Monday, December 20, 2010

671 : Hari Ini Hari Tua >> Azman Ahmad 20/12/2010


Selamat Hari Tua... Selamat Hari Tua.. Selamat Hari Tua... ha ha ha (shj buat kelainan)

Nama sebenar diberi ialah Azman Ahmad pemilik blog  http://kasawari7.blogspot.com/

Tahun lepas ada suprise party... Tahun nie?? Erm...... (Kena ada ke?)


Imbasan catatan setahun yang lalu.

312 : Geng K.A.M.I.E "KASAWARI Beep Beep"


Persahabatan & Persaudaraan tak mungkin dapat diputusakan selagi hayat di kandung badan.Biarpun apa juga keputusannya.Menyepi atau membawa diri, yang pasti K.A.M.I.E tetap teman dan kawan di alam nyata.

Kerana Beep Beep aku mengenali keluarga mak cik awook & berjaya menjejakkan kaki ke Sedenak.

Mana mungkin aku dapat lupakan insan yang sanggup berjaga di subuh hari untuk menjemputku di "tempat itu".

Menghantarku sehingga ke stesen bas Kulai dan berembun sehingga ke tengah malam.

Sesungguhnya kenangan di stesen keretapi Kulai tetap segar diingatankan bro!

Kita penah sampai ke hujung dunia bersama - sama kan? Terima untuk segalanya. Untuk Sheiro yang tak bernyawa itu, sudi menumpangkan diriku menaiki Gen.2 mu, pakej penginapan di Hotel Kasawari serta halalkan makan minumku selama ini.

Mengenali keluargamu adalah satu rahmat besar buat diriku.Semoga perhubungan antara Geng K.A.M.I.E akan berkekalan selamanya.

Mana mungkin dapat ku lupa kenangan berkhemah di tepi pantai PD & tragedi dahan reput.

Catatan perjalanan di majlis ulangtahun ke 3 Msjbox.com di Restoren tupai - tupai yang 'panas', Aktiviti jalan - jalan raya di negeri selatan serta Perkhemahan di Tanjung Sedeli.

Setiap saat adalah seribu satu kenangan yang terindah.Memori yang tak mampu dipadam.

Terima Kasih kerana menjadi Geng K.A.M.I.E

No comments:

Copyright to S.H.A.I.Z.H.A.R
Designed by UMIESUEstudio 2015