Sunday, February 28, 2010

532 : Malaysian Backpackers Homestay Expose - Episod Akhir

Pertama kali syukur alhamdulillah apa yang di anjurkan telah selamat terlaksana. TQ utk MBC (Malaysia Backpackers Club) anda tahu siapa anda dan jasa bakti anda amat dihargai.
Ke2nya, terima kasih pada Tourism Selangor/Putrajaya yang menjadi penaja utama program ini.

Ke3nya, kepada semua penduduk kg yg terlibat secara langsung atau tidak dlm program ini.

Buat keluarga angkatku iaitu Ibu Anis dan anak sulungnya Faiz.Sangat gembira dapat tinggal bersama keluarga kalian biarpun hanya seketika.Insya-Allah akan kembali menziarahi keluarga ibu sedikit waktu lagi.Semoga ikatan silaturrahim yg terjalin akan berpanjangan sehingga ke akhir hayat.*A-Min.

Inilah pengalaman serta coretan ikhlas aku mengenai program ini.

Sabtu, 20.02.2010

Permulaanya, agak perlahan dan ketepatan masanya adalah berada ditahap kurang memuaskan.Time, sarapan pagi dan minum - minum adalah saat awalan untuk berkenalan antara satu sama lain *biarpun terhad (mcm biasa aku memang spesis lambat start enjin, sesuai dgn namaku yg 'shy' atau =shai. ha3..

Ada 2 bas yang membawa kami kesana.Sambutan dari penduduk kampung adalah 'gempaq' biar pun kami lambat sampai seperti yang dijadualkan.Di sambut dengan kompang, bunga manggar dan persembahan silat.Seterusnya ada la ucapan aluan dan kata - kata daripada orang - orang penting dan pembahagian keluarga angkat.

Aktiviti rewang membuat nasi ambeng adalah sesuatu yang baru bagi aku.Mula - mula masing - masing tak tahu nak buat apa, nak mula yg mana.Tapi bagaikan magic semuanya bertukar sekelip mata.Alahai Fafau!! membuat pengambaran di sini.Okielah! aku kan dah biasa jumpa artis , so tak hairan bin ajaib sangatla.

Mula - mula aku menjadi mat kacau serunding.Dari mula sampai habis lor! Lepas tue menjadi mat tumbuk bawang putih dan ikan bilis.Lepas tue menjadi mat rasa rempeyek selain jadi mat sibuk.Seorang awek memang rajin menjadi tukang masak mee dan aku menjadi tengok saja. Seterusnya aku menjamah ubi kayu with ikan bilis *spesis besar tue (apa nama dia) dan kemudiannya memasak ayam masak kicap (kononnya la! pada hal tukang memerhati je)

Dan lepas pada itu seorang rakan blogger yg tinggal berhampiran kawasan tersebut dengan rela hatinya meluangkan masa berjumpa dengan 2 orang blogger msjbox dot com yang agak popular (still releven ka?) Aku layan la dak topek/taufik nie apa yg patut.Sembang2 sambil membusykan diri rehearsal poco2.

Kisah di malamnya....

Majlis pelancaran adalah lepas Isyak (kalau x silap) dan dinner makan nasi ambeng adalah sekitar 9.00pm lebih.Yg penting aku duduk makan belakang Fafau (peluang besar nak masuk TV) Aku nak setalam ngan Fafau tapi dia tak kasi (sampai hati u) ha ha ha. Best gak melantak dlm talam ber4.Tapi kan lepas makan nasi ambeng tetiba, gigi2 ku kesakitan.Apasal yek! Nasi yg byk tak habis ku makan.Aduh! membazirkan.Tapi ok la. lauk2nya boleh la (x teruk sangat).

Kemudiannya show wayang kulit jawa.Apa yg boleh katakan.Ianya adalah terlalu panjang berjela dan membuang masa (betul la! sebab apa tak faham) PA systemnya adalah kelaut selat melaka. Apasal yek! microfon tak di dekatkan mulut ke? Apa yg aku faham hanya lah perkataan * ha ha ha . itu juga.Dek kerana kebosanan aku melayan la kekawan bergambar di memalam hari.Layan bersembang dan berangan.

Kemudiannya show geng MBC iaitu Poco2. Okielah juga kan xtvt nie, berpeluh seh! yg show nie masuk Alahai Fafau x ? Apa pun memang happening la.Masing - masing sporting termasuk penduduk kg yg ada + ibu angkatku.

