Monday, December 06, 2010

663 : Family & Friends - Get Together @ Holiday Villa,Cherating (Day 2 : 4/12/10)


4/12/2010 keadaan kesihataan aku hampir pulih.Tapi dek kerana sarapan pagi yg 'kurang' di tambah lagi dengan lauk pauk makan tengahari yg tak memenuhi citarasa membuatkan perutku 'bergelora menyanyikan lagu dangdut.

10.00 pagi ada Sessi motivasi selama lebih 2 jam yang bertajuk "Menjadi Juara' * x de gambar

3.00 petang.Dek kerana cuaca di luar hujan maka SUKANEKA kanak - kanak dan dewasa di adakan di dlm dewan (Istana Ballroom).

Ada 5 kumpulan (Oren,hijau,biru, kuning dan groupku Pink *asalnya Purple) hu hu hu... Antara permainan yang dimainkan ialah Lari - lari ikat kaki, Lari dalam gundi,Bawa bola sambil tutup muka dengan *kertas ala - ala telescope ^betul ke aku eja tue?, lagi.... apa yek? Last sekali yg paling kelakar dan lawak sambil gelak nak pecah perut iaitu 'Yahoo Massenger' alah... sampaikan mesej dari sorang ke sorang secara berbisik. Lain ayat diberi dan akhirnya ayat orang ke 10 jadi lain. Kelakar - kelakar.. Yang penting group ku menang Ok!


Kiri ialah Pn Anne Hamid isteri kepada Encik bos sebelah kanan iaitu Pengarah Urusan tempat syarikat aku berkerja skrg.

Menu makan malam itu "Gala Dinner' ok la dan boleh diterima tekakku.Dek kerana petangnya x sempat makan *kerana makanan utk minum petang licin dek kelaparan semua yang ada.Aku melantak agak banyak.Tapi makan nasi dengan kuantiti yang sikit.


Belah kiri tue Dilla, Secretary kepada suami kepada Pn. Anne Hamid dan yang menyibuk tue adalah aku.
Pn Anne Hamid adalah Juara Pertandingan Karaoke yang dianjurkan masa malam BBQ dan Dilla pulak dapat no.2 aku?? No tak de.. ha ha .. Dan Dilla nie la yang tumpangkan aku pergi dan hantar aku balik sepanjang perjalanan. TQ beb! Dia duduk kat Ukay Perdana juga tapi Apartment lain.

Aktiviti malam tue ada banyak juga persembahan termasuk dari Azizi AF1 (Ok la daripada tak de) Pn. Anne Hamid juga menyanyi lagu TIADA LAGI dengan begitu baik sekali + berduet dengan En. MD lagu "Jangan Ada Dusta'.


 Tahniah!!! aku dapat Lucky Draw. Kau orang ada? Ha ha ha.. I'm always Lucky *konon2nya, la


Kek lagi?? He he he.. utk yang lahir pada bulan 10,11 & 12. Alhamdulillah walaupun x de hadiah tapi ada majlis macam ini dah cukup memberi kegembiraan.*Akan pastikan tahun 2011 ada hadiah birthday utk semua staff.

No comments:

Copyright to S.H.A.I.Z.H.A.R
Designed by UMIESUEstudio 2015