Wednesday, March 31, 2010

556 : Cinta Di Bawa Bayu - Part 3

Suasana di Pengkalan TLDM di Teluk Sepagar, Kota Kinabalu Sabah. (Tetiba aku rindukan Lumut) Aaaaaah.. bilakah biasa aku kembali ke sana?

Inilah rupa kediaman Shafirol sekeluarga.Alhamdulillah.. jauh lebih baik dari di Telipok Ria dan lebih selesa jika di bandingkan dengan rumah di Lumut.Syukur atas kurniaan ini.Sangat selesa dan sesuai untuk di duduki oleh 6 anak beranak (Anak sulungnya di MRSM KK)

Tuesday, March 30, 2010

555 : Cinta Di Bawa Bayu - Part 2

Mini MAHA di Padang Merdeka Kota Kinabalu.Hari sabtu 27/03/2010 adalah perasmiannya ada bapak Menteri Sabah (siapa hulurkan tanggan bersalam dengan aku) I like! dan juga bapa menteri.Pertama kali juga mendengar dan menyanyi lagu negeri Sabah.

Macam - macam ada disini.Merasa dan merasa sample berbagai jenis produk makanan serta minuman.(Malas nak ambil gambar banyak - banyak) Adalah di maklumkan ini merupakan percutian aku bersama seisi keluarga jadinya, gambarnya adalah kurang dek kerana mood beraksi telah hilang di telan oleh kesakitan + jiwang tak tenang. Sesungguhnya Allah Maha Mengetahui.

Monday, March 29, 2010

554 : Cinta Di Bawa Bayu - Part 1

25 Mac 2010, Aku selamat mendarat di KKIA , Terminal 2 takkala matahari sudah melabuhkan tirainya.Malam menyambut ketibaanku.Kerinduaan kepada wajah - wajah itu sangat dirasai.

Kami melantak MCD di 1Borneo.Time nie sempat juga aku berFB dan online biarpun sekejap.

Siaran Celcom di Teluk Sepagar adalah tidak stabil di ruang tamu dan ruang makan. Hanya mendapat liputan di bilik tidur ke 2. (Nasib badan la)

Gambar tak mengikut turutan hari dan masa serta waktunya.Wajah di atas ialah takkala kami berkelah di tepi pantai Tanjung Aru, Beach 1 di pagi hari Sabtu yang mendamaikan.

Ini gambar pada pagi isnin yakni takkala membuat panggilan hangit di hari lahir ke 14 seorang budak kecik bernama Nurul Nazryanna Sabar. (Nantikan hadiahnya yek!)

Status FB ku ketika ini "Di tepi pantai yang indah.. Ku duduk seorang diri".....

Sunday, March 28, 2010

553 : Pesta Buku 2010

Pesta buku 2010 telah berlalu pergi tetapi aku tetap ingin mencoretkan sesuatu disini.

Menemui kembali Novelis kegemaranku yakni Rose Harissa. (Akak saya dah 2 kali baca WCW) Alhamdulillah, WCM memang lain dari yg lain.

Terus di sessi Chit Chat bersama penulis Lily Haslina Nasir.

Berapa banyak novel aku beli? Jawapannya ialah berbelas - belas. Syukur kehadrat illahi dapat bertemu cikgu Anis Ayuni sekali lagi (Karya pertama saya dah jadi projek terbengkalai la cikgu). 3 hari berturut - turut aku dapat bersua dengan Pn. Norzailina Nordin.Ku temui juga Novelis - novelis yang lain.Sayang seribu kali sayang tak dapat bersua dengan Dhiya Zhafira kerana tak kala dia turun ke KL aku berada nun jauh dari Kuala Lumpur.

Wednesday, March 24, 2010

552 : GAMAT 2 - Pementasan Terakhir

Hari Isnin 22/3/2010 adalah hari terakhir pementasan GAMAT 2.

Amy Mastura memang best + anak Gamat & Ayah Gamat serta Mak Cik Gie.

Misha Omar memang menonjol dengan dielek kelatenye.

Ziana Zain sebagai ketua Obor - obar yg 'jahat' tapi best!!!

Akhirnya aku dapat juga bergambar dengan artis - artis ini selepas kecewa pada pementasan sebelumnya.

Tuesday, March 23, 2010

551 : GAMAT - Sehari Sebelum Pementasan Terakhir

Pada 21.03.2010, Aku sendirian melayan Teater , Gamat 2 di MATIC, Jalan Ampang
Pertama kali menonton GAMAT setelah tahun lepas terlepas peluang itu.