Ada games le, time tue dah 11pm lebih.Utk satu segmen dlm rancangan Alahai Fafau.. mula - mula aku target ganjarannya ialah 'Makan bersama fafau' dek kerana pertandingan itu melibatkan makan - makan dan time tue perut aku dah 'full' + kesakitan gigi. Hilang segala selera.Kalau tak, aku lah org pertama yg akan joint.Hu hu hu. tapi x pe. Time shooting tue aku duduk tengah2 dan betul2 belakang sherry gebu. kuang kuang kuang + aku pakai baju oren, so memang muka aku akan masuk TV la.Tahniah!! Kak Maz dan Syah. dia org menang RM50 setiap sorang.Berbaloi2...

Esok paginya.. Ahad , 21/02/2010

Aku memang awal bangunla.Tidur pun ala - ala tidur ayam.Kepanasan yg terlampau + tidur kat tempat baru so memang payah sikit la.Aku rindu bantal pelukku, bantal tidur serta selimutku (boleh mcm tue).Sarapan pagi itu adalah nasi lemak yg sedap + sambal sotong. *Tq ibu Anis
Sedang asyik mereka bercerita tentang itu dan ini termasuk al - kisah politik aku hanyalah menjadi pendengar (Bagi aku, undi adalah rahsia, aku x nak kasi tau kau orang).

Dalam 9am kita org sampai tempat berkumpul.Tapi ada lagi yg dtg lambat.Dalam 10am pun ada juga 3 jejaka tue muncul di tempat kejadian.Bermacam - macam jenis motorsikal telah berada di kawasan yg agak luas itu.Ada motorsikal berkuasa besar, motorsikal merempit seperti TZM, EX5 juga motor klasik seperti vespa (yg kaler purple pun ada seh!) dll lain.

Macam biasa sessi bergambar dan berangan sampai lebam + dari ke hulu ke hilir bersama geng2 yg kaki bergambar memang best.Kemudiannya sebelum di bahagikan kepada kumpulan - kumpulan kecil aku melarikan diri ke tepi pantai.Sempatlah posing sesuka hati.

Akhirnya group aku, menjalankan xtvt gotong royong beberapa meter dari kediaman rumah ibu angkatku iaitu di tali air 6 1/2 Sg Leman.Belum apa2 lagi kita org dah berpoco - poco di depan Balai Raya di situ.Xtvt yg kami jalankan ialah mengecat apa yg patut + membersihkan kawasan tertentu.

Tapi kan, aku joint geng lain bergambar kat tepi sawah, sungai dah atas titi.Best !!! best! mcm - mcm aksi ada.Aku suka - aku suka.Kau orang memang best.Permandangan yg indah dan keaslian suasana memang terasa.

Dalam tegak matahari, 4 motorsikal + 1 motor besar berkonvoi mencari panorama indah untuk mengabadikan kenangan di situ.Kawasan sawah padi yg kering kontang dan sedang dibajak untuk proses penanaman semula padi sedang dijalankan.

Paling best, kami serang satu traktor yg tidak di matikan enjinnya dan bergambar sesuka hati. Lepas tue pusing - pusing kawasan kampung sehingga bertemu sebuah rumah yg sungguh indah dan menarik buat kami tertarik kerana terletak di tengah kawasan sawah.Kami singgah bergambar dan memberi salam serta berkenalan dengan keluarga itu + menziarah isterinya yg sakit.Melihat rumah kampung ini mengingatkan aku pada rumahku sendiri di kampung halaman tercinta.Memang berbaloi - baloi bergambar disini.

Dalam 1pm, makan - makan pun bermula.Aku makan ala - ala manja je.Time nie sakit gigi masih menguasai ruang - ruang mulut.Lepas habis melantak, aku merempit ke pekan Sekinchan ikut jalan besar.Pertamanya beli ubat sakit gigi lepas tue beli top up hotlink dan digi.Dengan selamba, ala - ala kampung sendiri aku merempit tanpa memakai helmet. so what? Akhirnya, aku balik ikut jalan kg. main redah jerr.. nasib baik x sesat.

Kemudian dalam 2.2opm (lebih kurang) kami merempit menaiki berbagai jenis motor melawat kawasan kampung.Menuju ke tepi pantai yang agak bersimpang siur dan "berbau' aku adalah elergic *konon. Permandangannya adalah menarik tetapi .... mcm terbiar sikit serta tak sempurna (mcm mana nak jelaskan yek!)

Time nie mcm biasalah, bergambar tak hengat dunia.Ada juga yg mencelah nak masuk dlm kamera aku.Ha ha ha ha.Ada juga yg tak nak bergerak sebab asyik beraksi dengan berbagai gaya. Al - maklumlah byk jurukamera.Terima Kasih pada sesiapa yg sudi menjadi juru kamera ku tanpa perlu di paksa.

