Tuesday, November 16, 2010

643 : Filem >> CRAYON



Tarikh Tayangan:
11 November 2010

Tarikh Tayangan:
11 November 2010

Sinopsis:

Filem ini mengisahkan tentang dua orang sahabat baik, Adam dan Rafaat yang merupakan pelajar dari sebuah universiti di Singapura yang menghabiskan masa percutian semester mereka dengan melibatkan diri dalam kerja sosial sebagai sukarelawan di rumah anak yatim di Malaysia. Di rumah anak yatim itu, mereka berjumpa dengan Mak Engku dan Afiq serta menyelami kehidupan anak yatim di sana. Salah seorang penghuni anak yatim yang mereka temui di sana, Afiq seorang kanak  - kanak yang amat aktif dan mudah disayangi walaupun nakal. Tingkah laku Afiq telah membuka mata mereka berdua untuk menghargai kehidupan ini. 

Pada waktu yang sama juga mereka melihat dengan mata sendiri kesusahan yang ditempuhi oleh setiap penghuni di rumah anak yatim itu. Konflik mula berlaku apabila pemaju tanah ingin mengambil hak milik tanah dimana rumah anak yatim itu didirikan untuk keuntungan mereka. Disinilah persahabatan antara Adam dan Rafaat akan diuji. Dapatkah mereka mengatasi halangan ini atau sebaliknya? Sama - Sama kita menonton nanti!
Crayon mengisahkan tentang 2 orang sahabat baik iaitu Adam dan Rafaat yang merupakan pelajar sebuah Universiti di Singapura menghabiskan masa percutian semester dengan melibatkan diri dalam kerja sosial yakni Sukarelawan di rumah anak - anak yatim di Malaysia.

Di rumah anak yatim itu, mereka berjumpa dengan Mak Engku dan Afiq serta menyelami kehidupan anak yatim di sana. Salah seorang penghuni anak yatim yang mereka temui di sana, Afiq seorang kanak  - kanak yang amat aktif dan mudah disayangi walaupun nakal. Tingkah laku Afiq telah membuka mata mereka berdua untuk menghargai kehidupan ini. 
Pada waktu yang sama juga mereka melihat dengan mata sendiri tentang kesusahan yang ditempuhi oleh setipa penghuni anak yatim itu.Konflik mula berlaku apabila pemaju tanah ingin mengambil hak milik tanah dimana rumah anak yatim itu didirikan untuk tujuan keuntungan mereka. Disinilah persahabatan antara Adam dan Rafaat akan di uji.Filem ini mengunakan Bahasa Inggeris, Melayu & Mandarin dan Tamil. (1Malaysia kan?)

Lakonan Faisal & Kahoe memang di bawakan dengan berkesan lagi di tambah dengan lakonan Adibah Noor yang nampak serasi dengan watak sebagai pengasas rumah anak - anak yatim.

Kata shai : Filem yang sederhana dan tak terfikir serta merancang pun nak menontonnya.Mungkin sudah ditakdirkan.Lagu "Ibu.... engkaulah ratuku..." ah!! menyentuh di kalbu...

No comments:

Copyright to S.H.A.I.Z.H.A.R
Designed by UMIESUEstudio 2015