Friday, November 19, 2010

646 : Libur >> Aidil Adha @ Sabah (3)


Panggilan Pulau..... selepas Pangkor kini 'misi' seterusnya ialah menuju Pulau Manukan di Perairan Taman Tuanku Abdul Rahman di Sabah.


Di dalam bot bersama lebih10 orang yang lain termasuk 1 orang minah mat salleh dan 4 orang cina dan yang lain nya melayu.Perhentian pertama ialah di Pulau Sapi (Ntah kenapa ntah aku x suka sangat ke situ).


Selamat berlabuh di jeti Pulau Manukan sekitar jam 9.15 pagi dan merupakan antara yang terawal berada di Pulau ini.

Tak sabar rasanya nak berendam... berenang (walaupun....) serta menyelam seperti 'dugong' sambil menelan air garam yakni air laut yang masin bukannya manis.


Taman Tunku Abdul Rahman.,Pulau Manukan, Sabah. Walaupun airnya nampak tenang tetapi dalam dasarnya penuh dengan sampah sarap hasil kerja manusia 'durjana' yang mencemarkan keindahan ciptaan tuhan.Kesimpulannya ianya tak sama lagi seperti kunjungan ku pada Mei 2008.


Sekitar 12.15 Tengahari, lepas dah siap2 terus menuju ke jeti dan menanti jam 1.00 petang untuk kembali pulang ke daratan.Selamat Tinggal Pulau Malukan.Aku tak pasti bila lagi akan kembali ke sini.

No comments:

Copyright to S.H.A.I.Z.H.A.R
Designed by UMIESUEstudio 2015