Friday, December 10, 2010

667 : Hati Nan LARA

Kecewa usah dikatakan.Gundah gulanda seluruh jiwa hingga meresap ke dalam dada. Hati nan LARA juga rasa ingin meronta memikirkan apakah kesudahannya.

Jangan ditanya kenapa dan mengapa kerana aku sendiri tidak tahu bilakah episod ini akan berakhir.Andai itulah takdirnya akan aku terima dengan redha.Mungkin aku bukan yang terbaik kerana ada yang lebih baik daripadaku.

Ya! yang lebih layak memiliki dan menjadi hak mutlaknya.Mungkin dia bukan aku dan ditakdirkan untukku.Semoga hubungan 'mereka' direstui.Aku ucapkan selamat tinggal kenangan.

Memori aku mengenali 'S' berakhir kerana Egoku.'A' juga telah pergi menjauh. Kini 'N' aku mendoakan kau bebahagia dengan PILIHANmu.

Membawa sekeping hati nan LARA...... Hidup haru diteruskan, perjuanganku masih panjang.

'Sendiri lebih baik'

No comments:

Copyright to S.H.A.I.Z.H.A.R
Designed by UMIESUEstudio 2015