Kesimpulannya memang best.

Friday, March 19, 2010

550 : Preview - GAMAT 2

GAMAT yg pertama aku tak tengok sebab macam - macam masalah berlaku masa tue. Tapi bila GAMAT ke2 dipentaskan aku tak akan lepaskan saat - saat keemasan ini.Lagi pun harga tiketnya lebih murah dan berpatutan.

Yang penting ada artis pujaan aku iaitu Ziana Zain.Aaaaaaaah.. x sabarnya nak jumpa ngan akak ZZ dan menjeleskan mak cik purple.Dulu - dulu kala sehingga ke saat ini pun aku juga minat Amy Mastura dan Misha Omar.

So, layan je lah preview GAMAT 2 ini.Ya! Ianya sedang dipentas kan di MATIC, Jalan Ampang.

Tunggu cerita penuh dalam masa terdekat.

Thursday, March 18, 2010

549 : My Black - HP Mini

Yg lama tue dah hampir 2 tahun usianya.Jadi dia perlukan teman yg lebih kecil dan ringgan serta boleh dibawa kemana shj.

Selamat datang HP Mini yg bernama My Black yakni Si itam kecik bersama dengan Celcom Berukband.

Selamat tinggal Streamyx.Dah seminggu berlalu.Ok la daripada tak ada.

Monday, March 15, 2010

548 : Holiday @ Tioman - June 2010

Pra Promo.

Destinasi? Pulau Tioman. Harga? Buat masa ini RM 380 seorang (Twin sharing)

Detail? tiket bas, kl - mersing - kl. Bot dari mersing ke pulau dan kembali ke darat
xtvt? Snorkeling la.Bercanda di pasiran pantai, BBQ dll xtvt akan dirancang kemudian yg penting ada time utk free and easy.

Siapa? Sesiapa je boleh joint! malas nak fikir banyak - banyak.Lagi ramai lagi meriah.Boleh kenal dengan kekawan baru kan atau merapatkan tali persaudaraan yang sedia terjalin.

Lain - lain akan dimaklumkan dari masa ke semasa.Ah! rindunya aku dengan pulau tioman.

547 : Majlis Perkahwinan Haridz & Nor Ameza - 14 Mac 2010

Dari Ukay Perdana menuju Prima Beruntung, keluar ikut susur keluar Bukit Beruntung (PLUS) sampai dlm jam 1.20pm.Ketika itu Mek (Suzana Wahab) budak opis sedang melantak bersama tunangnya.

Pengantin tengah makan di luar dan kami tumpang beraksi di dlm.Tak sempat bergambar dengan pengantin yg berbaju 'Biru + silver".

Sebelum melangkah pergi, bergambar kenangan bersama ke2 pengantin. Selamat pengantin baru utk Haridz & Nor Ameza. Selamat juga berkerja di tempat baru pada 16 Mac 2010, yakni hari lahirmu wahai Nor Ameza.Jgn lupa program 'together2' Kite. he he he.

Sunday, March 14, 2010

546 : MATTA FAIR @ PWTC


Lepas kerja hari Jumaat aku selamat check in (dimana? biarlah rahsia) kemudian bergerak ke PWTC.Gerimis mengundang, nasib dapat menyelamatkan diri.Sesampai je kat pintu masuk, hujan melebat di luar.

Masuk adalah percuma bagi aku sebab mempunyai Kad besi jenama EON Bank.I like!
Time macam nie memang tak ramai orang.Dapatlah sehingga menyeberang sungai.Pusingan pertama, survey2 dulu.Lepas tue baru keputusan apa nak beli.

Kunjungan pertama 12/3, aku membeli yang di tanah tinggi dengan harga yg sangat berbaloi.
Yg kat international Hall, aku hanya mampu memandang.Nak beli tiket ke singapore naik Transtar pun tak berani walaupun ada diskaun 50%.hu hu.. apa lagi, nak berangan ke Sentosa Island. (abaikan je angan - angan ini utk sementara).*menghabiskan masa 2 jam disini. Hah!!
Beli juga tiket ke satu tempat menarik di KL yg dah lama x pergi.Berbaloi! RM 10 je.

Indonesia ??? Ah!!!! tiket utk terbg pegi dan balik dah beli.Tempat penginapan dll xtvt disana belum.Macam mana yek? Cuti pun belum apply dan diluluskan lagi.Erm....