Destinasi seterusnya ialah ke kawasan sawah padi sehingga menuju ke kawasan tali air.Ok juga tempat ni.Macam biasalah, pakat bergambar lagi.Sampaikan kawasan tali air yg seperti terusan/saliran/parit tue mcm mangsa.So what? kita org memang kaki bergambar.

Aktiviti terakhir ialah melantak berbagai jenis sample keluaran IKS di kawasan itu kat satu pusat jualan.Sedap sungguh simpulan kasihnya, kerepek bawang , buahulu gulung dll. Aku membeli dan berbelanja dlm RM15 je. Time nie pun dah nak pukul 4pm.Lepas tue aku menjadi supir kepada 3 org wanita ini dengan menghantar mereka kembali ke rumah keluarga angkat masing - masing.Nasib baik la dekat.Kalau jauh malas nak tolong (boleh mcm tue)

Kemas - kemas barang dan kemudiannya menghabiskan saat - saat akhir dengan keluar angkat sebelum meninggalkan rumah no.20 itu dengan harapan akan kembali ke sana sedikit masa lagi.
Bergambar beberapa aksi sebelum merempit ke tempat berkumpul untuk majlis penutup dan perpisahan.

Kami diberi ole - ole yang memang berbaloi.Terima Kasih daun keladi, Insya-Allah kami akan datang lagi.Terima Kasih untuk semuanya.Semoga kekurangan yang ada dapat diperbaiki untuk kebaikan bersama.



Saturday, February 27, 2010

531 : Malaysian Backpackers Homestay Expose - Episod 7

Merempit bersama - sama dari tepi pantai ke kawasan sawah padi dan tali air.

Aku suka sangat gambar ini.'mat bunga' yg berdiri tinggi tue mengingatkan aku kepada kawan sekolah aku dulu *Nizam. (Di mana di kau berada) Insya-Allah lepas ini aku ada plan nak jumpa kawan rapat aku yg dah beberapa tahun terputus hubungan (ish!! dah lari tajuk)

Inilah kekawan baruku.Insya-Allah kita akan jumpa lagi sedikit masa nanti.For gathering ke, makan2 or jalan2 dan xtvt MBC.
Aku mcm biasalah berangan pun di kawasan tali air/terusan/ saliran air. Kat kg aku memang x ada mcm nie.

Ada juga yg nak interprame.Gambar beramai - ramai bermacam aksi banyak juga di ambik disini.

Lokasi terakhir kunjungan ke Kedai/Pusat Jualan produk - produk makanan tempatan. I like kerepek ! simpulan kasih (popia) dll memang memang best.Berbaloi2 aku merasa bermcm - mcm sampai tak terdaya nak menghabiskan lebih 20 balang (utk dirasa) Sapa2 nak beli atau memborong sila datang ke sini.Tak rugi punyer!

Friday, February 26, 2010

530 : Malaysian Backpackers Homestay Expose - Episod 6

Makan tenghari sekitar 1.00pm, Itulah menunya.Ada tempe, dll seperti di atas.

Sekitar 2.20pm (lebih kurang) rombongan merempit menaiki berbagai jenis dan bentuk motorsikal termasuk beberapa buah kereta (x cukup motorsikal dah!)

Gambar kenangan bersama keluarga angkat dan kekawan baruku.I like.Miss u all.
Jgn propa!!! jgn gosip.Budak 17thn tue yakni adik angkat anak kepada ibu angkatku.
Macam biasa, aksi berangan di tepi pantai.(Di tepi pantai yang indah...)


Aksi - aksi kawan - kawan baru ku. Bila agaknya kita kan dapat berkumpul bersama lagi?

Thursday, February 25, 2010

529 : Malaysian Backpackers Homestay Expose - Episod 5

Sekitar 11am, geng MBC telah memulakan aktiviti dengan tarian poco2. I like.lepas tue xtvt mengecat dan gotong royong. aku buat apa? tolong menyibuk je.Lepas tue joint geng2 yg suka bergambar tak hengat dunia kat tepi sawah padi yg sebelahnya terdapat sungai.

Aduh! aku memang suka berangan dan bergambar.Tunggu jelah gambar dari Camera Zet & Bro Yusof.Bila nak tag dah? Best woo joint dia org nie.Lebih kurang geng Kamie juga, suka ambik gambar melompat dan aksi - aksi pelik tapi benar.

