Friday, December 31, 2010

682 : Siti Di Alam Fantasi >> 31.12.2010


Persembahan  22-31 Dec 2010 ( 8.30 malam)
Tempat : Panggung Sari, Istana Budaya
Sinopsis : SITI DI ALAM FANTASI

Siti di Alam Fantasi mengisahkan tentang seorang budak perempuan yang kaya raya, cantik dan manja tetapi sombong, degil serta angkuh. Bapa Siti, Tuan Malim meraikan harijadi Siti di satu majlis yang meriah, tetapi satu bayang besar dengan secara tiba-tiba mencuri geliga keturunan Siti. Rumah Tuan Malim dan semua tetamu tenggelam ke dalam tanah tetapi Siti berjaya diselamatkan Mamat, anak tukang kebun dan Andan. Gergasi Batu membuka rahsia: kekayaan datang dari tuah geliga, jika tidak dicari geliga yang dicuri, kelak papa kedana tujuh keturunan. Gergasi Batu menelan Siti, Mamat dan Andan dan dari situlah bermula pengembaraan Siti mencari geliga milik keturunannya.

Akhirnya, rumah yang tenggelam, timbul semula seperti sedia kala. Pengalaman pengembaraan mengajar Siti berhati mulia, kesetiaan pengikutnya dan pengorbanan binatang lain melunturkan kesombongannya. Akhirnya Siti menyedarinya bahawa “selalu berkasih sayang, sepanjang hayat akan dikenang, kaya bukan angkuh meraja, miskin bukan hamba selama”.

Tenaga Produksi : Pengarah/Penulis Skrip - Aminah Rhapor
Pengarah Artistik - Irwan Ismadi Shahrim
Pengarah Muzik - Datuk Suhaimi Md. Zain (Pak Ngah)
Pengarah Tari - Datin Sharifah Mahani
Pengarah Kesan-kesan Khas - Jamaluddin Md. Noor
Pengarah Teknikal - Mohd Yusoff bin Kassim
Pelakon : Liyana Jasmay - Siti
Fizo Omar - Putera @ Ketua Lipas
Vanida Imran - Ratu Labah-labah
Johan Raja Lawak - Pokok
Ebby Yus - Mamat
Datin Paduka Umie Aida - Permaisuri Katak
Ziela Jalil - Permaisuri Katak
Lokman Ghani - Tuan Malim
Che Kem - Ulat Bulu 1
Abdul Mutalif Abu Bakar - Ulat Bulu 2
Mas Muharni - Bayan
Jamal Mohamad Equash - Putera Katak
Nurul Ain Othman - Ahli Sihir
Tiket : RM30, RM50, RM70, RM100 & RM150



Yahooo.....ketika entry ini tersiar di laman blogku.Diriku sudah berada di Istana Budaya & menyambut tahun baru 2011 di sana.

No comments:

Copyright to S.H.A.I.Z.H.A.R
Designed by UMIESUEstudio 2015