuan di Putrajaya.

Pagi yg cerah dengan tujuan tulus dan murni, aku ke sana untuk melihat sendiri kemeriahan Jom Heboh edisi Istimewa dan juga Hari Belia Negara 2010.Meriah memang meriah.Macam - macam ada.Penat juga kaki melangkah dari satu gerai ke satu gerai.Sempat juga masuk ke rumah hantu (SERAM) yg gelap tapi tak menyeramkan langsung.

Tak banyak penaja Jom Heboh yg turut serta kali ini.Aku hanya menghabiskan RM 30 utk topup Hotlink serta SMS utk dapatkan cenderahati Hotlink dengan harga yang 50 sen dengan menghantar melalui SMS.

Dalam 11.30 pagi aku telah membawa diri kembali ke Ukay Perdana.

Tuesday, May 11, 2010

570 : Dan Sebenarnya....

Pertamanya, hati masih berbelah bagi untuk hadir atau tidak pada majlis taklimat 21 Mei ini. Dan sepatutnya aku mendaftar untuk bengkel penulisan kreatif (novel) dengan Alaf 21 tetapi dari mula lagi memang tidak mahu mendaftar (Projek terbengkalai yg tak tahu bila akan sampai ke noktah terakhirnya).

Keduanya,Perjalanan untuk balik kampung memang dah hampir lancar tetapi cuti masih belum lulus (ada bagi tahu secara lisan tapi belum apply lagi).

ke3nya, sehingga 30 Jun 2010 aku akan buat keputusan muktamad sama ada terus SETIA atau terus melangkah PERGI.

ke4nya, Calon pilihan keluarga? Ha ha ha ha. ayat di bawah hanyalah satu sandiwara.Ya! hakikat sebenarnya aku belum sedia membuka mulut memaklumkan pada ayah,mak dan kakak - kakakku serta mak saudaraku di kg.Hanya awal Jun nanti akan aku luahkan kata - kata tersebut untuk terus menjadikannya sebagai realiti.

11.11.2011 mungkin itu tarikh keramat buatku? Insya-Allah.

569 : Dan Keputusannya Ialah....

Alhamdulillah akhirnya aku sudah kembali ke dunia FB, Blog dan berada di dunia yang nyata selepas beberapa hari hilang/menyepi dan menyendiri serta membuat hal sendiri.

Sepanjang 3 hari 2 malam aku telah membuat keputusan dan ianya adalah.....

Aku akan kembali menjadi pelajar semula pada bulan Julai 2010 nanti (Insya-Allah) oleh itu pada 21 Mei 2010 nanti aku akan menghadiri sessi taklimat dan memberi kata putus yg terakhir tentang perancangan ini.Apa pun ianya demi masa depanku juga.

Ke2nya aku telah selesai mengatur perjalanan percutian dan kembali ke Kg Halaman pada 2 Jun 2010 hingga 7 Jun 2010 nanti.Semuanya telah berjalan lancar.

Ke3nya aku akan berhenti berharapo dari memikirkan sesuatu yang tak pasti dan ianya adalah berkaitan dengan kerjaya, hijrah dan 'cinta' yakni menjurus kepada perkahwinan.

Ke4nya, dek kerana belum mempunyai jodoh aku akhirnya nekad dan telah membuat keputusan terakhir untuk menerima calon pilihan keluarga dan Insya-Allah majlis 'merisik' akan di adakan sebulan lagi.So what? Aku redha dengan qada & qadar ini.Mungkin ini yang terbaik utk aku.Diriku sudah penat mendaki dan mahu berhenti dari melayan sikap dan kerenah yang tak henti - henti dan sentiasa menghantui diri.

2 bulan kebelakangan ini aku telah menjadi orang lain dan sikap aku sukar diramal.Emosi aku berubah - ubah.Aku dah khabarkan tentang perkara ini sebelum ianya terjadi.Aku cuba mengawal perasaan aku tetapi apa kan daya aku tak mampu puaskan hati semua orang.

Aku sudah berhenti untuk memberi harapan dan juga meminta sesuatu yang bukan - bukan. Ada rezeki untuk aku ,adalah.Hidup sentiasa diuji dengan berbagai dugaan dan cabaran.Aku akan sentiasa cekal dan tabah menghadapinya.

Hijrah? Perubahan? Itu yang aku harapkan..