Kat depan rumah 'ibu' yakni keluarga angkat aku.Si adik zila dari PD pun interprame nak menyibuk.(Kita org x satu rumah tau).Yang satu rumah adalah Bro AA yakni Kasawari, Bro Sazali dan Idlan + aku la.

Time nie memang panas terik.Ada lah sorg hamba Allah yg baik hati memetik kelapa.Terima kasih bro.I like air kelapa.Sedap oooo.. rugi sapa yg x joint.Ha ha ha ha.Yg awek2 lain tue adalah jiran sebelah iaitu anak - anak Encik Sidek , sepupu 'ibu'.Lupa lak, ibu angkatku memang banyak cakap dan namanya ialah Anis.

Tengah2 hari kita org dlm 4 motorsikal merempit ala - ala manja bersiar - siar di sawah padi.Tetiba ada traktor di tengah sawah yg tidak dimatikan enjinnya.Kami apa lagi, terjah la!!. Pose sana sini dengan sesuka hati.

Terkilan.Tapi nak buat mcm mana bukan rezeki kami.Kalau datang time sawah padi hijau menguning mesti best.Walaupun aku anak petani, tapi dah 12thn aku tak merasai pengalaman itu seperti aku kecik - kecik dan di alaam persekolahan.

Ada satu rumah di tepi sawah.Kata Zet, ini rumah penah menjadi lokasi shooting utk filem 'Hingga Hujung Nyawa' betul kah? Tetiba teringat rumah di kampung halaman sendiri. Yakni aku teringat arwah mak dan adik beradik yg lain terutama teman - teman sepermainan.

Lagi gambar - gambar semasa kunjungan ke teratak itu.Tinggalnya seorang lelaki bersama isterinya yang sakit.Sempat menziarah dan bertanya khabar.


Inilah kekawan baru ku serta gambar kaki - kaki mereka.siapakah ? Teka la, mana satu kaki ku?

Wednesday, February 24, 2010

528 : Malaysian Backpackers Homestay Expose - Episod 4

Pagi 21.02.2010, program MBC diteruskan lagi.Sekitar 9am, ada pula kehadiran geng2 bermotosikal.Mcm - motor ada, vespa, EX5, RD Club dengan SEC.

Vespa purple seh!. ada sesiapa jeles tak? silalah jeles.Marilah jeles. i like!


Sedang org lain asyik dengan xtvt mereka.Aku menghabiskan beberapa minit waktu yg ada untuk bergambar di tepi pantai.Oh! aku dan pantai memang tak dapat dipisahkan.

Wah! lawa + besar = cantek seh.. rumah siapakah itu? Ianya terletak beberapa meter dari pantai. Oh! tidak. Seakan - akan rumah impian ku.Aku sangat jeles.So what? Hanya mampu memandang dari kejauhan.

Tuesday, February 23, 2010

527 : Malaysian Backpackers Homestay Expose - Episod 3

Shaizhar & Farah Fauzana.Kami sebaya, tapi saya lebih muda dari yg sebelah kanan.he3

Persembahan wayang kulit jawa.Bahasanya adalah jawa dan sepatah haram pun aku tak faham kecuali (ha ha ha ha) betul la memang x faham.Sistem audio adalah sangat lemah dan perlu di perbaiki dan dicadangkan di alih bahasa ke bahasa malaysia yakni bahasa melayu yg baku.

Inilah kawan - kawa baru ku.Ada abg, ada kakak dan ramai adik-adik.I like.Aku suka mengenali ramai orang dan hakikatnya aku adalah insan yg pemalu di pertemuan pertama. Aku akui hakikat itu.

Monday, February 22, 2010

526 : Malaysian Backpackers Homestay Expose - Episod 2

Petangnya ada majlis rewang menyediakan Nasi Ambeng + shooting untuk salah satu episod Alahai Fafau..

Yo! yo! ini bukti yang Fafau yakni Farah Fauzana memang berada di tempat kejadian.

Serunding ayam, mee goreng, rempeyek (tempeyek), sayur (apa ntah), ayam masak kicap (tiada dlm gambar) antara lauk - lauk yg dimakan bersama Nasi Ambeng.


Jom! jom... makan time!! i like tapi ada kejadian disebalik itu.Aku adalah sakit gigi. Ya..ya.. gigi kembali sakit.Adakah kerana nasi ambeng?

Sunday, February 21, 2010

525 : Malaysian Backpackers Homestay Expose - Episod 1

Pertama kali joint Malaysian Backpackers Club (Group FB) dlm ramai - ramai salah seorang Geng KAMIE turut serta.