Kunjungan ke dua pada pagi 13/3, Akhirnya aku booking Trip ke Tioman dengan deposit RM 50 shj. Wahai! kekawan X CSA KL Tower.Yok! mengimbas kenangan kita disana.he3. (Kalau x mendapat sambutan baru aku nak open le kepada kekawan lain).

Kemudiannya, aku membeli penginapan di tepi pantai.Aduh!!! x sabarnya nak ke sana lagi selepas 2 tahun berlalu.Di mana ye? Ha ha ha ... tunggu je la. Nanti nak contact - contact geng2 di sana dan kawan aku yg kerja hotel tue.suruh kasi dia up grade sikit + dapat view laut ke.

Aku juga membeli satu peluang meronda - ronda KL dengan harga yg berpatutan.Bulan depan kot atur agenda utk aktiviti ini. Watch!!!

Hari ini (petang ni 14/3) selepas majlis kenduri di Rawang aku nak singgah di Matta Fair lagi. Aku nekad kalau terpaksa pakai Kad Besi pun aku sanggup.

Aku rasa dah belanja hampir RM 300 je utk percutian - cutian seperti diatas. Amat berbaloi kan?

Ingat nak survey pakej Homestay di Tanjung Karang.Kalau depositnya murah aku nak on je la. Nak juga tengok homestay yg lain.Baru sekali pergi kan.Ada juga homestay di N9. Tengoklah mcm mana.Mesti bestkan.So, geng Msjbox dot com. Watcha!!!


Saturday, March 13, 2010

545 : Preview Lokasi Ulangtahun Msjbox ke 5 - Part 2

Lokasinya terletak di Setiawangsa dan berdekat dengan LRT. Jalan kaki je pun boleh.

Dekorasi dalaman dan harga sate pun berpatutan dan menarik serta sesedap rasa.

Jadi akan ku cadangankan tempat ini sahajalah untuk Ulangtahun Msjbox dot com ke 5 yang di rancang pada 24.04.2010 (Sabtu)

Friday, March 12, 2010

544 : Selamat Pengantin Baru "Muhaini & Eddy"




Thursday, March 11, 2010

543 : Malam & Pagi di KT - Edisi Penamat

Aksi di dalam kolam renang adalah di larang di pamerkan di sini. (tak ada gambar pun) Gambar - gambar lepas berenang memang ada tapi disebabkan *separuh bogel, so x leh di tampal di sini serta di FB. *Sila abaikan bahagian- bahagian lemak tepu.ha3.

Dinner dlm jam 8.00pm.Berlagak macam org kaya dengan pakaian biasa - biasa shj (janji duit banyak) ha3.Macam biasa memilih tempat yang jauh dari orang dan bergambar serta beraksi sesuka hati.

Menu malam ini ialah chicken chop, sagu gula merah dan Ice lemon tea. Semuanya dekat RM 40.

Malamnya menghabiskan masa sendirian di Dataran Syah Bandar, Kuala Terengganu seorang diri.So what? Kekadang sendiri lebih baik kan? Aku berjalan mengikut gerak kaki.Malam ini mulai jam 10pm - 3pm ada KT UpTown kat belakang Astaka.

Kisah esoknya, pepagi lagi dah bangun dan bersarapan jam 6.30am.Makanan dalam kuantiti sedikit dan sekadar menjamah serta merasa.Okie la. tak terlalu sedap dan teruk sangat masakannya.Boleh masuk tekak la.

Jam 7.20am yakni sejam sebelum terbang kembali ke KL aku telah selamat tiba di KT Airport.

Perjalanan dari 4 buah negeri , UK Perdana - Wangsa Maju - KL Sentral - LCCT - KB Airport - KB Mall - Pantai Cahaya Bulan - KT - Pasar Payang - Gong Badak - Primula Beach Resort - Dataran Syah Bandar - Primula Beach Resort - KT Airport - LCCT - KL Sentral - Wangsa Maju - Ukay Perdana.

Wednesday, March 10, 2010

542 : Dari 922 ke Pantai & Laut

Dalam 5.30pm selepas hampir setengah jam merehatkan diri *kononnya! padahal bergambar je lebih.Aku pun turun ke bumi (dari tingkat 9, mula2 nak minta tingkat 11... tapi...)

Jom layan aksi sesuka hati aku.

Aksi melutut dan bayang - bayang diri sendiri.Menarik tak gambar ni? tak? Erm...