Ya Allah Ya Tuhanku bukalah pintu hatiku untuk menjadi lebih baik dari semalam untuk meneruskan perjalanan di hari - hari mendatang.(Aku berjanji pada diriku.. ya aku berjanji dan aku akan tunaikan janji itu).

S.H.A.I.Z.H.A.R satu nama dalam 'dunia'. I'm back..... Diriku sudah KEMBALI.......

Monday, May 10, 2010

568 : Jalan - Jalan di Kuala Lumpur (Akhir)

Jalan Tunku Abdul Rahman: Misi pertama ialah nak skodeng hantaran kawin untuk diri sendiri.Eh! silap... Mencari Bunga telur bertemakan biru + putih untuk majlis sepupu kesayanganku pada 5 Jun 2010 nanti. Pusing punya pusing adalah dua kedai kat bahagian bawah tanah.Ramai juga manusia kat kedai pertama.X ada yg berkenan langsung. Menuju pulak kedai ke2.Byk yg menarik tapi... tetapi.. erm.. apa punya kedai dah! x de tulis tanda harga. so? Tak kan sepanjang masa aku nak panggil dan tanya berapa harga yg ini dan berapa harga yg itu. Erm... nampaknya terpaksalah meneruskan misi ini di JB hujung bulan ni.Insya-Allah. Kenapa tak ke NILAI je? Hu hu hu.Cari penyakit kalau ke NILAI.Lain yg nak dibeli.. kang lain yg jadinya.X pelah, utk majlis diri sendiri nanti boleh la berbelanja di NILAI.Tapi bila?

Misi ke 2 ialah berbelanja di Jalan Tunku Abdul Rahman.Ya! pasar malam di ujung minggu.I like Pasar Malam.Ha ha ha. Banyak mau beli dan yang pasti tentulah makanan.Membeli itu dan ini sehingga lupa mau ambik gambar.Antaranya aku membeli Akok dari Kelate serta Popia Basah serta melantak Cendol Pulut.

Sesungguhnya aku bersyukur dan gembira dengan perjalanan pusing - pusing, makan - makan serta jalan - jalan sepanjang hari sabtu bertarikh 8 Mei 2010.Terima Kasih Tuhan utk kesempatan ini.Alhamdulillah......

567 : Jalan - Jalan di Kuala Lumpur (4)

Seterusnya dalam 2.30pm bergerak untuk acara pusing - pusing KL.Selalunya sendiri yg merempit ke sana dan sini tapi kali ini menjadi penumpang di bas Hop On Hop Off (HIPO). Ya! aku tak sorang kan? Tue... kan ramai lagi pelancong lain yg joint aku.So what? Perlu ada kawan/gf/teman baru nak melakukan aktiviti mcm ni?


Dari KL Bird Park melalui Memorial Tun Abd Razak, Planeterium Negara, Muzium Polis, Muzium Kesenian Islam dan Masjid Negara.Seterusnya melalui Dataran Merdeka sebelum menuju ke Jalan Raja Laut dan melencong sehingga ke Istana Budaya/Tasik Titiwangsa.

Pusing dan pusing lagi hingga ke depan Menara Citi Bank/Ampang Park dan barulah berhenti di KLCC yakni Menara Berkembar Tertinggi di Dunia.Seterusnya bergerak ke MATIC dan kemudiannya mengelilingi KL Tower sebelum mendaki Bukit Nenas.What??? Aku ke KL Tower.Hajatnya memang nak berhenti dan merasai pengalaman menjadi pelancong dan berkunjung ke Menara setinggi 421 Meter itu.Tapi apa kan daya, hujan membasahi bumi dan masa amat terbatas.Banyak lagi xtvt lain harus dilakukan.Akhirnya aku berhenti di Kompleks Budaya Kraf.Erm... barang - barang kraf yang dijual disitu agak di luar kemampuan aku dan kebanyakannya boleh didapati di luar sana dengan harga yg lebih murah.Jadi kenapa aku harus bazirkan RM untuk membeli di situ.So what? suka hati aku lah mau membeli atau tak.Ada aku pakai duit kau orang? ha ha ha ha. Dlm ujan yang masih membasahi bumi aku membuat keputusan untuk masuk ke Muzium Kraf KL.Kali terakhir aku kesini adalah 10 tahun dulu dengan kekawan CSA sewaktu mengadakan lawatan sambil belajar/berjalan.ha ha ha.