Kami disambut dengan kompang dan bunga manggar serta persembahan silat. (Lain - lain cerita dan gambar akan menyusul) Episod 2

Saturday, February 20, 2010

524 : Artikel - 5th Msjbox Anniversary.


5th Msjbox Anniversary merupakan sambutan ulangtahun kelahiran Msjbox .com yg ke 5 kalinya.Merupakan sambutan yang dianjurkan saban tahun sejak penubuhan rasmi Msjbox pada 14 Mac 2005.
Matlamat utama event ini adalah untuk mengeratkan silaturahim dikalangan wargaMsjbox dan rakan – rakan blogger serta jemputan yang lain.
Pengurus Acara: Shai
Penasihat Projek: Junaidix

Lokasi :
(TBA) Any idea
Cadangan:
1) Bora Asmara, Sungai Penchala (Reez)
2) Restoren Nelayan Titiwangsa, KL (Shaizhar)
3)
4)
Tarikh : 03.04.2010 (Sabtu)

Masa : 5.00 pm or 8.00 pm (Akan dimaklumkan)
Note : Pertukaran hadiah (setiap seorang dikehendaki membawa hadiah yang berharga sekitar RM 10 keatas (keikhlasan masing – masing)

Friday, February 19, 2010

523 : Konsert Satu Suara 14 Februari 2010





Thursday, February 18, 2010

522 : Selamat Pengantin Baru

Tahniah!!! Selamat Pengantin baru untuk Iqbal & Zarith - Nadirah & Azri. 2 orang adik beradik dalam satu majlis.Terima Kasih atas jemputan tersebut. (Maaf tiada gambar makanan)

Wednesday, February 17, 2010

521 : Selamat Ulangtahun Sayang (12 Tahun Kesetianku)


17 Februari 1998,
Hari pertama aku menjadi seorang pekerja

17 Februari 2010,
Selepas 12 tahun berlalu
Aku berada di satu tahap yang tersendiri

12 tahun untuk dirai,
Terima kasih Illahi
Ku syukuri sekali
Untuk menyambut ulangtahun ini

12 tahun penuh suka dan duka
Adakah aku akan dapat meraikan ulangtahun ke 13?
Aku nekad dengan kata putusku
Andai ada rezeki buat ku di luar sana
Aku akan pergi dari 'sini'

Doakan penghijrahan ini adalah
Yang terbaik untuk masa depanku
Aku redha andai itu bukan rezekiku

Terima Kasih untuk semua
Yang melalui 12 tahun bersamaku.

"Beratnya rasa hati nak melangkah pergi...
Tetapi apakan daya aku terpaksa "

"Izinku membawa diri... sepi sampaikan lah
Salam perpisahan oh! dariku"


Tuesday, February 16, 2010

520 : Majlis Pertunangan Sepupuku - Hasmidar Hashim

13.02.2009, Sepupu kesayanganku yang bernama Hasmidar Bt Hashim telah selamat menjadi tunangan kepada Rafizee.

Terpaksa menanti hampir 2 jam sebelum sah menjadi tunangan orang.(Penantian berbaloi!)

Hantaran dari rombongan lelaki (6) sepatutnya 5 shj (kira bonuslah tue) dibalas 7 dulang hantaran.

Nick name sepupu aku di FB ialah "Edat Hashim" .

Monday, February 15, 2010

519 : Muzium Padi - Bahagian Akhir

*Biarkan gambar berbicara





Sunday, February 14, 2010

518 : Muzium Padi - Bahagian 2

Indahnya hasil karya manusia yang berbakat, seakan - akan yg sebenar dan 'hidup'.

Lukisan ini di hasilkan oleh pelukis - pelukis dari Korea Utara *menurut sumber Muzium Padi.




Aku berangan dan mengambil gambar sendiri sesuka hati.Tiket masuk ialah RM 3, Tetapi aku hanya bayar RM2 untuk bayaran tiket kamera.Kenapa? Ye! terima kasih kepada Kak Faridah. Dia staff Menara Alor Setar (MAS) yg bertugas di Muzium Padi untuk mempromosikan MAS.

Saturday, February 13, 2010

517 : Muzium Padi - Bahagian 1

Sekitar jam 9.00am, aku telah selamat tiba di Muzium Padi Negeri Kedah yang terletak berhampiran Gunung Keriang.

Beraksi sesuka hati (time nie aku adalah pengunjung pertama) so time utk berangan.

Aku bayangkan yg belakang aku ialah kerbau betul.Ada berani ? Bahagian 2 menyusul....

Copyright to S.H.A.I.Z.H.A.R
Designed by UMIESUEstudio 2015