Sunday, January 31, 2010

504 : Preview @ Bukit Fraser (Part 2)

Tasik ? Erm... hanya meluangkan sedikit masa utk bergambar.Siapa Allan's?

Beraksi sesuka hati dengan riang ria.*Time nie Mak Cik Awok dok sms. (Masih kat rumah rupanya).

Ada apa dengan tasik? Kenapa aku tak teruja untuk berada ditengah tasik? Ntahla!


Permulaan untuk Part 3.Indahnya ciptaan Tuhan.Sangat menghargainya.Alhamdulillah.

Saturday, January 30, 2010

503 : Preview @ Bukit Fraser (Part 1)

Pertama kali ke Bukit Fraser.Terpaksa tunggu jam 9am baru boleh naik ke puncak.


Merehatkan diri seketika sebelum meneruskan perjalanan.

Beraksi dan mengambil gambar sesuka hati.Bukit Fraser ialah 'small town'.



Jika di beri pilihan aku lebih suka berbulan madu di Cameron Higlands (x de kaitan dengan tajuk)

Friday, January 29, 2010

502 : Lunch with Geng 'S'

27 January 2010 seperti dijanjikan aku ke "Bandar Lama" yang popularf dengan Kopi Putih.

Geng 'S' ialah Shaizhar (Abg S) , Suzana (Mek Su) dan , Siti Nabihah (CT S). Ha ha ha . (Awek - awek orang, bukan awek aku)



Menu kami untuk tengahari itu.Harganya okielah.Baru gaji kan.so layan je la. TQ yek! Geng 'S' semua.

Thursday, January 28, 2010

501 : 11 Tahun 11 Bulan 11 Hari 11 Jam 11 Saat

Alhamdulillah.Syukur kepada Illahi kerana memberi peluang ini.Hari ini genaplah 11 Tahun 11 Bulan 11 Hari 11 Jam 11 Saat aku 'disini'.Terlalu lama aku 'disini'.Sampai bila aku harus berada 'disini'?

Akhirnya aku benar - benar membuat keputusan muktamad (setiap tahun, ayat ni berulang2) tapi Insya-Allah, kali ini aku benar- benar yakin dengan keputusanku.Sampai bila aku harus 'disini' aku perlu memulakan hidup yg baru.Membina keluarga sendiri dan mencari kerjaya yang lain di luar sana.Semoga aku berjaya.

Terima Kasih untuk semuanya untuk 11 Tahun 11 Bulan 11 Hari 11 Jam 11 Saat.

Monday, January 25, 2010

500 : Nasi Goreng SHAIZHAR

(1) Bawang yg banyak yakni bawang besar dan putih digoreng mesra bersama fish cake.

(2) Sayur yg bernama kobis di potong2 halus.

(3) Beras yang bersatu dengan air telah bertukar menjadi nasi.

(4) Kesemua bahan diatas telah bergabung menjadi satu iaitu Nasi Goreng yg dimasak oleh diri aku sendiri.

Saturday, January 23, 2010

499 : Committee Appreciation @ Restoran Nelayan Titiwangsa

22 Januari di sebelah malamnya di adakan Majlis Penghargaan utk mereka yg bertungkus lumus semasa Team Appreciation Nite 2009 di Hotel Istana pada 8 Januari 2010 yang lalu.

Makanannya ok - ok shj.Disebabkan aku adalah penganjur.Maka akulah yg dtg awal sekali. (sebelum 6pm dah sampai) dan pada paginya aku juga dah dtg membuat bayaran deposit.
Seawal 6.30pm aku dah melantak dulu. (Makan buah dan sayur) Dlm 7pm barulah mula makan dan makan tak hinggat dunia.

Yg hadir hanyalah 14 orang dari 30 orang yang dijemput.Tak pelah.Yg lain - lain tue mungkin ada hal masing - masing.So, ada sesiapa mau makan kat sini?
Geng aku yg 2 org tue (Gadis pentas) x dtg, so x de la byk gambar aku pada malam kejadian. Dah la dtg awal, balik pun orang yg terakhir.Dlm 11pm baru gerak balik , sebab ada sorg bos tue sampai paling lambat dlm 9.30pm.Jadi layan je la.


Wednesday, January 20, 2010

498 : Luahan Rasa Hati

Sudah terlalu lama aku tidak menulis disini.Di kesempatan yang ada bersama dengan ruang - ruang yang kosong serta perasaan hati yang keliru dan celaru aku mencoretkan sesuatu.

