Tuesday, November 30, 2010

657 : Movie Day >> 2 Alam, Harry Porter & Unstoppable

Sinopsis:
Kisah bermula di sebuah kampung terpinggir yang mana masyarakat sibuk dengan persiapan bagi menyambut ketibaan jenazah Amy@Adam Bin Zainal dari kota. Ketika ibu bapanya, Halimah dan Zainal yang lumpuh bersedih, Uztaz Ishak, teman Adam dari kecil sibuk mengatur urusan. Jenazah tiba bersama kesukaran untuk mengendalikannya. Jenazah Amy menjadi berat dan kaku mengeras mendatangkan kesukaran kepada semua yang ada. Dipaparkan juga kisah hidup Amy yang setelah kembali dari London, hidup bersekedudukan dengan Juan Agustin, juga seorang penyanyi popular yang sama dengannya.Amy dan Juan Agustin hidup dilimpahi dosa serta hiburan melampau tanpa batasan. Akhirnya ketika leka, Juan Agustin disamun dan dibelasah manakala Amy dilarikan lalu dirogol bergilir-gilir oleh tiga pemuda. Juan Agustin selamat lalu melapokan kejadian itu kepada pihak polis. Amy berang kerana tahu bahawa reputasi dan rahsianya mennukar jantina denagn cara pembedahan di masa lalu terbongkar maka terjadilah pergaduhan dengan Juan Agustin yang berakhir dengan perpisahan. Dunia Amy musnah, tertekan, bersendirian dan kecewa. Amy nekad membunuh diri. Turutan dari itu jenazahnya kembali kekampung seperti di awal cerita.. Setelah berjaya mengharungi dugaan, Ustaz Ishaq bersama penduduk kampung membacakan talkin di kemuncak kisah ini.Namun ianya tidak dapat membendung akan dosa berat Amy.

Sumber Sinema Malaysia.


Harry Potter dengan Azimat Maut atau Harry Potter and the Deathly Hallows iaitu buku ketujuh dalam siri Harry Potter merupakan peleraian bagi keseluruhan siri Harry Potter. Dalam laman web peribadi J.K. Rowling, beliau menyatakan bahawa kerja menghasilkan karya Harry Potter and the Deathly Hallows ini telah dijalankan pada tahun 2006 dan telah tamat pada 11 Januari 2007. Buku Harry Potter yang ke-7 dan terakhir ini telah diterbitkan pada tahun 2007 iaitu pada 21 Julai 2007, seminggu selepas pelancaran filem kelima, Harry Potter and the Order of the Phoenix. Siri ketujuh dan terakhir novel karya J.K. Rowling ini mencatat sejarah apabila lebih 11 juta naskhah dapat dijual dalam masa 24 jam berada di pasaran di Amerika Syarikat dan United Kingdom. Kali ini, buku Harry Potter dipasarkan di 93 buah negara dan jualan awal naik kira-kira 20 peratus berbanding edisi keenam.Part 1 di tahun 2010 dan Part 2 tahun depan 2011.

Sumber dari :Internet
Filem ini bergerak pantas terus ke tajuk ceritanya iaitu Unstoppable. Babak-babak mencemaskan sememangnya banyak dapat dilihat dalam filem ini. Keperwiraan watak-watak utamanya menambahkan lagi daya tarikan filem ini.

Will sebenarnya telah diambil bekerja demi menggantikan tempat Frank Barnes. Frank Barnes dijangka bersara dalam keadaan yang amat merugikan, tidak mendapat faedah pencen sepenuhnya. Ini menimbulkan rasa tidak puas hati Frank terhadap pihak atasan. Will pula dilanda perasaan bersalah kerana kehadirannya dalam bidang ini telah menjejaskan masa depan Frank. Ternyata, peristiwa yang menggerunkan yang bakal berlaku pada hari pertama Will bekerja merupakan hikmah yang membawa kepada penamatan yang menggembirakan.

Frank Barnes dan Will sama-sama tidak peduli tentang hilang pekerjaan atau dipecat oleh majikan mereka kerana tidak mematuhi arahan ketua mereka. Frank berjaya membuktikan, pengalamannya dalam bidang pengangkutan keretapi berjaya menyelamatkan ramai penduduk. 


Salah satu daripada babak mencemaskan dalam filem Unstoppable. Filem ini fokus terhadap punca, konflik dan penyelesaian masalah. Tidak ada babak-babak yang membosankan, atau babak-babak yang tidak patut ada. Sebuah filem yang sangat ekonomi. Filem ini juga memuatkan banyak adegan suspens melibatkan seramai 150 orang pelajar sekolah, babak menghentikan keretapi dari depan, babak menggunakan helikopter untuk menurunkan pemandu keretapi ke keretapi, babak pelanggaran nyaris maut, babak menghentikan keretapi dari belakang, babak hampir merempuh tangki-tangki minyak di tengah bandar dan babak seperti di dalam gambar di atas, di mana Will nyaris-nyaris hilang kaki dan nyawanya dalam usaha menyambung cangkuk antara enjin keretapi yang dipandu oleh Frank dengan gerabak bijirin yang bersambung dengan keretapi 777.

Disebabkan jalan ceritanya yang fokus terhadap permasalahan yang dihadapi, filem ini mampu membuatkan penonton terdiam dan terpaku, apatah lagi bunyi keretapi dan visual yang diambil dari celah roda dan enjin keretapi sememangnya menimbulkan perasaan cemas dan menggerunkan. Bunyi wisel keretapi sememangnya mempunyai gelombang maut yang dahsyat.

Frank Barnes seorang bapa perwira, beliau mengabaikan konflik kecilnya dengan anaknya kerana perlu memberi perhatian terhadap misi menyelamatkan penduduk di sekitar landasan keretapi. Penamat cerita ini ialah 'happy ending'. Begitu juga dengan Will Gordon yang sanggup mengabaikan masalahnya dengan isterinya demi nyawa penduduk setempat.

Kesimpulannya, filem Unstoppable adalah sebuah filem yang fokus terhadap judul ceritanya. Sebuah filem yang mampu memberi teladan kepada para penonton mengenai sifat keperwiraan. Terdapat banyak moral dalam cerita ini yang boleh dilihat, antaranya jangan ambil mudah apabila menjalankan tugas. Berfikir sebelum bertindak, dan utamakan kepentingan orang ramai berbanding kepentingan diri sendiri.

Sumber dari :http://dukeamienerev.blogspot.com

No comments:

Copyright to S.H.A.I.Z.H.A.R
Designed by UMIESUEstudio 2015