Friday, November 26, 2010

653 : Lambaian Selatan >> Semasa 'Majlis - Siang'


Lokasi kejadian : No.2 Jalan apa ntah kat Bukit Indah 2, Johor Bahru, Johor Darul Takzim. Masanya pada waktu pagi.


Alhamdulillah banyak juga 'duit' yang Amat terima dan hadiah dari 'yang tersayang' teeeet. Gosip je!!!.


Aku & Yana. Kami rajin tau... ha ha ha.. Macam biasalah aku AJK Hidangan Makanan & Minuman.Air sebalang tue aku yg buat.Mula - mula rasa 'masam2' lepas tue jadi sesedap rasa selepas di letak 'manisan'.


Merehatkan diri seketika dengan latihan vokal mengsumbangkan 'Lagu Cinta Lagu Jiwa' dengan Encik... eh silap YB AA... kuasa kekuda 2 kali ganda. ha ha ha...


Antara menu yang ada Kuah Kacang, Masak Lodeh, Acar Nenas <- eh betul ke? lantak la.. ke pajeri nama dia? Dan menu sampingan selain nasi ialah LAKSA. Ya! secara jujurnya aku langsung x sentuh pun. Mungkin sebab dah kenyang makan Laksa Sarawak masa raya kat Sabah. he he he .


Menu utamanya ialah Nasi Jagung, ayam masak merah dan kambing masak merah kan? Ada dalca juga ayam masak kari. Ketupat , meehoon goreng dan juga bermacam jenis kuih muih dan kek yang silih berganti.

1 comment:

cha said...

pajeri nenas, acar buah ;)

Copyright to S.H.A.I.Z.H.A.R
Designed by UMIESUEstudio 2015