Tarikh kejadian berlaku pada 06.03.2010.Aduh! bestnyer dapat duduk tepi pantai *rentunglah aku.
Lagi aksi sesuka hati aku di tepi pantai yang indah bersama kesan tapak kaki yang aku tinggalkan.
Ini pulak adalah aksi di 'pokok kelapak' Ya! aku suka aksi melompat.Siapa ambik gambar aku? Yolah..aku ambik sendiri la. Tak percaya? Tak nak percaya sudah la.


Aku suka aksi ini.Gambar ini dan latarbelakangnya sekali.Kau org suka? Tak suka sudah! Ada aku kisah? Ha ha ha ha

Tuesday, March 09, 2010

541 : Dari Gong Badak ke Primula Beach Resort - Edisi 3

Dalam 5.00pm selamat check in di Primula Beach Resort, Kuala Terengganu dengan harga RM0 = Percuma kerana ianya adalah hadiah yg aku menang semasa Staff Nite 8/1 yg lalu. Memang berbaloi! TQ companyaku.

Beraksi sesuka hati di bilikku yang berlatar belakangkan laut *Ya! Laut China Selatan, walaupun sikit je nampaknya, jadilah daripada tak ada.

Beraksi ke bilik air dan luar pintu.Ada aku kisah? Aduh! bestnya.... lepas ini kemana aku pergi.. tunggu je le.

Monday, March 08, 2010

540 : Dari KT ke Gong Badak - Edisi 2

Dari Kuala Terengganu ke Gong Badak naik bas RM 2 je. *jauh juga dekat 40 minit (bas berhenti - henti. Konon - konon nak jimat) berpeluh!!! dari jalan besar ke rumahnya dlm 2.5km *oh! aku tertipu dengan Peta dari kad kawin itu. Tiiiiiiiiiiiiiidak (tak ada sesiapa mau tumpangkan)

Akhirnya dalam 2.30pm baru sampai.Hu3. Dahaga punyer pasal minum je le air ais. Nasi dan lauk - lauk pun dah byk berkurang.Makan je le apa yg ada.Time tue Ameza duduk bergambar kat pelamin.So, aku layan diri sendirin je le.

Aksi "bekas' rakan sekerja ku.Oh! sampai hati kau.Dah lah kawin lepas tue berhenti kerja pulak.Hu3.Memang x patut.Tapiiiii.. aku redha je le. Erm....'Semoga berbahagia' mcm biasa aku pesan kat laki dia "Jaga Ameza baik - baik" Ha3.

Bergambar ber3 tue salah ke? Yg penting aku nampak 'ijau'. Tema majlis di rumah Ameza.


Tak sempat nak ambik gambar hantaran dari perempuan.Itu hantaran dari lelaki.Aksi dlm bilik tidur adalah dilarang ambik byk2.Ha3.Akhirnya aku melangkah kaki pergi.

Terima Kasih untuk seorang "abg' yg tumpangkan aku dari depan lorong nak masuk rumah Ameza ke tepi jalan besar.Fuh! akhirnya ada juga insan yg berhati mulai. Walaupun dimana juga dia berada semoga dia di limpahi rahmat A-Min.

Sunday, March 07, 2010

539 : Dari KB ke KT - Edisi 1

Aku kembali ke Pasar Payang.Macam biasa, snap sana dan sini sesuka hati.

Sarapan pagi dan membeli belah ala kadar dengan jumlah belanja RM 99 je (Ha3... berbaloi2 kan!)

Destinasi berikutnya ialah ke Gong Badak.Utk apa? Tunggu je la.

Saturday, March 06, 2010

538 : Dari KL ke KB - Episod Akhir

Dari KB Town menuju ke Pantai Cahaya Bulan (PCB).Akhirnya aku sampai juga sini. Ntah la, aku memang suka pantai.Kenapa yek? Yg aku suka lakukan ialah menulis nama di pasir. Kau org buat tak mcm nie?

Indahnya ciptaan tuhan.Mulanya susah nak dapat parking, tapi akhirnya memang rezeki depan mata.'Syukurilah nikmat Illahi'. I like !

Aksi berangan mengambil gambar sendiri.Mcm biasa ,"ada aku kisah ?" Alangkah indahnya dapat melihat matahari terbenam.Aku rindukan PD & Lumut.Hu3. (Tetiba)

Ole - ole dari Ann di KB utk diriku.Ada Akok, Murtabak , Jala Mas (betul ke?) Keropok dll.TQ. TQ. Terima Kasih

Copyright to S.H.A.I.Z.H.A.R
Designed by UMIESUEstudio 2015