Menjangkau 30-an pada usia begini sewajarnya aku telah dimiliki dan memiliki serta menjadi milik seseorang.Mungkin aku silap kerana melepaskannya pergi.Kepergiannya tidak berpenganti dan sukar dicari ganti.Ya! aku yang bersalah kerana melepaskan peluang keemasan itu.Masa sudah tidak dapat diundur lagi.Yang berlalu tidak mungkin dapat diulang.Aku jadikan kesilapan lalu sebagai pengajaran.

Di hari yang telah berlalu di bulan Januari ini aku telah menunaikan satu hasrat yang sudah lama aku pendam.Akhirnya aku gembira dalam duka kerana dapat kesana lagi.Meluangkan masa sendirian, melakukan apa yang aku sukai dan merehatkan diri dan minda dengan menikmati serta mensyukuri rahmat dari Illahi.

Hari - hari berikutnya di hujung minggu, akan aku habiskan masa untuk memikirkan keputusan terbaik untuk perjalanan hidupku di hari - hari mendatang.Sama ada terus 'setia' atau 'pergi'.Susah berulang kali aku inginkan penghijrahan dalam hidup namun rezekiku masih disini.Aku tak pasti sampai berapa lama lagi? Perlukah aku menjadi yang setia? Atau wajarkah aku nekad membuat keputusan untuk melangkah kaki pergi dari 'dunia' hidupku sekarang.

Ya! aku memang seorang yang sukar difahami kerana aku seorang yg 'perahsia' adalah sulit bagiku untuk meluahkan segala isi hatiku kepada sesiapa shj tanpa dipinta.

Aku akan terus menjadi diri aku dalam mencari arah dan kehidupan yang terbaik dalam usiaku sebegini.Aku sedar kelemahan diriku dan aku juga tahu masa untuk aku berlibur dan bergembira sudah berakhir.Terima Kasih untuk kesempatan melalui suka duka dan lara sepanjang tahun 2009.Aku happy melaluinya.

Untuk 2010 dan hari - hari mendatang.Aku harus fikirkan apa yang sewajarnya aku lakukan dalam melakukan sesuatu untuk mengubah apa yang perlu aku ubah dalam membina sesuatu yang selama ini aku tidak berjaya kecapi.

Semoga aku akan berjaya dan dirahmati dengan apa jua yang akan aku lakukan di kemudian hari.


Sunday, January 17, 2010

497 : Hari Keluarga Kelab TM Ibu Pejabat @ Desa Water Park

Tahun lalu diadakan di Padang yang luas di Bukit Jalil.Penuh dengan makan - makan.Tapi tahun nie berendam dalam air pulak sama seperti 2 tahun lalu.Tempat pun sama.

Dalam 'kesakitan' dan 'kesedihan' dek kerana tragedi yg menimba aku tetap 'kuat' dan bersemangat untuk hadir bersama family kekawan aku yang lain.So, what? Family juga apa. Best! kekawan yg hadir dengan anak2/isteri/suami.Kami bermain air dan makan bersama-sama2 / beramai - ramai.Free kan.So, inilah masanya.Lunch ialah 3 ketul ayam KFC.

Artis untuk persembahan kali ini ialah MILA.Tahun lepas dia org panggil Zarina.Erm... dan kesimpulannya.Okie la, daripada tak ada langsung.Dan aku tidak bertuah kali ini.Lagi pun hadianya biasa2 shj.

Saturday, January 16, 2010

496 : E.Women Directory Portal Launch & Charity Dinner

Jika di tengaharinya makanan di taja.Pada malamnya pun sama.Aku terus setuju bila mendapat tahu artis yg membuat persembahan ialah Anuar Zain.

Kali pertama dinner di Sunway Resort & Hotel Spa utk tahun 2010.Kalau tahun lepas 2 kali aku dinner di sini.(Tak de tempat lain ke?) Makanan pun mcm sama je.

(1) Superior Four Hot and Cold Combinations

(2) Braised Shark's Fin soup with Crab Meat and Dried Scallop

(3)Deep Fried Sesame Chicken wit Prawn Cracker

(4) Steamed Cod Fish with Minced Ginger and Garlic in Soya Sauce

(5) Butter Live Tiger Prawns with Curry Leaf

(6) Stewed Assorted Mushroom with Fresh Bean Curd Stick

(7) Special Fried Rice with Seafood and Vanilla Ice Cream

Yang aku suka ialah udang,ayam serta nasi seafood dan semestinya Shark's fin soup.