Akhirnya berjaya juga naik bas ke 3 yg ada open air.Biarpun masih hujan rintik - rintik.Bas berhenti di depan Istana Negara dan berhenti berehat selama 5 minit.So apa lagi.. aku mendekatkan diri dengan pintu pagar Istana tersebut la.

Seterusnya melalui Petaling Street.Ah!!! rupanya dah lama aku tak menjejakkan kaki dan masuk ke Jalan Petaling ini. Hu hu hu.. Tak berani la.Kang ada juru jual - juru jual menjual "benda yg bukan - bukan".. ha ha ha ...

Perjalanan pusing - pusing KL aku pada hari sabtu 8 Mei 2010 berhenti di hentian Medan Mara dan perjalanan langkah kaki aku seterusnya menuju ke dua lagi destinasi.Di mana? Untuk apa? dan kenapa? jawapannya akan menyusul juga nanti.

Sunday, May 09, 2010

566 : Jalan - Jalan di Kuala Lumpur (3)

KL Bird Park, Kuala Lumpur: Laporan bergambar diteruskan dengan memaparkan suasana dan rupa paras burung - burung yang terdapat di sini melainkan burung kasawari yang takkala ini berada nun jauh di dalam huta di Kuala Kubu Bharu Selangor (7/5/2o10) kalau tak silap.Ingat nak joint juga tapi memandangkan sudah punya rancangan sendiri terpaksa melupakan hasrat itu.Perkhabaran mengenai aktiviti tersebut hanya ku tahu beberapa hari sebelum hari kejadian.

12.30PM ialah masa untuk menyaksikan persembahan burung - burung.Jom layan!!!

Manusia yang menyaksikan persembahan tersebut ialah ramai.Sampaikan tiada tempat kosong untuk diduduki oleh rombongan pelajar - pelajar Sekolah Jenis Kebangsaan Cina (Dia org sampai bila show dah separuh jalan). Burung - burung yang membuat persembahan memang bijak - bijak.Yalah!! dah diajar dan diasuh mestilah pintar kan? Lagi pun setiap apa yang dilakukan mendapat ganjaran.Itu antara faktor yang memberikan mereka lebih semangat.Tak gitu
Perut sudah berkeroncong ditambah dengan irama dangdut yang menguasai anak tekak.
Sebelum meninggalkan KL Bird Park aku melantak dulu.Biarpun harganya agak mahal tetapi masih mampu dibayar oleh diriku.Membeli ole - ole tak seberapa untuk insan - insan yg sentiasa diingatan.Siapakah? Anda kah? Oh! bertuahlah mereka itu.

Kesimpulannya; biarpun ketenangan yang dicari hanyalah datang sementara tapi aku bersyukur kerana aku telah jumpa apa yang aku cari.Aku juga sudah membuat keputusan untuk merubah kehidupanku.Semoga ianya menjadi kenyataan. A-Min

Saturday, May 08, 2010

565 : Jalan - Jalan di Kuala Lumpur (2)


KL Bird Park, Kuala Lumpur : Sekitar jam 11.00 pagi, lelaki berbaju belang putih dan biru itu telah selamat berada di Taman Burung Kuala Lumpur atau dalam Bahasa Inggerisnya KL Bird Park.Bayaran masuk adalah percuma.Kenapa? Ya! kerana telah memberi lebih awal semasa MATTA Fair KL baru - baru ini.
Tujuan untuk percutian kali ini adalah untuk mencari ketenangan dan mendekatkan diri dengan alam."Siulan kedamaian.... Bunyi - bunyi yang membuatkan diri menjadi tenang.Menanti detikn 12.30pm untuk melihat MEREKA lebih dekat.Warna - warna MEREKA begifu indah.

Friday, May 07, 2010

564 : Jalan - Jalan di Kuala Lumpur (1)

Kuala Lumpur Sentral : Pada jam sekitar 10.30pagi, kelihatan kelibat seorang lelaki berbaju jalur biru dan putih telah sesat di KL Sentral.Ke manakah destinasinya? Kenapa bas dua tingkat ini menjadi pilihannya? Jawapannya akan menyusul di cerita mendatang.Ada kejutankah? Mungkin!! sama - sama kini tunggu dan lihat.
Copyright to S.H.A.I.Z.H.A.R
Designed by UMIESUEstudio 2015