Dan inilah Dato' yang membuat persembahan.Aku adalah 'tertipu' tapi tak kisahlah. Terima Kasih kerana sudi menjemput.8 Orang semeja yg joint semuanya 'sporting' dan memang aku dah lama kenal.So x de protokal ketika makan.Ya ya ya. Aku tidak diet.So makan je le dengan riang rianya.

Friday, January 15, 2010

495 : Secretaries Get Together

Biarpun terpaksa melalui berbagai rintangan akhirnya apa yang dirancang menjadi kenyataan. Meeting bermula di lokasi yg lain dan tamat agak lewat.Sekitar 1.30pm, baru masing - masing mengisi perut yang sudah lama berkeroncong.

Antara menu yang aku makan/melantak dan nikmati di Restoren Berputar Seri Angkasa di Menara KL dan ini makan - makan pertama di sini untuk tahun 2010.

Thursday, January 14, 2010

494 : Perjalanan ke Cameron Highlands - Edisi Akhir











Wednesday, January 13, 2010

493 : Perjalanan ke Cameron Highlands - Edisi 4

Aku kembali ke Ladang Teh.Ya! BOH pilihan ku.(Ada harapan jadi 'duta' tak?)

Hijaunya permandangan di tambah dengan birunya langit dan putihnya awan (berangan terbang jap)

Ya! aku ingin menuju puncak.Tinggi tue.Berpeluh - peluh dah + termengah - mengah di buatnya.

Akhirnya aku berjaya sampai ke puncaknya.Oh! indahnya ciptaan tuhan.Macam biasa, aku beraksi sesuka hati dengan berbagai gaya.


Selamat Tinggal Cameron Highlands.Insya-Allah aku akan kembali lagi & mungkin kali ini dengan Geng KAMIE.(Kau org nak dtg tak?). *tragedi berlaku kat depan replika strawberi ini. Apakah? Biarlah ianya menjadi sebahagian daripada kenangan utk percutian kali ini.

Tuesday, January 12, 2010

492 : Perjalanan ke Cameron Highlands - Edisi 3

Makan tenghari 9/01 ialah Nasi Marrybrown di Tanah Rata dan kemudian bersiar - siar ambik angin Cameron Highlands.

Check in awal, yakni pada jam 10.30am dan makan malam ialah steamboat di Restoren yg terdapat di hotel itu (termasuk sarapan pagi esoknya) hanya RM168 shj (bayaran pakai kad besi)

Makan dengan penuh berselera.I like ! sebab ada sayur - sayur segar (sampai x habis makan)



Ini pulak menu sarapan pagi pada 9/01.Mulakan dengan buah - buahan.Jamah sikit nasi goreng dan meehoon goreng.


Aku adalah pengemar sayur.Sukanya dengan menu diatas.Sedap! sedap. + Teh 'o'

Check out awal iaitu pada 8.30am dan bergerak menuju ke tanah rata.Bergambar - gambar sesuka hati.


Tempat yang sesuai untuk mengabadikan kenangan.

Sangat suka dengan gambar ini kerana ini adalah Shaizhar.

Monday, January 11, 2010

491 : Perjalanan ke Cameron Highlands - Edisi 2

Teringat dulu - dulu (zaman kegemilangan YM) Aku memakai nick "cactus" ha ha ha.


Tak bercadang pun nak membeli apa - apa. (Oh! tengah bulan.Pepaham je le)


Pelik tapi benar (Jangan fikir kelain pulak yek!).
Pertama kali ke sini.Bayaran masuk ialah RM 5 (Sangatlah mahal).

Macam - macam yang tak penah dilihat ada disini.Kira koleksi la kot!


Jadual ilham ilmu hisab? hu hu hu. Ada sesiapa yg tahu?

Sunday, January 10, 2010

490 : Perjalanan ke Cameron Highlands - Edisi 1

Aku bertolak dari Kuala Lumpur pada jam 1.30pagi.Tidur kurang 2 jam di Hentian Sebelah Behrang.
Alhamdulillah sekitar 7.45am telah selamat sampai di tempat seperti diatas.I like!


Dan pada jam 8.40am telah selamat tiba Sungei Palas Tea Garden (Boh).
Beraksi dan bergambar sesuka hati kerana menjadi pengunjung pertama.Tak ada hadiah ke?

Aku suka ke dua gambar seperti diatas.Kenapa? Suka hati aku la. Ha ha ha ha...Ada aku kisah.


Bersarapan pagi dan menghirup udara segara dan bau - bauan dari Ladang teh.
Apa aktiviti seterusnya? Tunggu.......

Copyright to S.H.A.I.Z.H.A.R
Designed by UMIESUEstudio 2015